Saturday, July 31, 2010

kecewa



disappointed.sesungguhnya banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan kekecewaan didalam kehidupan seorang anak muda tidak lupa juga kepada warga tua.kali ini entri aku menceritakan tentang kekecewaan.

apa itu kekecewaan?korang sendiri mesti da tahu ape maksud kecewa itu sendiri.dan korang juga sudah pasti pernah mengalami kekecewaan juga seperti mana diri ku juga tergolong dalam golongan kekecewaan ini.yang berbeza semua hanyalah dari segi pengalaman,masalah dan cara menangani kekecewaan tersebut.

disini aku menceritakan tentang kisah kekecewaan yang dimana dulu aku mempunyai seorang kawan karib ketika aku mula sambung diploma di tempat yang dirahsiakan.nama dia pun dirahsiakan atas sebab sebab tertentu.

dia merupakan kawan yang paling aku percaya sewaktu di awal mula dahulu.bagi aku,dia lah segala-galanya.aku tak menafikan yang aku senang dengan diri dia je.buat pape pun berdua je.dia pun takde kenderaan masa itu,terpaksa la menumpang orang.dia pernah berkata kalau ade kenderaan motor nanti,kau geraklah dengan aku.senang sikit.aku terkesima jugalah pada waktu itu.

dia seorang kawan yang baik.kelas tak ponteng,selalu bercerita pelbagai masalah diri.dia kata friends forever.aku pegang kata-kata itu sehingga ke hari ini.aku gembira mendapat kawan seperti dia di mana aku boleh bergantung sedikit walaupun tak banyak,tapi aku tahu dia boleh diharapkan ketika berlaku apa-apa.

tapi itu semua hanya kata-kata manis ketika berduka dia berduka.aku sendiri tidak sangka.kawan yang aku rapat boleh berubah dalam sekelip mata.aku tidak tahu dimana silapnya.aku sendiri terkejut dengan perubahan diri dia.

dulu dia tak pernah ponteng satu kelas pun.setiap hari hadir ke kelas.sekarang kelas da pandai nak ponteng.nak kata pengaruh budak budak virus,tak juga.sebab da tak duduk satu dorm dengan budak budak virus tu semua.mungkin silapnya ialah dia berkawan dengan seorang hamba Allah yang dimana identitinya juga dirahsiakan demi kebaikkan.

dia mula berkawan dengan hamba Allah ini dari awal-awal lagi start sambung belajar.perubahannya tidak ketara sangat sehingga dia satu dorm dengan hamba Allah sorang ni.perubahan yang agak mendadak dan tidak terduga.

perkara yang dia tak buat masa sem 1 dulu,sekarang da pandai nak buat contohnya seperti ponteng kelas dan lelain lagi.aku bukan nak mengutuk atau mengaibkan orang.tapi aku terlalu kecewa sangat sangat.aku tak tahu kenapa kau berubah sampai begitu sekali.

aku tidak pernah berkira dengan kau walau satu perkara pun.kaw nak pinjam laptop,aku bagi,nak pinjam duit dulu aku bagi.aku siap belanja kau lagi bila keluar dengan adik aku.aku tak mengharapkan apa-apa pun dari kau.apa yang aku harapkan aku boleh bergantung pada kau bila aku mahukan pertolongan.tapi apa yang kau tunjukkan kat aku,ternyata aku hanya mempunyai kawan yang berperangai seperti rumput.senang dicari kerana berada dimana-mana.

aku sangkakan kau seperti mutiara didasar laut.susah dicari kerana itu aku sanggup buat pape untuk kau.tapi ternyata jangkaan aku meleset sama sekali.apa yang susah sangat untuk kau lakukan sesuatu untuk aku?aku tak minta perkara yang susah susah.aku tak minta pun duit kau.

aku hanya minta kau hantar dan teman aku je untuk pergi mencari wayar charger handphone aku sebab wayar dia rosak jadi aku tak boleh nak charge handphone aku.itu je.bukan susah.kalau tak tahu tempat tak ape,aku paham.tapi kita tahu tempat dia,tak jauh pun dari tempat yang kita belajar.tapi kau asyik mengelak tanpa berkata-kata.aku terlalu kecewa dengan kau sebab perkara macam ni pun kau da tunjukkan rupa begitu,apatah lagi kalau aku perlukan pertolongan untuk perkara yang lagi besar?

selama ini aku ingatkan aku boleh bergantung pada kau untuk membantu aku menyelesaikan perkara perkara kecik.tapi kau da berubah.kau bukan seperti dulu.dimana aku berada disitu kau berada.sekarang dimana aku berada disitu kau tiada.

kalau kau cakap kau penat ke ape ke tak pe la juga.atleast ade jawapan untuk aku terima kenapa kau tak nak pergi teman aku.tapi hari ini kau tunjukkan yang kau memang sengaja tidak mahu menghantar dan teman aku untuk mencari barang sparepart untuk handphone aku.

sebelum makan tengah hari tadi,aku tanya kat kau,bila nak gerak pergi sana sedangkan sepatutnya semalam lagi dah gerak dan selesai sudah satu masalah aku.tapi kau diam juga membisu pergi ke depan baring tidur sementara kau menunggu hamba Allah yang sorang ini untuk bersiap.aku masih lagi buat tak tahu mungkin kau tak dengar agaknya.

selepas makan,kau bersiap dengan hamba Allah tadi untuk keluar tanpa berkata apa-apa pun kepada aku seperti selalu.aku memang kecewa.terlalu kecewa kau pergi tanpa suara.kau pergi macam kau tak kenal aku langsung seolah olah aku tidak wujud dalam dorm itu.

ye aku baring kat katil aku,secara tidak sedar air mata aku sendiri mengalir kerana kau.tak pernah pun dalam hidup aku,aku kalah dengan mengalirkan airmata hanya kerana kawan.aku tak tahu kenapa aku tewas kali ini.adakah aku telah menjadi lemah??oh tidak.mungkin ego ku telah hilang sementara waktu.air mata aku mengalir tak sudah sudah sehingga aku tertidur dengan sendirinya.

sekiranya kau membaca episode coretan aku ini,aku harap kau sedar yang aku terlalu kecewa dengan kau.terlalu kecewa.maaflah aku tak boleh nak jadi sahabat kau seperti mana yang kau harapkan.mungkin hamba Allah itu lebih memahami diri dan jiwa kau daripada aku.sekali lagi aku memohon maaf ke atas semua yang telah terjadi.maafkan aku jika aku sudah kurang untuk berkata-kata dan lepak dengan kau lagi.maafkan aku sekiranya aku sudah tidak melayan kau seperti dulu dan tidak semesra dulu dengan kau.maafkan aku.

maafkan aku kerana kecewa dengan kau.harapan yang mengunung hanya tinggal harapan.hancur musnah semua yang telah aku pertaruhkan dengan begitu sahaja seperti istana pasir roboh dilanda ombak pantai.

No comments:

Post a Comment