erm.sudah lah.lepas ni semuanya ala kadar saja.sudah tak boleh menjadi diri sendiri lagi.jadi diri sendiri,masih ada yang terluka dengan diri ini kerana pertuturan,perbuatan dan perangai.jadi disini akan aku buatkan sedikit sebanyak pertukaran identiti.insya~Allah.
nampaknya aku sekarang perlu mengubah cara aku bertutur,perbuatan dan segalanya agar tidak ada yang terluka lagi dengan apa yang aku lakukan.sorry kalau terasa terlalu formal.aku tak boleh jadi macam dulu demi menjaga segala apa yang aku lakukan.
sekiranya tidak selesa,bagitahu jelah.aku akan cuba membuatkan semuanya selesa.aku mencuba.sebab bukan semua orang pun yang boleh terima cara kita.kadang kala ada yang terasa tapi hanya berdiam diri.
memang benar dalam dunia ini, bukan semua orang sedar akan kesilapan diri.tapi manusia di ciptakan dengan sifat begitu.sentiasa alpa dengan apa yang berlaku.sentiasa suka berhibur dan suka dibelai dengan kasih sayang.aku tak nafikan semua itu.
jadi aku ingin muhasabah diri aku sendiri yang terlalu alpa dengan orang sekitar aku ketika aku menjadi diri sendiri sehingga melukakan beberapa keping hati.sudah aku meminta maaf kepada tuan empunya badan.tapi...biarlah Allah saja yang tahu betapa kesal dan ikhlasnya aku dalam meminta maaf.mungkin cara aku nampak macam formal dan merimaskan.aku tak nak jadi formal.aku tak nak memendekkan perbualan dengan menjadi formal.sebab itu aku memanjangkan dengan secara tidak sengaja menjadi rimas.aku minta maaf sekali lagi.
aku tak mampu untuk menjadi insan yang baik.aku hanya mampu muhasabah dan memperbaiki diri aku untuk ke arah yang lebih baik,mungkin orang lain rasa aku ni poyo dan sebagainya.tapi itulah takdir yang telah ditulis sejak dari azali lagi.kalau boleh aku juga mahu semuanya ceria dan gembira kerana aku sukakan suasana yang ceria.tapi...ape boleh aku lakukan,aku dicipta untuk jadi begini.aku tahu aku boleh berubah.tapi...bukan aku tidak cuba...sudah berkali.mungkin masanya belum tiba.
entahlah.setiap kali aku dikelilingi oleh mereka-mereka,aku sering terasa yang aku tidaklah sebaik dan selengkap mereka.biarpun aku mempunyai duit,duit tidak boleh menjamin apa-apa berkaitan dengan ini.duit hanya boleh menjamin barangan yang diperlukan sahaja.tapi bukan perasaan yang dialami.aku terasa yang aku bukanlah yang terbaik.dan aku rasa aku hanya layak untuk bersendirian dan bukan dengan mereka.
setiap kali mereka bergurau kasar,aku tak pernah nak ambik hati.tapi bila aku bergurau cuma sekadar kiasan,mereka pula terasa.mungkin bahasa pertuturan aku terlalu pedas untuk mereka mengerti.mungkin.aku tak nafikan.aku cuba untuk menjadi seperti mereka yang bergurau dengan nada yang kasar.tapi entahlah.mungkin itu bukan jenis aku untuk bergurau kasar.bila sudah bergurau kasar,aku pasti akan ada yang terasa.
kadang kala bila aku menerima apa yang dikatakan,mereka kata,aku ni macam takde perasaan.terima je apa yang orang kata.then boleh la diorang mula pijak kepala.bila aku bergurau membalas kembali mereka kata ayat aku terasa pedas.terlalu tajam untuk ditafsirkan.
entah lah.aku sendiri dah tak tahu apa yang aku nak buat dengan masalah seperti ini.mungkin aku harus menerima sahaja apa yang mereka katakan supaya kurang persengketaan antara aku dan mereka.biarlah hati aku sorang sahaja yang remuk,koyak dan berkecai.biarlah aku sahaja yang menanggung semua itu.aku tahu aku boleh menghadapi semua ini seorang diri.biarlah mereka melihat senyuman yang diukir atas wajah yang sememangnya hatinya sudah tidak mempunyai apa-apa lagi.
aku harap Allah memberi aku kesabaran yang berpanjangan dalam menghadapi dugaan yang DIA berikan keatasku.biarlah orang lain bersuka dan aku yang berduka demi persahabatan yang terjalin.
Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.
No comments:
Post a Comment