Monday, August 2, 2010

mendaki daka



hoooiiii~masih lagi kepenatan dan ingin tido setelah semalam setengah hari mendaki bukit keledang.memang bagus lah buat aktiviti macam ni.sesuai dengan orang macam aku yang malas nak keluar.tetiba ade aktiviti mendaki daka ni memang syok laa kan.hahaha.

korang pun pepaham jela aku ni da gemok dan boroi da.so perlukan aktiviti seperti itu supaya kekal cergas dan menjaga kesihatan diri sendiri.kat luar sana jangan ikot jejak langkah aku ye.malas je memanjang menunggu aktiviti sebegini yang sememangnya menjadi minat aku iaitu aktiviti outdoor.aktiviti indoor aku kureng skit la.tak taw kenape aku lebih suka outdoor.

aku masih tidak percaya dengan diri aku sendiri walaupun dah 2 tahun tidak bergiat dalam aktiviti outdoor tapi aku masih boleh maintain tenaga aku suku sebelum sampai ke puncak tapi tidak berjaya kerana faktor masa tidak mengizinkan.

tapi pihak MPP best lah diorang berlari lari naik atas.dahlah lereng bukit dia curam je.adoi.memang memerlukan tenaga yang banyak sebab berjalan melawan arah graviti.biasa lah.kalau object itu ingin melawan fitrah,sudah tentu object itu perlukan energy lebih untuk melawan.begitu juga lah aku.

jadi disebabkan aktiviti ini dilakukan dengan secara mengejut setelah lama tidak bergiat aktif,kaki aku terasa lenguh lenguh kat bahagian buku lali.adoi.apa mau jadi?lama tak giat tetiba je terus bergiat dengan lasak sekali.walaupun hanya berjalan di atas tar jalan raya,tapi sitll penat sebab melawan graviti.itu faktor utama kenapa ramai yang kepenatan.

gambar?hah.itu nanti la upload.ade kat adik aku punya camera.haha.tak banyak pun gambar aku sebab camera adik aku pegang.so dia lah yang tukang snap picture kat situ sambil mengajar KW tu cara untuk snap.aku?malas nak snap sebab da tengok KW excited sangat nak snap.so bior jelah.nanti ade rezeki boleh la beli camera DSLR walaupun lopek punya insya~Allah.tapi nak tunggu tu lambat lah.ape nak buat da nasib badan.

aktivi minggu hadapan pula ke BUKIT BROGA di semenyih,selangor.tapi tak tahu lagi dapat pergi ke tak sebab ramai la kot yang nak pergi.sir kata kat situ permandangan sangat cantik.rugi kalau takde camera.tapi itu semua tak penting.yang penting pengalaman untuk mendaki dan berada di tempat itu.

so insya~Allah aku pun join juga ke Bukit Broga.ape-ape hal aku suruh adik aku jadi orang tengah la sebab dia da jadi setiaberusaha lebih.hahaha.jadi ape-ape info tentang kelab rekreasi ini,dia akan sampaikan kat aku lah.so tak perlulah rushing untuk mengejar info tentang kelab ini.terima kasih ye adik.ehehehe.

1 comment:

  1. same same la abg..ahahhaa...ak xpegy broga tp nnty ak tnye naib ok..no worry..:))

    ReplyDelete