Monday, August 30, 2010

mungkin



tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan
walaupun maut menjadi noktahnya 
kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa 
dalam doa saudaranya yang lain 
biarpun tanpa bayangnya.

aku tertarik dengan ungkapan ini.terlalu mendalam maksudnya.entah mengapa sejak melihat ungkapan ini,aku rasa macam dipanggil untuk mencoretkan sesuatu disini.mungkin kerana sahabat yang aku ada,telah hilang.tapi ungkapan itu mengatakan tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan.mungkin ungkapan ini mengubah persepsi aku terhadap mereka.biar pun tiada lagi mereka di hadapan mataku,mereka tetap sahabat aku yang aku sayangi.tapi..entahlah.ketika aku memerlukan seseorang disisi untuk membantu membesarkan api yang telah sedia untuk menjadi malap,mereka semua menghilang entah kemana dan akhirnya bara api itu terpadam dengan hanya tiupan angin sepoi sepoi belaka.

tapi bagi aku itu tidak mengapalah.masing masing ada urusan yang tersendiri.hanya aku sahaja yang masih terkapai kapai untuk menuju ke destinasi yang aku ingin tuju.aku perlu menghidupkan kembali bara yang telah kian lama padam dalam diri aku.memang susah untuk berlari yang sebelumnya berjalan.memang susah untuk berjalan yang sebelum ini bertatih.dan memang susah untuk bertatih yang sebelum ini hanya merangkak.tapi itu bukanlah penghalang untuk aku bangkit dan menghidupkan bara api yang telah kalah dulu.

aku tidak mampu untuk memberikan harta dunia dan menjaga hati setiap orang dari mereka.aku tidak mampu untuk menerangi hari hari mereka sebelum ini kerana aku sendiri juga telah tersungkur.aku tidak mampu untuk memberi cahaya api kegembiraan kerana api aku sendiri telah terpadam.namun doaku masih belum lagi terputus selagi nyawa masih lagi dikandung badan.mungkin hanya berdoa sahajalah yang mampu untuk aku berikan.

biarlah mereka melupakan aku asalkan aku tidak melupakan mereka.biarlah aku sahaja yang mendoakan mereka semua sehat sejahtera walafiat.dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam perlindunganNYA.bagi aku,hanya doa sahajalah yang dapat aku kirimkan kepada mereka yang telah melupakan aku dan sudah tidak mahu menghubungi aku.aku tidak menyalahkan mereka dalam mengejar hal ehwal mereka sendiri.mungkin...aku terlalu banyak berfikir...mungkin...aku tidak layak untuk berkawan dengan mereka semua...mungkin...hanya aku sahaja yang fikir begitu...mungkin.....semua ini akan mengajar aku erti kedewasaan yang sebenar mengenai dunia diluar sana...

No comments:

Post a Comment