tolong pergi jauh dari aku buat sementara waktu.berikan aku ruang untuk memberi tumpuan kepada apa yang sepatutnya kerana ini bukan masanya untuk dirimu.tolong pahami aku dan biarkanlah aku seketika waktu ini.aku terlalu rimas dalam melayan kerenah kau.kau tak habis habis mengejar aku.kenapa?pergilah jauh dari aku.pergi cari orang lain.aku akan cari kau juga bila sudah tiba waktunya.
sekarang ni,pergi pergi dan pergi dari sisi aku.aku masih mempunyai tanggungjawab dan tugas yang perlu aku selesaikan sebelum kau boleh pulang ke pangkuan aku.tolong aku untuk kali ini.biarkan aku selesaikan apa yang patut supaya aku tenang jika kau hadir kembali mengejar aku.
berikan aku masa untuk singgah diperhentian ini untuk berehat dan tunaikan tanggungjawab aku.aku janji selepas aku selesaikan tugasan aku,aku akan kejar kau dimana kau berhenti singgah.aku akan mencari kau diserata tempat walaupun aku terpaksa pergi dahulu dalam usahaku mencari dirimu.
tapi kali ini biarkanlah aku bersendirian untuk mengubati duka dan lara sementara aku menunaikan tugasan aku di tempat ini.aku benarkan kau mengikuti aku tapi tolong jangan ganggu aku.tolong lah paham aku.
No comments:
Post a Comment