Tuesday, August 10, 2010
positif.
ok aku tahu yang aku selalu berkata-kata yang aku mahu mengubah cara aku berfikir yang selalu cenderung ke arah negatif yang agak keterlaluan.aku tak tahu kenapa aku cenderung untuk berfikir negatif.mungkin sebab gaya hidup aku yang tidak sehat kerana stress yang agak melampau kebelakangan ni.aku rasa lah.
tapi kebelakangan ni memang aku stress sesangat sebab nak siapkan storyboard yang mana aku start dari hari rabu tak tido sampai jumaat pagi.yelah date line hari isnin,tapi aku tak siap lagi.hari jumaat petang tengah hari,aku da bertolak untuk pergi ke kem proStar iaitu kem kursus kepimpinan yang berasaskan program kesihatan khas untuk para remaja.
jadi penat aku masih belum hilang.bayangkan,hari rabu itu,aku perlu buat 3 assignment.firstly aku perlu siapkan assignment stats dimana perlu hantar pada hari khamis.then pembentangan isi penting dalam assignment PM.aku buat cari isi suruh si panjang tulis,tapi si panjang tak dapat nak teruskan,aku terpaksa habiskan atas sebab teknikal.korang sendiri paham la keadaan asrama aku ni macam mana.sangat tidak suka ULTRAMAN ini.menganggu aku untuk menyiapkan kerja dalam dateline yang ditetapkan.
then aku perlu ukur mengukur mounting board mengikot kiraan yang telah diberikan diatas kertas.agak tension sedikit semasa mengukur sebab selalu lari saja.hadoi.pengukur yang tidak bertauliah la aku nih.ukur je lari,ukur je lari.ape nak jadi?tangan tak kidung lagi la katakan.hahahahaha.
then sampai itu je yang mampu aku lakukan sampai ke pagi khamis.balik dari kolej petang dalam pukul 3.tapi ULTRAMAN sudah mula memunculkan diri dalam badan junior aku.dia buat silat depan pejabat asrama aku.then si panjang ni nak turun,aku suruh dia basuh kaki dulu sebelum turun.
dia masuk dalam bilik basuh baju,aku plak masuk bilik air untuk basuh kaki,tak sampai seminit aku keluar tengok panjang da lesap hilang.then tetiba panjang pun kena balik.hadoi.masalah betul si panjang ni.da taw semangat sendiri lemah,tak perlu lah nak meng-anjing anjing-kan benda tu dengan ikot apa yang dia buat ketika dia dalam badan kau.kan da kene balik tak pepasal.
ok keadaan ini buatkan aku sangat tak suka sebab malam khamis ini ada bacaan yassin dan upacara untuk mempagar seluruh asrama.jadi kerja aku terbantut untuk aku lakukan.sebelum sampai masa untuk majlis bacaan yassin dan upacara mempagar asrama,ku hanya sempat buat kertas ikot kiraan sahaja.niat dihati nak sambung melukis,tapi,majlis tersebut lebih penting kerana kawan aku juga yang kena bukan orang lain.
jadi aku tinggalkan kerja IMD untuk sementara waktu.lepas habis je.aku tak boleh nak buat kerja tak taw kenapa.asyik salah je buat sampai ke pagi.geram aku dibuatnya.then jumaat petang lepas kelas,aku pon bertolak ke dengkil,Negeri Sembilan untuk kursus kepimpinan anjuran HEP.
korang lihatlah betapa stressnya aku untuk menyiapkan project/assignment dalam masa dateline yang ditetapkan.mana tak stress.kerja tak selesai tapi pergi kem untuk membimbing diri aku yang agak hanyut juga lah.niat dihati nak release stress dan tension kat kem itu,tapi terbantut kerana asyik terfikir macam mana nak siapkan story board.aku risau tak sempat nak siapkan dalam dateline yang telah ditetapkan.memang stress kembali lagi lah sebab dateline hari keesokkan harinya selepas aku balik dari kem iaitu hari ahad.
tiime balik bas pulak buat hal.KPTM pergi sewa bas yang dah nazak sebab bas KPTM sendiri rosak sebab hantar budak pergi Bukit Broga.jadi adalah dalam 6 kali kot berhenti ditepi jalan.masa perjalanan yang sepatutnya bertolak pukul 1,boleh sampai dalam pukul 4 atau 5 lebih,tapi sampai sangat lewat.nasib baik tukar bas kat satu tempat tu.sampai kat perhentian tapah,rehat makan semua.
time tu pun aku masih terfikir lagi macam mana aku nak siapkan storyboard.stress sangat-sangat selagi kerja yang diberikan tak dapat siapkan dalam masa yang ditetapkan,aku memang tak boleh nak duduk senang.then 8 suku PM bertolak dari perhentian tapah.sampai di kolej pukul 9.30 PM.aku call nad,nad tak angkat.keluar tak bawak handphone.jadi aku suruh la adek(attirmidzy) untuk ambik aku.sampai asrama dalam pukul 10.25 PM.memang stress la sebab bajet masa nak buat tu petang.dalam kul 6 lebeyh cam tu,tapi masa lari sampai pukul 10.25 malam baroo sampai asrama.hadoi.memang stress.balik je,mandi rendam baju untuk basuh,terus aku mengadap project/assignment IMD(storyboard) untuk melukis dan siapkan.akhirnya siap dalam pukul 3 pagi.disebabkan aku terlalu penat,aku tertido.tak dapat nak tampal kat mounting board.
pagi tu,pergi kelas bawak storyboard.lepas kelas stats,ada masa gap dari pukul 10.30 sampai pukul 3.30 petang.alhamdulillah miss memahami dia kata tak siap tak apa,bawak je kat kelas buat kat kelas.alhamdulillah Allah memperkenankan doaku untuk menyiapkan storyboard dalam masa yang panjang dan alhamdulillah aku da siapkan ketika dalam kelas dan dapat fullmark.alhamdulillah.syukur.
so maybe sebab itu lah aku selalu cenderung ke arah negatif kerana stress yang menganggu emosi aku membuatkan aku cenderung ke arah negatif.hadoi.maaf kepada adik ku sebab fikir bukan bukan.tak pepasal kena tempias..kali ini aku akan berubah diri aku daripada negatif kepada positif insya~Allah.
minggu ini ada lab test untuk IDB,DPM,IDTM,quiz statistics,presentation,dan hantar essei mengenai bagaimana caranya negara kita merdeka(PM).so aku harap takdelah stress lagi.nampaknya bertambah sibuk lah aku nampaknya.maaflah kepada sesiapa yang aku tak perasan ke atau tak tegur ke aku minta maaf dulu ye sebab aku perlukan focus dan tenaga yang berterusan.harap maaf dipinta kepada sesiapa yang rasa aku berlagak ke ape ke,aku minta maaf awal-awal dulu ya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment