Friday, August 13, 2010

sayu



terasa angin meniup sayu-sayu begitu ketika dimalam hari membuatkan aku tertanya-tanya mengapa malam ini emosi sang angin begitu sayu sekali?bukankah hujan telah menemani dirimu dipetang tadi?

sang angin yang sayu dikala aku kelayuan emosi.bertambah lagi lah sayu hari-hari aku.mengapa aku seperti terasa keadaan sekeliling aku turut berasa sayu seperti aku?

keadaan dalam dorm pun da macam sunyi sebab da tinggal 4 orang je yang lain semua da balik.oh adakah hari hari ku akan seperti hari ini yang mana sayu itu menguasai diri aku?

haih...sayu oh sayu.bilakah engkau mahu pergi dariku?sudah lama engkau menemani hari-hari sepi ku.kegembiraan pun hanya bertandang sebentar sahaja kemudian turut layu kembali.

mengapa aku jadi begini?adakah aku ditakdirkan untuk menjadi sayu sepanjang hidup aku?ya aku tahu,tidak elok untuk bertanya kepada Pencipta Alam Semesta ini.aku hanya tertanya tanya untuk renungan diriku sendiri.

hurm...bila lah rasa sayu ini akan luput dari hatiku untuk selama-lamanya.seksa sungguh diri aku dalam keadaan sayu begini.

ya Allah kau perkuatkanlah diri ku dalam mengharungi dugaan dugaan liku kehidupan ini ya Allah yang maha pendengar,maha melihat lagi maha mengetahui.aku memohon kepadaMu agar engkau lindungilah aku daripada segala kecelakaan dari saat ini sehingga ke nafas terakhirku.berkatilah perjalanan hidupku,ibu bapaku,rakan-rakanku,guru-guruku serta sedara seislamku ya Allah ya Rahman ya Rahim.perkenankanlah doaku ini ya Allah yang maha pemurah,maha pengampun lagi maha mengasihani sesungguhnya kepada engkaulah  tempat untuk aku mengadu segala-galanya kerana Engkau lebih memahami keadaan hati ini.amin.

No comments:

Post a Comment