selamat sampai dirumah nenek pada pukul 1 petang.terasa suasana hiba menyelubungi perkarangan rumah nenek.sebak bertandang tanpa dipinta.sayu turut dirasai oleh hujan yang turut menemani pemergian seorang insan yang aku sayangi.
ini baru nenek aku yang tidak berapa rapat pun terasa sebak yang sangat mendalam.apatah lagi kalau ibu bapa yang pergi meninggalkan aku menghadap Illahi suatu hari nanti.sudah pasti duniaku akan terasa gelap tanpa cahaya keberkatan ibubapa.
hurm...suasana sekarang tersangatlah sayu ketika jenazah arwah nenek ku tiba di perkarangan rumah.aku melihat wajahnya untuk pertama kali setelah rohnya dicabut oleh Sakaratul Maut.
aku sendiri pun susah nak tafsir melalui air mukanya yang seperti berada di tengah tengah antara tenang dan sakit.terasa sebak melanda diri ketika menatap seraut wajah yang kesepian meminta untuk ditemani oleh saudara mara yang berada disitu.
tapi apakan daya,ketika meninggal,tiada apa yang dapat dibawa kecuali 3 perkara iaitu amalan,doa serta anak yang soleh.walaupun aku berlainan agama dengan nenek aku,aku tetap mendoakannya melalui agama islam.aku bukan lah pandai sangat mengenai agama,tapi kira boleh lah.
tak boleh nak digambarkan perasaan itu ketika menatap seraut wajah yang kita sayangi kaku tanpa sebarang pergerakkan.adakah aku sedih kerana pemergiannya,gembira kerana penderitaannya didunia tamat,mahupun takut kerana seruan dari Allah s.w.t. untuk mengadapNya.
dagunya telah kempis dan raut wajahnya semakin layu kebawah.Ya Allah betapa besarnya kuasaMu untuk dinilai dengan akal yang Engkau kurniakan.
ya Allah ampunilah dosa dosaku,dosa dosa ibubapaku,dosa dosa guru-guruku,dosa dosa sahabat handaiku serta dosa dosa saudara seislamku diseluruh dunia.sesungguhnya Engkau maha pengampun,maha pemurah lagi maha pendengar.hanya Engkaulah yang layak untuk disembah.
apakah jika aku pergi dulu,ada yang tangisi pemergianku dari kalangan sahabat ku?masih adakah kesempatan untuk aku meminta maaf kepada mereka semua atas dosa dosa yang telah aku lakukan terhadap mereka secara sedar mahupun tidak sedar?sempatkah aku untuk berjumpa dengan mereka semua pada keesokkan harinya?bagaimana jika aku ditakdirkan mengadap Illahi ketika aku sedang tidur nanti?sempatkah aku?
ya Allah jika Engkau ingin mengambil hakMu yang satu ini,izinkanlah aku untuk meminta maaf dan menghalalkan segala makan minum dari keluargaku,sahabatku serta guru-guruku.izinkanlah aku untuk menyatakan betapa gembiranya aku dilahirkan didunia ini seperti orang lain yang cukup sifat fizikalnya dan bertaubat atas segala dosa yang telah aku lakukan sepanjang aku dilahirkan sehingga ke saat ini.izinkanlah aku untuk menatap wajah-wajah mereka untuk kali terakhir ya Allah.berikanlah kesempatan untuk aku berjumpa dengan ahli keluargaku sebelum Engkau mengambil kembali hak Engkau bila sudah tiba waktunya.
ya Allah.semoga aku dijauhi daripada perkara yang melalaikan serta mengalpakan diriku daripada mengingati diriMu ya Allah.
No comments:
Post a Comment