Wednesday, August 11, 2010

sahabat



sesungguhnya aku mengalami tekanan perasaan pada hari ini yang mana merupakan hari pertama berpuasa.sebetul betulnya memberi tamparan yang agak besar buat diriku.aku nak berterima kasih kepada dia yang membuatkan aku jadi begini disaat aku ingin menjernihkan suasana yang telah keruh.

tapi aku reda dengan apa yang berlaku walaupun aku tahu tidak secepat itu untuk aku meredai peristiwa itu tapi aku tahu,aku akan terima juga hakikat itu walau lambat mana sekali pun.betul kata orang dulu,kalau kita sayangkan seseorang,kita akan sanggup berkorban demi orang yang kita sayangi.

dalam bulan ramadhan kali ini,aku akan cuba memantapkan diri aku dengan ilmu keagamaan.insya~Allah aku akan cuba mendekatkan diri aku kepadaNya.akan aku doakan kesejahteraan dia agar dia dirahmati oleh Allah sentiasa.insya~Allah

walaupun aku dah tahu status sebenar tapi aku still mendoakan yang terbaik buatnya walaupun dia mempermainkan soal hati,tapi aku still mendoakan dia.biarlah aku yang berkorban menelan rasa pahit dihati.aku tak tau lah kalau dia rasa gembira dengan keadaan aku yang sekarang ni atau pun dah memang dari dulu lagi dia dah merancang semua ini.perkara itu aku tidak mahu tahu.

aku serahkan bulat bulat kepada yang berhak iaitu Allah s.w.t. untuk menentukan segalanya dan membalas apa yang telah dikerjakan.Allah itu maha adil dan aku tahu dia akan memberikan apa yang setimpal sebagai ganti rugi.

ada orang pernah berkata yang mana aku tak ingat siapa yang berkata yang berbunyi ,Allah sengaja mempertemukan kaum adam dengan kaum hawa yang bukan jodohnya untuk menguji kesabaran dari segala aspek yang merangkumi,hati,jiwa,nurani,emosi,kesabaran dan sebagainya.sebagai ganti rugi pemergian kaum hawa yang bukan menjadi jodoh si kaum adam itu tadi,Allah mengurniakan seorang kaum hawa yang memang jodohnya dengan kaum adam tadi kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhluknya.

kesimpulannya kadang kadang apa yang kita rasa terbaik untuk diri kita,sebenarnya bukanlah yang terbaik untuk diri kita kerana ianya hanya terbaik dimata kita tapi tidak dimata Pencipta alam semesta ini.jadi apa yang ditakdirkan sudah pasti ada hikmahnya dan janganlah kita melawan takdir itu sebaliknya redalah dengan apa yang sudah berlaku.

jika aku bukan ditakdirkan menjadi jodoh antara aku dan dia,aku reda sebab aku tahu ada hikmahnya mengapa perkara ini terjadi.mungkin sebab Allah nak menguji betapa kuatnya iman aku dalam menempuhi dugaan yang mendatang.lagi lagi dalam bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.

aku tak tahulah sebab aku tidak mengetahui apa yang tersirat melainkan Allah s.w.t.jadi aku hanya reda dengan apa yang berlaku dan memaafkan segala kesalahan yang dilakukan terhadap aku sepertimana diawal perkenalan dulu.insya~Allah.

sekarang hanya sahabat,tak lebih dari itu lagi.alhamdulillah keadaan sudah jernih.ya Allah aku bersyukur kerana Engkau mempermudahkan usaha aku dalam memperbaiki hubungan ukhwah silaturahim ini.alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment