benar sabda Rasullulah yang bermaksud semuanya bermula dari hati.episode kali ini aku ingin membicarakan tentang hati.maklumlah baru balik dari kem prostar yang bermaksud program kesihatan yang merangkumi segala espek yang diperlukan oleh seseorang terutamanya remaja.
semuanya bermula dari hati tak kiralah apa pun perasaan yang kita alami,sedih,gembira,kecewa dan sebagainya diolah dari sekeping hati.ini adalah cerita rahsia hatiku
hati aku mula berbicarakan tentang kegembiraan,cinta,rindu dan kecewa apabila pintu hati yang setelah sekian lama tertutup kini terbuka untuk seseorang.terlalu cepat untuk aku berbicara tentang ini,tapi itu lah hakikatnya.
kali terakhir pintu hati ini tertutup adalah 3 tahun yang lalu.tapi kini ia terbuka kembali untuk menerima belaian dari seorang kaum hawa dimana aku terjumpa secara tiba-tiba.
disewaktu awal perkenalan lagi hati aku sudah berdetak untuk mengatakan rindu yang teramat untuknya.tapi pancaindera ku menghalang untuk mengatakannya.
entah apa yang berlaku pun aku tak tahu kenapa hati aku begitu tertarik dengan si dia walaupun hati ini telah ditutup selama 3 tahun tanpa sesiapa pun menjumpai kuncinya didalam kegelapan yang sangat pekat.
ada sesuatu yang telah mencuri perhatian hatiku ketika aku bersama dengan dia sehingga ke hari ini.apa dia?aku masih tidak dapat pastikan lagi.
mungkin sebab disaat aku memerlukan seseorang untuk berbicara,dia hadir tanpa aku duga.kerana dia lah hatiku yang telah dirantai ini terbuka semula.
terus terang aku cakap,dia lah orang pertama yang berjaya membuka hatiku setelah sekian lama terkubur.akhirnya bangkit dengan rasa haruman rindu terhadap dia.
dia pernah berkata,dia selalu mempermainkan ex cinta dia.ini membuatkan aku teragak-agak untuk memiliki dirinya berdasarkan ceritanya.
tapi aku mengambil risiko untuk cuba memiliki dirinya yang aku sendiri tahu yang aku tidak layak untuk berganding dengan dirinya.
terlalu jauh perbezaan antara aku dan dia.bagaikan tingginya langit dan bumi.aku teragak-agak untuk menyerahkan cinta yang membara untuk digenggam bersama pada awalnya sebelum dia mengetahui isi hatiku.
tapi alhamdulillah dia sambut salam cintaku kepadanya.terasa diri aku sangat bahagia.alangkah indahnya jika dia dapat melihat keadaan hati yang gelap gelita bertukar menjadi cerah kerana menerima cahaya dari cintanya.terima kasih kerana membiarkan aku berpaut pada dahan cintamu.
tapi aku rasa hubungan ini tidak akan lama kerana perbezaan antara aku dan dia.lihat sajalah dia dengan ex cinta dia,banyak persamaan pun tidak kekal,apatah lagi aku yang banyak perbezaan antara aku dan dia.
aku tidak mengharapkan untuk berakhir dengan begitu,tapi firasat aku bagaikan mengata bahawa hubungan ini tidak akan berkekalan.aku pun tidak tahu mengapa firasat ini yang aku rasa.
aku terlalu rindu dengan rasa cinta yang setelah sekian lama terkubur dalam kegelapan yang telah dia bangkitkan.mungkin kerana itu dia merasa rimas dengan segala apa yang aku lakukan kepadanya.
ye aku tahu,kau rimas dengan apa yang aku lakukan terhadap kau,maafkanlah aku kerana aku hanya melakukannya kerana rindu dengan rasa cinta ini.aku tidak mampu mengawal rasa cinta dan rindu yang bertandang di jendela hati ini.
maafkan aku sekiranya ketika kau bersama dengan aku,aku tidak dapat membahagiakan diri kau.seandainya kau ingin berpisah,aku rela memberi kebebasan untuk kau terbang pergi jauh dariku.aku tidak akan menghalang walau apa jua keputusan yang kau berikan.
satu saja yang aku ingin pinta dari kau.janganlah kau seksa sekeping hati yang telah bangkit ini bersendirian mengharungi hari-harinya tanpa rasa cinta dari kau.
berikanlah kata muktamad yang kau rasa selesa buat diri kau.aku tidak memaksa untuk bersama.maafkan aku sekiranya coretan ini memberi luka dihati kau.
aku sudah tidak berdaya untuk menanggung rindu yang bertandang dihati tanpa kehadiran kau dihari-hariku.aku minta maaf sekiranya kau rasa rimas dengan aku.
mungkin sebab itulah kau menjauhkan diri dari aku untuk sementara waktu.sewaktu aku ingin kau disampingku,kau pergi meninggalkan aku sendirian.
maaf kerana aku tidak mampu membendung rasa hati ini.hampir setiap saat aku terkenangkan diri kau.aku cemburu melihat kau gembira dengan kawan kawan kau.tapi bila bersua muka dengan aku,kau hanya mempamerkan muka yang tension.
memang benar,aku agak terasa dengan keadaan seperti itu.mungkin sebab itulah aku rasa hubungan ini tidak akan berkekalan sepertimana harapan aku untuk berkekalan dalam hubungan ini.
aku minta maaf kerana terlalu sensitif terhadap diri kau.aku minta maaf kerana berubah dengan mendadak.aku minta maaf kerana tidak dapat membahagiakan diri kau seperti mana kau bersama dengan kawan-kawan kau.
maafkan aku kerana tidak dapat memberi cahaya yang secukupnya untuk menerangkan hari-hari kau seperti mana kau mendapat cahaya yang cukup terang daripada kawan-kawan kau.
mungkin aku hanya layak untuk bergelar kawan.bukan sahabat.apa yang berlaku telah merobek keyakinan diri aku sendiri entah mengapa aku pun tak tahu
mungkin selepas ini,aku akan mengundurkan diri sekiranya kau lebih bahagia tanpa diri aku yang tidak dapat memberi kebahagiaan walaupun sedetik.maafkan aku kerana aku bukanlah insan yang kuat seperti kau untuk mengharungi masalah berkait rapat dengan soal hati.maafkan aku sekali lagi.
No comments:
Post a Comment