Saturday, August 14, 2010

petanda


Segala puji hanyalah bagi Allah. Kami memuji-Nya, mengharapkan pertolongan-Nya, meminta ampun kepada-Nya, serta memohon petunjuk-Nya. Kami juga berlindung kepada-Nya dari kejahatan hawa nafsu dan dari kejahatan amal perbuatan kami. Orang yang diberi petunjuk oleh Allah tidak seorang pun yang dapat menyesatkannya. Sebaliknya, orang yang disesatkan tidak seorang pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu adalah hamba dan pesuruh-Nya. Semoga Allah melimpahkan salawat dan salam kepada Nabi Muhammad, keluarganya, para sahabat dan sekelian pengikutnya hingga ke akhir zaman.

Al-Hafiz Al-Hakami dalam sebuah syairnya, mengatakan :

Ingatlah kematian dan peristiwa-peristiwa terjadi selepas itu;
tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri daripadanya.
Kematian merupakan penentuan segalanya;
segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.
Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga;
dan boleh pula menjadi lubang neraka.
Jika ia baik, maka setelahnya itu
adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan.
Jika ia jahat, maka setelahnya itu;
adalah kesengsaraan jauh lebih dahsyat.
Demi Allah, sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu;
tentulah kau tidak akan tertawa malah banyak menangis.
Wahai sekelian hamba Allah! Semua manusia sedang berjalan menuju kematian. Dia akan ingat sebuah ketentuan yang pasti dialami oleh setiap insan. Iaitu sebuah kemestian yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada sekalian anak cucu Adam. Pada saat kematian menjelma, ia akan menghinakan para pelaku kezaliman dan melumpuhkan para pelaku maksiat. Orang derhaka akan insaf dan orang yang berdosa akan bertaubat.
Saat kematian tiba adalah saat yang sangat menyakitkan yang akan dilalui oleh semua orang, samada raja mahupun rakyat jelata, samada pemimpin mahupun orang yang dipimpin, samada orang kaya mahupun orang miskin. Persediaan diri yang sebenarnya adalah ketika menghadapi kematian. Berazamlah untuk memanfaatkan waktu sebaik-baiknya dengan melakukan amal soleh dan tidak membuangnya dengan sia-sia.


astafirullahalazim.patutlah aku merasa begitu sayu semalam.rupanya Allah ingin menguji kekuatan imanku sekali lagi dengan menarik nyawa seorang ahli keluargaku iaitu nenekku di sebelah ibuku yang berketurunan Cina.sesungguhnya aku memerlukan kekuatan yang sangat tinggi untuk menempuhi dugaan ini.

tak sangka aku bahawa semalam,kesayuaan itu merupakan tanda pemergiannya nenek yang aku sayangi walaupun aku tidak berpada rapat dengan arwah kerana faktor pertuturan yang berlainan bahasa,tapi aku masih menyanyangi arwah.maafkan cucu ini kerana tidak dapat banyak bercakap dengan nenek.cucu minta maaf kerana tidak sempat berjumpa sebelum nenek menghembuskan nafas yang terakhir walaupun terlalu dekat.

ya Allah,Engkau sekali lagi menguji aku dengan menarik kembali apa yang telah menjadi hak Engkau untuk menguji keimanan aku sekali lagi setelah Engkau menguji aku dengan permainan soal hati dan jiwa.Ya Allah aku memohon kepada Mu supaya berikanlah aku kekuatan,semangat,serta keimanan yang tinggi,berikanlah aku ketenangan seperti tenangnya bunyi air disungai dan janganlah Engkau kucar-kacirkan apa yang telah Engkau berikan kepadaku ya Allah yang maha pendengar,maha mengasihi lagi maha suci.berkatilah arwah nenek ku yang telah pergi menghadapMu ya Allah.janganlah Engkau menyiksa dirinya walaupun dia tidak tergolong dalam agamaMu ya Allah.aku memohon kepadaMu sekali lagi kerana hanya kepada Engkaulah tempat untuk aku mengadu segala perjalanan liku liku kehidupan aku ini ya Allah.perkenankanlah doa hambaMu yang hina ini ya Allah.amin.

sesungguhnya pada ketika ini aku teramat sedih dan kusut kerana kehilangan arwah ditambah lagi dengan masalah hati dan jiwa yang masih belum lagi sembuh.sesungguhnya aku harus reda dengan ketentuanMu ya Allah.aku sangat mengharapkan keampunan dariNya atas dosa-dosa silamku,keluargaku,guru-guruku,rakan-rakanku serta saudara seislamku.aku sangat mengharapkan keredaanMu ya Allah.sesungguhnya apa yang ada di alam semesta ini adalah hak Engkau ya Allah.jadikanlah apa yang berlaku ini sebagai pengajaran untuk aku lebih mengingatiMu Ya Allah.sesungguhnya aku adalah hambaMu yang sering lalai dan alpa dalam mengingatiMu ya Allah.

No comments:

Post a Comment