Monday, August 16, 2010

tribute.

kau kata aku sengaja nak condem kau.lihatlah sendiri.kau suruh aku buang sifat negatif dan pemikiran yang cenderung ke arah negatif.aku hanya nak kau ada diwaktu aku perlukan seseorang untuk berkongsi suka dan duka.aku cari kau sebab aku rasa,kau lah orang yang penting dalam hidup aku dimana aku sendiri boleh bergantung harap ketika aku memerlukan bantuan sepertimana aku memberi pada ketika suatu waktu dahulu.

tapi,kau kata aku condem kau.aku hanya ingin berkongsi apa yang aku rasa.apa yang aku alami ketika aku memang betul betul rapuh.diuji dengan ujian hati,kemudian perginya arwah nenek aku dan seterusnya budak budak batch aku yang condem aku habis habisan.

susah kah untuk kau paham aku yang hanya ingin kau sebagai teman mendengar apa yang aku ingin luahkan.salah kah aku mencari kau dan mempercayai kau sebagai seorang sahabat yang kau katakan dulu.salahkah?aku mencari kau untuk berbicara dan tenangkan hati aku yang sememang memangnya telah rapuh habis.tapi kau kata aku kondem kau.

sekarang kau sendiri yang berfikiran negatif.tengoklah.semua orang disekeliling aku sendiri da berubah kondem aku disaat aku memang tidak mampu untuk melindungi hati yang telah sedia rapuh.ujian hati itu sahaja sudah hampir rapuh.tambah lagi dengan arwah serta budak batch aku yang langsung takde perasaan erti kesedihan dan sebagainya,apa yang kau expect aku buat kalau aku tidak mencari seorang yang aku sangat percaya untuk berkongsi cerita dan masalah ini kerana kau sendiri pernah melalui. dan aku berharap untuk kau paham hati dan jiwa aku kerana kau pernah melaluinya.

tapi kau marah aku.kau tahu betapa punah harapan aku yang sentiasa percaya kau sebagai sahabat aku?ini kah maksud sahabat yang kau berikan erti kepada aku selama ini?ye aku tahu kau berhati batu dan tidak kisah dengan apa yang orang lain katakan.tapi...tolonglah bertimbang rasa ketika orang memerlukan pertolongan kau.orang perlukan pertolongan kau sebab orang percaya kaulah orang yang paling sesuai dan dapat membantu orang yang memerlukan bantuan.

aku bukan nak condem kau.langsung tak terlintas niat di hati dan minda aku untuk condem kau mahupun orang lain.jauh sekali untuk aku melakukan begitu terhadap kau kerana aku terlalu sayang persahabatan antara kau dan aku.aku tahu kalau kau baca coretan aku ini sudah pasti kau kata aku sudah lemah.tidak lagi seperti dulu yang berhati keras.

yeah.memang betul.kau telah melembutkan hati aku.lembut sehingga terlalu mudah untuk rapuh dengan tekanan hidup yang melampau ketika ini.tapi aku tahu,hidup ini perlu diteruskan jua walau apa yang berlaku.aku pasti akan dapat kekuatan aku kembali suatu hari nanti,tapi bukan sekarang.aku hanya perlukan kau sebagai seorang sahabat yang boleh aku berkongsi rasa suka dan duka aku sebab kat sini,aku hanya ada kau seorang sahaja.

pakcik kau pun dah berubah seperti yang aku beritahu kau awal-awal lagi.jadi pada siapa untuk aku berkongsi semua perasaan duka aku kalau bukan dengan kau?aku minta maaf sebab menyusahkan kau dengan masalah aku sedangkan kau terlalu sibuk menyiapkan tugasan yang diberi serta melayan kawan-kawan baru kau yang lebih kau rapat dari aku ketika ini.aku harap kau paham mengapa aku mencari kau hari ini,esok,lusa dan seterusnya.

No comments:

Post a Comment