Sunday, August 15, 2010
Islam
engkau berpengetahuan agama lebih tinggi dari aku berbanding dengan aku yang datang dari keluarga yang bercampur agama islam dan buddha.seperti yang kau lihat,pengetahuan aku terhadap agama islam tersangatlah cetek berbanding dengan orang yang sememangnya melayu tulen.mereka lebih tinggi ilmu dalam agama berbanding dengan orang yang datang dari keluarga campur.
tapi aku sebagai sedara islam,malu dengan apa yang kau pamirkan.kau menindas umat islam yang lain,iaitu aku sendiri.bukankah sepatutnya engkau sebagai sedara dalam islam patut membimbing aku kejalan yang benar dan diredai Allah?tapi mengapa kau sering menggunakan alasan berlagak itu untuk menjatuhkan sedara dalam islam kau sendiri?aku tak tahu lah ilmu agama yang kau ada itu semuanya kerana pangkat dan harta ataupun kau belajar kerana Allah.
aku sendiri pun tak tahu lah sama ada engkau paham erti sebenar Islam ataupun kau hanya sekadar tahu belajar tapi tidak mengetahui erti Islam sebenar yang menjurus kepada kebaikkan dan menyatu padukan seluruh umat Islam.itu dari fahaman yang aku paham.aku tak berani nak kata betul atau salah sebab faktor ilmu agama aku yang cetek.
bila aku suakan perkara seperti itu,kau mengatakan kau takut tersesat bila aku masuk dalam bab agama.aku terasa pelik sebentar kerana apa yang aku masukkan dalam bab agama ini ialah sikap seorang beragama Islam.iaitu memimpin golongan yang lemah,membantu sedara dalam islam dalam kesusahan,memberi bimbingan agama,dan menegur kesilapan orang itu dengan cara yang baik.
tapi apa yang aku lihat,ternyata engkau sendiri tidak paham maksud Islam yang sebenar berdasarkan tingkah laku engkau sendiri.mengenai fahaman,mungkin engkau lebih hebat.kau boleh menyangkal apa yang aku katakan.tapi engkau tahukah perbuatan engkau itu mencerminkan segala-galanya,
seorang umat islam yang faham erti sebenar maksud Islam itu,takkan berbuat begitu terhadap sedara dalam islamnya sendiri.dia takkan tergamak untuk menjatuhkan golongan yang lemah.dia takkan tergamak untuk menindas sedara dalam islamnya sendiri.
benar kata orang tua,manusia beragama islam yang sebenar-benarnya telah pupus.mereka dikaburi dengan permainan dunia dan hasutan syaitan.mereka sudah mula untuk menindas agamanya sendiri.aku kesal dengan orang yang macam mereka ini menganut agama Islam.aku kecewa dengan sikap orang Islam sekarang.
aku tahu,aku juga orang Islam yang ilmu pengetahuan sangatlah cetek berbanding dengan mereka mereka yang sememangnya berasal dari keluarga Islam yang tulen.tapi kalau inilah yang dipamirkan,tak gunalah kau memegang dua kalimah Allah iaitu dua kalimah syahadah.itu dari pandangan aku sendiri.
kalau pandangan aku salah,aku minta maaf sebab ini isu sensitif.aku tak berani nak buat ulasan yang panjang.aku hanya menyuarakan pendapat aku sebagai seorang muslim.maaf sebab aku berkata begitu kerana desakkan orang sekeliling yang sering mencari salah silap saudara dalam Islam itu sendiri,bukan memimpin ke jalan yang diredai Allah.tapi hanya kerana hati yang telah ditutup pintunya kerana Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment