Wednesday, August 11, 2010
ketenangan
kini ramadhan bertandang lagi dijendela kalander Islam.udara bulan ramadhan bertiup lembut menghilangkan kekusutan diminda.diharapkan ramadhan kali ini mendatangkan seribu makna dalam kehidupan.
aku mengharapkan diri aku yang hina dan penuh dengan kelalaian dunia mempergunakan masa dibulan ramadhan ini dengan sebaik mungkin untuk mencari ketenangan hati yang dikatakan setenang-tenang hati adalah dibulan ramadhan kerana usaha mencari dan gandaan pahala dibulan ramadhan.
sesungguhnya aku memerlukan ketenangan yang teramat ketika ini.syukur bertemu dengan bulan ramadhan kembali.
selesai sesudah solat taraweh tadi,hatiku terasa lapang seketika dan terhindar daripada persoalan hati dan jiwa yang mana aku rasakan retak kebelakangan ini.tapi alhamdulillah selepas solat,terasa lapang.
dalam bulan ramadhan ini aku akan cuba untuk banyak bersabar,mengawal minda daripada tersasar ke pemikiran negatif serta solat taraweh insya~Allah sekiranya aku larat untuk berjemaah kerana dilumpuri oleh assignment yang kian datang melambak dengan begitu sahaja.
rindunya aku dengan ketenangan dan keharuman bulan ramadhan.ya Allah terima kasih kerana mempertemukan aku kembali dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ini.aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan,dan aku akan cuba sedaya upaya untuk berjihad dan melakukan kerja atas jalanMU ya Allah.
sesungguhnya bulan ramadhan mengajar aku erti kesabaran.aura positif,mengawal nafsu,solat menepati masa dan berpuasa penuh.
aku harap,ketika bulan ramadhan ini,akan berkurangan masalah yang paling kritikal iaitu masalah emosi,hati,jiwa dan minda.aku harap aku dijauhkan masalah itu untuk sementara waktu.insya~Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment