Friday, August 13, 2010

anjakkan paradigma



oh oh oh baroo terasa kehangatan perhubungan antara aku dan adik adik.hahaha.selama ini aku da tak seberapa rapat dah dengan mereka-mereka semua.yelah maklumlah asyik busy je memanjang bila da duduk kat ipoh ni banyak plak laa kerja yang nak kena settle.hahahaha.

dalam bulan ramadhan ini insya~Allah aku akan meluangkan masa bersama-sama dengan mereka-mereka yang telah lama aku tinggalkan.amboi,da buat macam barang plak.hahahaha.kelakor.memang manislah bila berborak dan beramah mesra dengan mereka semula.

alhamdulillah,mereka masih memahami seperti selalu kerana kesibukkan mengejar ilmu Allah ini.kalau tak,memang tekanan hati dan jiwa lah jawabnya.tapi memang best bila dapat berborak dngan mereka.lepas rindu di hati yang telah lama bersarang.sarang apa?sarang rindu lah.hahaha.

terasa seperti nak mengedik ngedik plak dengan mereka semua sebab da lama tak lepak dan tanya khabar.semua hampir berkata perkara yang sama iaitu,ini betul ke abg is?hahahaha.aku da tergelak gelak da.apasal plak dengan mereka ni?tetiba je tanya soalan macam tu.berbeza sangatkah aku yang dulu dengan aku yang sekarang??entah lah.aku pun tak pasti.inilah diri aku yang sebenar setelah kekecewaan itu tiba,atau memang inilah diri aku yang hipokrit.aku pun tak tau.mungkin juga tersepit di tengah tengah personaliti itu?

mereka berkata aku sekarang ni lebih menjaga percakapan dan pertuturan serta adab.dulu takde lah tak jaga,cuma kurang.sekarang nih macam lebih la dari semua aspek itu.lupa plak yang aku sekarang ni kan nak mendekatkan diri aku kepadaNYA.so langkah pertama haruslah aku lakukan dengan menjaga dari semua aspek itu.insya~Allah.

mungkin apa yang kau lihat ini adalah perubahan demi perubahan yang akan kekal untuk selama-lamanya.atau mungkin juga hanya sementara?entah.aku ni cuma manusia biasa.aku tak tahu bila aku akan berubah lagi diri aku ni.aku dah tak nak jadi seliar dulu.cukuplah aku buang jauh jauh nafsu yang menghancurkan imej aku.

sapa-sapa yang rapat dengan aku,tahulah perangai aku macam mana dulu.tapi sekarang perubahan demi perubahan aku telah lakukan,jadi tidak ada seperti dulu.insya~Allah kalau ada tu tempias lah kan.mana boleh nak ubah 100% dalam sekelip mata.

tapi mereka kata,mereka lebih suka imej yang aku bawakan sekarang.tak tahulah.mereka kata,mereka lebih seronok untuk berborak dengan aku sekarang daripada dulu.entahlah mungkin Allah nak bagi aku hidayah supaya aku mendekatkan diri serta mengajak orang lain mendekati diriNya.mudah-mudahan,begitulah kehendakNya.

pape pun,aku gembira kerana aku telah melakukan satu anjakkan paradigma yang agak besar dalam hidup aku yang mana sebelum ini anjakkan paradigma ini hanya tersimpan kemas dalam diri aku sahaja.tak tahu bilakah perubahan ini hendak keluar dari dalam jiwa aku yang liar dulu.

alhamdulillah berubah juga.sesungguhnya aku bersyukur kepadaMu ya Allah kerana bukakan pintu hatiku untuk lebih mendekati dan mempelajari agamaMu ya Allah.

No comments:

Post a Comment