Tuesday, August 31, 2010

biarlah.


biarlah.mengapa harus aku melayan perasaan ini lagi?bukankah aku sudah buang jauh jauh?perasaan ini masih datang mencari aku.haih.aku rimas dengan rasa ini.tak habis habis perasaan ini singgah dihati.aku tidak perlukan perasaan ini untuk sementara waktu.pergilah jauh dariku.aku akan memanggil namamu jika sudah tiba masanya.

tolong pergi jauh dari aku buat sementara waktu.berikan aku ruang untuk memberi tumpuan kepada apa yang sepatutnya kerana ini bukan masanya untuk dirimu.tolong pahami aku dan biarkanlah aku seketika waktu ini.aku terlalu rimas dalam melayan kerenah kau.kau tak habis habis mengejar aku.kenapa?pergilah jauh dari aku.pergi cari orang lain.aku akan cari kau juga bila sudah tiba waktunya.

sekarang ni,pergi pergi dan pergi dari sisi aku.aku masih mempunyai tanggungjawab dan tugas yang perlu aku selesaikan sebelum kau boleh pulang ke pangkuan aku.tolong aku untuk kali ini.biarkan aku selesaikan apa yang patut supaya aku tenang jika kau hadir kembali mengejar aku.

berikan aku masa untuk singgah diperhentian ini untuk berehat dan tunaikan tanggungjawab aku.aku janji selepas aku selesaikan tugasan aku,aku akan kejar kau dimana kau berhenti singgah.aku akan mencari kau diserata tempat walaupun aku terpaksa pergi dahulu dalam usahaku mencari dirimu.

tapi kali ini biarkanlah aku bersendirian untuk mengubati duka dan lara sementara aku menunaikan tugasan aku di tempat ini.aku benarkan kau mengikuti aku tapi tolong jangan ganggu aku.tolong lah paham aku.

Monday, August 30, 2010

mungkin



tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan
walaupun maut menjadi noktahnya 
kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa 
dalam doa saudaranya yang lain 
biarpun tanpa bayangnya.

aku tertarik dengan ungkapan ini.terlalu mendalam maksudnya.entah mengapa sejak melihat ungkapan ini,aku rasa macam dipanggil untuk mencoretkan sesuatu disini.mungkin kerana sahabat yang aku ada,telah hilang.tapi ungkapan itu mengatakan tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan.mungkin ungkapan ini mengubah persepsi aku terhadap mereka.biar pun tiada lagi mereka di hadapan mataku,mereka tetap sahabat aku yang aku sayangi.tapi..entahlah.ketika aku memerlukan seseorang disisi untuk membantu membesarkan api yang telah sedia untuk menjadi malap,mereka semua menghilang entah kemana dan akhirnya bara api itu terpadam dengan hanya tiupan angin sepoi sepoi belaka.

tapi bagi aku itu tidak mengapalah.masing masing ada urusan yang tersendiri.hanya aku sahaja yang masih terkapai kapai untuk menuju ke destinasi yang aku ingin tuju.aku perlu menghidupkan kembali bara yang telah kian lama padam dalam diri aku.memang susah untuk berlari yang sebelumnya berjalan.memang susah untuk berjalan yang sebelum ini bertatih.dan memang susah untuk bertatih yang sebelum ini hanya merangkak.tapi itu bukanlah penghalang untuk aku bangkit dan menghidupkan bara api yang telah kalah dulu.

aku tidak mampu untuk memberikan harta dunia dan menjaga hati setiap orang dari mereka.aku tidak mampu untuk menerangi hari hari mereka sebelum ini kerana aku sendiri juga telah tersungkur.aku tidak mampu untuk memberi cahaya api kegembiraan kerana api aku sendiri telah terpadam.namun doaku masih belum lagi terputus selagi nyawa masih lagi dikandung badan.mungkin hanya berdoa sahajalah yang mampu untuk aku berikan.

biarlah mereka melupakan aku asalkan aku tidak melupakan mereka.biarlah aku sahaja yang mendoakan mereka semua sehat sejahtera walafiat.dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam perlindunganNYA.bagi aku,hanya doa sahajalah yang dapat aku kirimkan kepada mereka yang telah melupakan aku dan sudah tidak mahu menghubungi aku.aku tidak menyalahkan mereka dalam mengejar hal ehwal mereka sendiri.mungkin...aku terlalu banyak berfikir...mungkin...aku tidak layak untuk berkawan dengan mereka semua...mungkin...hanya aku sahaja yang fikir begitu...mungkin.....semua ini akan mengajar aku erti kedewasaan yang sebenar mengenai dunia diluar sana...

Sunday, August 29, 2010

ala kadar.



erm.sudah lah.lepas ni semuanya ala kadar saja.sudah tak boleh menjadi diri sendiri lagi.jadi diri sendiri,masih ada yang terluka dengan diri ini kerana pertuturan,perbuatan dan perangai.jadi disini akan aku buatkan sedikit sebanyak pertukaran identiti.insya~Allah.

nampaknya aku sekarang perlu mengubah cara aku bertutur,perbuatan dan segalanya agar tidak ada yang terluka lagi dengan apa yang aku lakukan.sorry kalau terasa terlalu formal.aku tak boleh jadi macam dulu demi menjaga segala apa yang aku lakukan.

sekiranya tidak selesa,bagitahu jelah.aku akan cuba membuatkan semuanya selesa.aku mencuba.sebab bukan semua orang pun yang boleh terima cara kita.kadang kala ada yang terasa tapi hanya berdiam diri.

memang benar dalam dunia ini, bukan semua orang sedar akan kesilapan diri.tapi manusia di ciptakan dengan sifat begitu.sentiasa alpa dengan apa yang berlaku.sentiasa suka berhibur dan suka dibelai dengan kasih sayang.aku tak nafikan semua itu.

jadi aku ingin muhasabah diri aku sendiri yang terlalu alpa dengan orang sekitar aku ketika aku menjadi diri sendiri sehingga melukakan beberapa keping hati.sudah aku meminta maaf kepada tuan empunya badan.tapi...biarlah Allah saja yang tahu betapa kesal dan ikhlasnya aku dalam meminta maaf.mungkin cara aku nampak macam formal dan merimaskan.aku tak nak jadi formal.aku tak nak memendekkan perbualan dengan menjadi formal.sebab itu aku memanjangkan dengan secara tidak sengaja menjadi rimas.aku minta maaf sekali lagi.

aku tak mampu untuk menjadi insan yang baik.aku hanya mampu muhasabah dan memperbaiki diri aku untuk ke arah yang lebih baik,mungkin orang lain rasa aku ni poyo dan sebagainya.tapi itulah takdir yang telah ditulis sejak dari azali lagi.kalau boleh aku juga mahu semuanya ceria dan gembira kerana aku sukakan suasana yang ceria.tapi...ape boleh aku lakukan,aku dicipta untuk jadi begini.aku tahu aku boleh berubah.tapi...bukan aku tidak cuba...sudah berkali.mungkin masanya belum tiba.

entahlah.setiap kali aku dikelilingi oleh mereka-mereka,aku sering terasa yang aku tidaklah sebaik dan selengkap mereka.biarpun aku mempunyai duit,duit tidak boleh menjamin apa-apa berkaitan dengan ini.duit hanya boleh menjamin barangan yang diperlukan sahaja.tapi bukan perasaan yang dialami.aku terasa yang aku bukanlah yang terbaik.dan aku rasa aku hanya layak untuk bersendirian dan bukan dengan mereka.

setiap kali mereka bergurau kasar,aku tak pernah nak ambik hati.tapi bila aku bergurau cuma sekadar kiasan,mereka pula terasa.mungkin bahasa pertuturan aku terlalu pedas untuk mereka mengerti.mungkin.aku tak nafikan.aku cuba untuk menjadi seperti mereka yang bergurau dengan nada yang kasar.tapi entahlah.mungkin itu bukan jenis aku untuk bergurau kasar.bila sudah bergurau kasar,aku pasti akan ada yang terasa.

kadang kala bila aku menerima apa yang dikatakan,mereka kata,aku ni macam takde perasaan.terima je apa yang orang kata.then boleh la diorang mula pijak kepala.bila aku bergurau membalas kembali mereka kata ayat aku terasa pedas.terlalu tajam untuk ditafsirkan.

entah lah.aku sendiri dah tak tahu apa yang aku nak buat dengan masalah seperti ini.mungkin aku harus menerima sahaja apa yang mereka katakan supaya kurang persengketaan antara aku dan mereka.biarlah hati aku sorang sahaja yang remuk,koyak dan berkecai.biarlah aku sahaja yang menanggung semua itu.aku tahu aku boleh menghadapi semua ini seorang diri.biarlah mereka melihat senyuman yang diukir atas wajah yang sememangnya hatinya sudah tidak mempunyai apa-apa lagi.

aku harap Allah memberi aku kesabaran yang berpanjangan dalam menghadapi dugaan yang DIA berikan keatasku.biarlah orang lain bersuka dan aku yang berduka demi persahabatan yang terjalin.


Semalam aku kelukaan,


kecewa kehampaan,


mencalar ketabahan,


mimpi yang sering ku harapkan,


menjadi kenyataan,


namun tak kesampaian.





Allah…


Inginku hentikan langkah ini,


bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,


semangat tenggelam,


lemah daya,


haruskah aku mengalah,


namun jiwaku berbisik,


inilah dugaan.





Dan langkahku kini terbuka,


pada hikmah dugaan,


uji keimanan (menguji keimanan),


tak dilontarkanNya ujian,


di luar kekuatan,


setiap diri insan.





Allah…


Pimpinlah diriku,


tuk bangkit semula,


meneruskan langkah,


perjuangan ini,


cekalkan hati dan semangatku,


kurniakan ketabahan,


agar mimpi jadi nyata,


padaMu ku meminta.





Daku mohon agung kudratMu,


wahai Tuhan yang satu,


segalanya dariMu.

journey to the island.haha



ohhhh ohh likey likey untuk saja saja.tiga hari tidak berinternet nampaknya seperti sanggap.eyh eyh eyh??3 hari kah?eyh eyh eyh eyyyyhhhh bukan lah.2 hari je..hahaha.tapi takper.ronda ronda dipenang membuatkan aku hilang sanggap untuk online.hahaha.pelik pelik je.aku  malas nak tulis pasal penang ni sebab penat ar dowh.duduk atas motor je memanjang.sakit badan.

nak belikan souvenier tak dapat.budak budak semua jadi kelawarman.so nasib baik ar kau terlepas ye budak kecik.takpe takpe.nanti nak merayau lagi pas raya.tunggu ar aku belikan something untuk kau gak.hahahahaha.

overall memang best lepak kat penang.takper lah aku ceritakan serba sedkit lah supaya tidak bosan.haha.

bertolak dari ipoh jam 10.30.masuk highway memang cam gampang ar sejuk dia.hahaha.bawk 120km/h.sengal punya akie.ahahaha.sampai kat taiping dalam pukul 12 pagi cam tu la kot.sampai je lepak rumah akie sebab hujan sebentar.then abg dia balik dengan kawan dia.

sorang member dia tu budak penang.kerja polis.nama anep.bawak awek sorang.dia call sape tah anep tu.siap cakap kondom tak pakai lagi la ape lah.aku dengar pun macam giler beng mamat nih.sosial gila.akie cakap da banyak da dia buat.kadang kadang kat rumah akie pun jadi.aku pun pelik plak mak bapak akie ni takde ke marah ke ape ke.giler sporting.haih.

then 12.50 hujan berhenti dan kitorang gerak lah masuk highway balik.then sampai kat perhentian mana tah abg akie call cakap si anep ni nak follow skali konvoi.kitorang macam tak syok ar ade orang lain sekali en.bukan kenal sangat pun.first time jumpa je kot.so macam tak syok ar.

then kul 1.30 baroo jumpa anep kat tepi perhentian.dia lambat skit.then gerak ar jalan.boleyh plak dia racing dengan akmal.akmal ar ni kata nak try dengan si anep ni sebab anep kata 150 tadi dia bawak.sekejap je sampai.last last akmal bawak 140 je.si anep da tak nampak da.akmal gelak je.sengal.hahaha.

then sampailah ke penang.lalu kat jambatan dia giler bapak lengang.yela kul 2.30 pagi.mana ade orang nak keluar.ada pun segelintir ar orang balik kerja semua.then g jalan mana tah untuk makan kul 3.makan ok la.takde ape ape pun.kira boleh la tahan.harga sama je macam kedai abg a' sana.

then gerak la ronda ronda la sambil cari motel murah sampai kul 6 pagi.ingatkan nak check in kul 12 pagi nanti.bagi si anep ni check in then kitorang merayau lagi.tapi last last dia cakap nak check in dengan kitorang skali dengan makcik cina tu.hadoi.ingatkan dia je yang nak check in.tapi dia cakap kitorang sekali.bajet lari oohhh.bilik dia RM50.kitorang RM80 untuk sampai ke 12 tengah hari.macam tak berbaloi ar sbb check in kul 6 pagi kena keluar kul 12 tengah hari.rugi siut.ni semua gara gara anep ar ni.sengal.

then masuk bilik macam takde ape je.macam sengal ja.bilik kecik skit lah.ade aircond jenis antik punya.berbunyi jee.ahahaha.katil ada 3.so boleh lah semua baring atas katil.ahaha.then adi keluar bilik.tetiba dia dengar suara perempuan mengerang.bodo je.keluar tengok semua.ahahahahaha.dengar punya dengar,suara permpuan tu keluar dari bilik anep.pergh.tak boleh bla.da masuk waktu puasa pun buat benda alah tu.ish ish ish.2 bulan berpuasa berturut turut oohhhhh kifarah dia.giler ar.tak sanggup den nak berpuasa 2 bulan  berturut turut beb.

thn tido jelah.bangun kul 11.50 pagi.semua bersiap,check out kul 12.30.si anep ni da bla awal dah.sib baik.so kitorang sendiri jelah.ini baroo best.merayau je ikot suka.hahaha.merayau cari motel.then kul 3 kot tak silap kat tanjung bungah.motel dia agak tersorok skit.rm100 bilik yang besar.untuk 4 orang.then kitorang ayat baik punya kata ada assignment.ahahaha.then dia bagi masuk 7 orang.ahahaha.bilik dia besar oh.siap ada tv lagi beb.memang puas hati la.patutnya 2 hari tu check in kat motel ni.semalam punya tak brapa best.so sia sia je la RM80 terbang macam tu je.lari bajet dah.

dapat je masuk  bilik terus terbongkang sampai kul 7.15 malam.ahahahaha.cari kedai untuk berbuka.sampai je orang semua da makan.pergh.ahahaha.order char kuey tiew.ok la.orang kata penang punya sebab.cuba try.tapi macam biasa je.tak taw ar ade satu tempat yang betul betul sedap ke en.banyak tempatnya.tapi tu ar.tak taw nak cari.haha.

then merayau je ar.akie cakap kat padang kota ada shisha.ni ash punya pasal ar ni...sanggap shisha.then cari cari takde.then cari lah kat queensbay.tapi tak jumpa signboard.terus g gelugoq pusing pusing jumpa satu tempat shisha yang baik punya.giler pekat dan kaw dia bagi.air kat balang tu dia letak ais.memang kau hisap cam giler ar.tak boleh bla.batuk kot semua orang yang hisap.ahaha.aku 5 kali je.terus stop.kaw sangat dia bagi.tak boleh,aku batok terus sebab mint dia kuat sangat.ash ar hisap gegila.lepas sanggap.ahaha.sengal.nad pun sama.kuat hisap beb.ahahaha.aku je 5 kali terus surrender nak hisap.sakit tekak dan batok plak sebab tarik terlalu dalam.ahahahahahaha.sengal.

then gerak ar g batu feringi balik cari kedai untuk sahor.sampai kat satu kedai melayu ni kat corner jalan ar.sampai je kitorang je yang tinggal.orang semua nak tutup da.hebat tak hebat ar kitorang costumer last.hahaha.pas makan semua baliik terbongkang dalam ku 5.aku je tak tido lagi.dengar lagu mp3 aku.layan je sampai kul 7 kot baroo tido.then kul 11.30 bangun.mandi.lepas mandi lupa plak nak gosok gigi.da siap baroo g gosok gigi.ahahaha.sengal.then lepak lagi kat dalam motel tu sampai kul 2.check out.

then merayau je ar kat sekita penang tu sampai kul 5 petang.then gerak ar balik ke ipoh.cadang nak balik hari ahad.tapi gara-gara si anep ni,bajet lari terus.so tak boleh la nak stay lagi satu hari.balik jeeeeleeeewww.so sib baik ar kau budak kecik.tak boleh nak belikan something untuk kau sebab diorang jadi kelawar man.tunggu pas raya.ahahaha.

aku bawak kat highway plak.giler ringan plak aku rasa si akie ni.bawak macam takde orang kat belakang.ringan je.ahahaha.naik motor LC.memang aku belasah ar sampai 140km/h.laju giler aku bawak.budak budak semua da kata aku giler ke bawak laju gila.ahahaha.berbuka kat rumah akie.makan sampai lebam ar.kenyang kot.ahahaha.then gerak balik ke ipoh.memang sejuk kat highway tu cam gampang ar,walau pun baroo pukul 8.30 malam.hahaha.sengal je.memang sejuk gila.haha.

sampai kat ipoh dalam kul 10.30.berhenti melepak lagi kat perhentian.da nak hujan baroo gerak g ipoh.haha.sengal je.sampai lepak pesanjung.time jalan kat tepi college sebelum masuk simpang tu ade awek 2 orang duduk satu motor.akie ni buat giler boleh jalan sebelah dia then tanya nak g mana.awek tu senyum je.ahaha.then aku ketok kepala akie.segan la kot.hahaha.terus akie bawk laju.hahaha.sampai jaa shisha ar ape lagi.time ni aku plak belasah hisap paling banyak.ambik kau.ash pun tak larat nak lawan.akie tengok jeles je aku asyik hembus shisha.ahahha.kat pesanjung dia punya flavour boleh la.mint dia tak kuat sangat.so aku balun je ar.semalam 5 kali je surrender.hahaha.semua da stop pun aku still hembus hembus macam naga hembus abu abu dari hidung dia macam dalam cter katoon.ahahaha.

then lepak polo sat.balik pun jumpa awek gak naik motor 2 orang satu motor.semua naik gatal ar kacau kacau.aku da macam gampang plak bebudak ni.akie ar sengal.tanya nak g mana lagi sekali.budak perempuan tu pandang slack je.bengongnya akie.tak pepasal image muka aku calar.hahahaha.sengal.

balik online laaa apalaga.hahaha.then terus tertido depan laptopku ini.hahaha











Thursday, August 26, 2010

break the fasting oii episode 12.tetiba je episode 12.sje nak gedik gedik.ahaha.

oh hey ohhhhh hey yoooo.pelik pelik je cara permulaan aku untuk berceritera kisah kisah ku yang gedik dan poyo ini.ahahaha.rilek sudah.takperlu nak gopoh gopoh.masuk je gear 1.tak payah nak masuk gear 10.biar lambat asalkan semua info yang ku coretkan ini korang dapat.haahaha.

ok tempat dah dapat.berbuka di padang polo.pada awalnya,harga yang ditetapkan rm20.00.tapi setelah dipinda pinda pada pagi tadi,azmi cadangkan kat cheng ho.harga dalam rm 15 hingga 17 macam tu.tapi setelah disurvey,harganya rm 25 ringgit.so macam tak berbaloi.lagi mahal kot.dengar ramai gak yang kata makanan kat situ tak sedap.so tukar plan.

gee kata nak bagi no pakcik sedara dia sebab pakcik sedara dia ade bukak kedai.tapi bila call tadi,line tak dapat.so cancel terus.then yana kata dia ambik no telephone kedai ni kat internet.lokasi berhampiran dengan tambun.tapi bila call,orang cina yang angkat.padahal yang ditulis orang melayu.so cancel juga.

jadi tempat yang ditetapkan adalah di padang polo berharga rm20.00.jadi sudah comfirm tempat.so nak comfirm kan bilangan yang mahu pergi pula.jadi masalah plak.ramai plak yang tak mahu pergi.tah pape ar.nak balik ar nak g photoshoot la.ape daaa.

nak berbuka dengan miss farah bukan selalu.sekali sekala je kot.dah lah kita ni first mentee dia.ape salahnya follow je.taw la esok takde kelas.tapi nak balik pun berbuka lah dulu dengan miss farah.kesian aku tengok miss farah tu.aku yang kena arrange semua.then ramai tak datang atas alasan diatas.then miss farah datang,tak ramai yang datang.tak ke haru?hadoi.diorang ni tak paham kot nak rapatkan silaturahim.haih.bior leee.

then balik kelas,aku terus tido.ngantuk,balas dendam punya pasal semalam tido lambat.set jam kul 5.30 nak bangun.last last 5.45 baroo bangun.nak bersiap.then turun ke dewan sebab dijemput.erk hurm.perhatian.dijemput ye.untuk berbuka dengan pengarah dan sebagainya.tapi lepas je habis solat maghrib dan diikuti dengan solat hajat,apa lagi.pergi lah makan makanan berat.tapi hampeyh.lauk yang diberikan skit sangat.hahahaha.takpelah.orang memberi kita merasa.tak perlu nak complaint.hahaha.

then cabot ar naik atas.malas aku nak bersesak sesak dengan bebudak semua.solat kat atas je senang.lepas tu,dapat info plak pasal berbuka dengan miss farah ni.harga yang paling minimum adalah rm12.00 bergantung pada menu yang dipilih.so da kurang rm8.00 lah.kira ok ar tu.tempat dengar citer da cantik.harga sampai 12 ringgit je yang paling minima.da kira ok la tu.

then orang tak comfirmkan lagi.cam hampeyh je nak tunggu habis majlis ni.sengal plak.then ade junior bagitaw kena turun kalau tak kena compaun rm100.so bersiap kembali dan turun ke dewan undangan.tapi sampai je da dengar cakap "sekian terima kasih",rasa cam hampa ar.suruh turuun.then macam tu je.tah hape hape tah.then boleyh plak nak compaun rm20.00 sebab tak g solat terawih bersama.

tak logik betul.ade ke perkara yang sunat ini nak paksa orang buat then kena compaun kalau tak buat?masuk akal ke?tak boleh diterima pakai langsunglah undang undang macam ni,kat masjid takde pun nak kompaun kompaun sape yang tak pergi taraweyh.hampeyh je college ni.tak puas hati.semuanya karut je.

then lepak kat kedai ba'a sekejap.borak borak pasal game ape tah.aku tak ambik port pun sebab aku buat assignment je memanjang.so tak brapa tahu game ape.main selit je.janji aku takde la duduk kat situ macam tunggul bara je.hahaha.

then naik atas lepak lepak.berborak dengan adikku yang dah lama menyepi kerana kesibukkannya sebagai datin yang tidak kurang femousnya di campus.hahaha.bakal MPP la katakan.ahahaha.nasib kamu le jadi MPP.sib baik aku tak jadi.wakakaka.terselamat dari menjadi orang yang busy.ahahaha.busy,busy gak.maklumat jangan lupa untuk salurkan ye budak manja.hahaha.

then lepas berbuka dengan miss farah nanti,kul 10 malam bakal menjadi satu ekspedisi untuk ke penang.nak buat apa?hah nantikan entry yang seterusnya.hahaha.mudak manja,nanti aku belikan something untuk kau.baik punyaa.hahaha =p

Wednesday, August 25, 2010

150 Juta

untuk kali ke seratus lima puluh juta
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?
apa kau buta? apa kau pura-pura suka?”


di seratus lima puluh juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
sambil ketawa engkau bilang satu persatu:


dia mungkin bengis seperti singa
tapi dia nangis tonton cerita korea
dia mungkin keras bila bersuara
tapi dia jelas jujur apa adanya--

aku lagi kenal di
a”

dah lebih seratus lima puluh juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
"engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
kau sangat manis, aku ini pula dawai besi
"

di setiap seratus lima puluh jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
"apa kau lihat pada aku, jujurkan saja"
terus kau cubit dagu aku sambil berkata:

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua--


saya kenal sayang saya”

buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tak dipercaya, peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada


aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja

suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada

aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa


rahsia kita berdua



love this song.walaupun tergedik gedik tone lagu ini,ape aku kisah,
bak kata lirik dalam lagu ini


buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tak dipercaya, peduli orang kata


so layan jelah.ahaha


P/S:hanya suka lagu,tiada kaitan dengan emosi/soal hati dan jiwa ya.

break the fasting oii



heyyyy heyyyyy heeeyyyy you lipstick stains...ooiiii sudah termasuk pula lagu soul sister.ahahaha.hari semakin hari terasa diri seperti...errr tak tau ar nak gambarkan bagai mana.stress sudah berkurangan.masalah dengan budak batch aku pun da macam berkurang juga.alhamdulillah tidak lupa untuk aku bersyukur atas keadaan yang sememangnya agak selesa buat masa sekarang tapi tapi tapi.

aku tetap tidak merasa selesa seperti duduk diatas sofa sampai boleh terlena tanpa disedari.kerana ade project yang aku masih tidak hantar lagi iaitu DPM.oohoiii oi oi oi.satu apa pun tak buat lagi.sooooo agak kusut walaupun ade idea tapi takde gambar.menunggu adek escobar untuk pergi photoshoot sekali untuk iloveislam dan graphic senilayar.

secara tiba tiba soalan diajukan kepada aku ketika dalam kelas tadi."Bila nak berbuka dengan miss Farah?"aku da tersentap dan terdiam sebentar kala.aku pun sudah terlupa pasal ini daaaa.then tadi juga decide nak berbuka hari ini tapi memandangkan ramai yang stick dengan alasan tak cukup masa,kewangan dan sebagainya jadi ditunda pada hari khamis.

nak buat esok tak boleh sebab ade majlis berbuka puasa bersama dengan pengarah dan orang bawahannya.sooo masa yang terbaik ialah hari khamis.jumaat....tak done ar sebab ramai yang nak balik dan aku masih lagi disini tidak balik.sebab next week,nak balik lagi.agak agak membazir lah duit itu kalau dikirakan dari pandangan mata ibu bapa aku.

aku pernah balik tapi ibu aku marah sebab membazir.bukan tak suka aku balik,tapi masih ade perkara penting lagi untuk aku gunakan duit itu ke arah itu.jadi aku pun macam membawa diri lah kan.kononnya merajuk lah.kononnya.tapi memang betul pun kata ibuku itu.jadi aku rasa baik aku duduk kat dorm ini sementara kawan yang lain semua membawa diri ke ibu kota masing masing.

eyh jauh sudah menyimpang ya.ish ish ish.suka mencapap je.hahaha.pape pun esok akan diadakan meeting bersama dengan miss farah untuk sementara waktu.mencuri waktu lah.sebab tadi yana cadangkan kat polo sana ade sebuah restoran,satu kepala rm 20.00,agak mahal la kan untuk berbuka sahaja.bukan nak melantak banyak pun sebab time puasa ni memang makan skit je.tak tahu lah kenapa.so agak macam membazir lah.

so range diturunkan ke rm15.00.itu pun aku tak pasti bersesuaian atau tidak.bagi aku,duit bukanlah segala-galanya.yang penting ukhwah yang dibina itu dapat dieratkan lagi antara satu sama lain seperti lecturer dengan student lah.so senang lah nak berbincang apa-apa nanti sebab rapat kan,so takde masalah ar kalau macam tu.

tapi mereka ini lah.problem dengan kewangan dan ada yang nak balik hari khamis tu.so macam tak syok ar sebab ada yang tak join.lagipun nak tunggu next year punya puasa,memang lambat lagi lah.so kalau boleh buatlah berbuka puasa pada bulan ini.nak tunggu bulan puasa tahun depan,entah masih lagi bernafas atau pun tidak.

itu yang aku takut antara semua musibah kerana,selain daripada ajal menjemput,musibah lain boleh lagi untuk bertaubat serta boleh memperbaiki jalan liku liku kehidupan yang masih lagi diputarkan oleh penjana roh badan.kalau lah roh itu sudah dicabut lebih awal dari yang kita sangka kan,tak ke haru namanya?tak sempat nak bertaubat lagi dah switch off.huh tak sanggup aku.

jadi sementara masih ada masa yang terluang ini,gunakanlah masa ini untuk sebaiknya.insya~Allah.segalanya akan dalam perancangan.

Monday, August 23, 2010

kura-kura?



oi oi oi oi oooiiiii.mesti korang tertanya tanya.kenapa entri aku ni bernama kura-kura kan?ahahaha.sebabnya ialah budak dorm aku ni pelik pelik je.dalam dorm aku ni je da ade binatang peliharaan iaitu burung kat atas bumbung ni.memekak je setiap pagi.tapi bukan itu yang aku nak ceritakan.hahahahaha.ok berbalik kepada topik.

then berita tergempar tadi,boleh plak budak dorm aku ni g bantai beli kura kura yang besar bawak balik masuk dorm.sengal betul diorang ni.ade ke nak bela kura kura?

da lah kura kura tu besar.seekor rm 68 ringgit?giler.entah betul ke entah tidak diorang ni.mana ade kedai jual kura kura besar tu.saje nak sembang kuat je diorang ni.

hahahaha.bengong betul diorang niih.ingat dorm ni kedai binatang ke?nak bela kura kura ikot sedap kepala je.dah tu baldi aku yang jadi mangsa diorang kerjakan letak kura kura tu dalam baldi aku.habis ar nanti aku nak basuh baju bau kura kura baju aku.hadoi.sengal betul diorang ni.baldi sendiri ade tak nak pakai.pakai baldi aku plak.hadoi.

diorang ni tak buat benda pelik tak boleh ke?taw la da dekat nak raya.tapi ade ke patut bawak masuk mercun main dalam dorm.bengap betul le.kalau warden datang spotcheck,mampus aku.hadoi.

mercun satu hal.kura kura pun satu hal.nak bagi dia makan ape??aku pun tak taw ar diorang ni bagi kura kura tu makan ape.tak pepasal mendera kura kura tu tak bagi makan.last last mati macam tu je.kan da tambah dosa tu.hadoi.

release



oh oh oh oh ey ey ey ey ey berlalu sudah saat saat peritku ini.teringin sungguh untuk bernyanyi lagu lagu gembira supaya semua orang tahu aku sedang menikmati kegembiraan dalam hidup aku,hahaha.selesai sudah animation ku.heeee gembira sungguh.setelah penat lelah membuatnya sejak dari isnin lalu.akhirnya siap jua pada hari ini pada pukul 4 petang tadi.penat bersengkang mata sampai hampir jadi panda.hahaha.

gembira tidak terkata.hahahaha.alhamdulillah.sekarang hidup sudah bertambah better daripada yang dulu.sukanya lah macam ni.sudah tiada lagi rasa soal dijiwa dan hati.jadi senang lah untuk aku bergerak sana sini kembali dengan muka yang ceria.hehehe

sekarang taktahu mengapa,adik adik aku yang dulu menghilang entah ke mana secara tiba tiba datang kembali bertanya khabar.alhamdulillah Allah telah menghantar mereka semua untuk menghiburkan hati yang sedang duka lara ini.

eyh eyh eyh eyh.mood terlalu gembira.hahaha.terima kasih kawan kawan dan tidak lupa juga Alhamdulillah.hehe.

mau berhibur sakan ini malam untuk lepaskan segala tekanan yang ada supaya bangun esok pagi akan ade sebuah senyuman yang terukir ikhlas untuk semua.hehehe.best best oooohhhhhhhh.malam ini aku yang punya.ahahahaha

Thursday, August 19, 2010

masih lagikah?





huh.apa nak jadi pun,tak taw ar kenape hari ini mood merundum secara tiba tiba.tak tau la penat buat IMD punya animation ke ape ke sebab bersengkang mata.tapi memang ar mood aku merundum hari ini.

masuk dalam kelas IDB,quiz.tah ape-ape yang aku melalut tulis pasal chapter 2.eja pun tah hape-hape.explicit aku eja explict link.memang aku blur la 2 hari ni.hari ini dengan semalam.

yang aku tak boleh terima assignment statistic aku.tah ape aku buat pun tak tahu.fail terus assignment.dapat bawah 12/ 30 je?come on la.aku ni apesal?assignment semua senang je kot?siap boleh refer buku lagi.

yang aku tak paham diri aku ni,buat time petang.bukan time malam.itu pun merepek repek je aku buat assignment statistic.bengang betul aku.ape nak jadi ni wahai Aisis?ape nak jadi dengan kau?

data ade 15 pun kau kira sampai 17.ade formula pun salah key in data.kau masih dalam dilema lagi ke Aisis ooii?alhamdulillah Pn Azilah memahami aku sebab dia pernah ajar aku sem 1 dulu dan dia tahu pencapaian aku macam mana.dia bagi aku repeat buat semula assignment.alhamdulillah.

Pn.Azilah pun pelik apesal aku yang dulu boleh score assignment dengan quiz secara tiba tiba merundum markah aku sampai ke tahap fail.terkejut gila kot diorang yang dapat tahu markah aku berapa.tapi tak semua tahu.segelintir je.aku da tahap kritikal da kot sampai macam ni.habis lah aku kalau semua pun aku buat tak tahu je.argghhhh!!

aisis!!!!BERHENTI BERANGAN DAN TERMENUNG SENDIRIAN!!!!!!!!!TUMPUKAN PERHATIAN SEPENUHNYA SEPERTI KAU LAKUKAN KETIKA SEM 1 DULU!!!!!!!DAPATKAN DEKAN UNTUK SEM 2 JUGAK!!!!!!!!!!


insya~Allah.pape pun alhamdulillah project IMD mengenai animation sudah siap 85%.tinggal lagi 1 setengah scene saja lagi.alhamdulillah.

Monday, August 16, 2010

tribute.

kau kata aku sengaja nak condem kau.lihatlah sendiri.kau suruh aku buang sifat negatif dan pemikiran yang cenderung ke arah negatif.aku hanya nak kau ada diwaktu aku perlukan seseorang untuk berkongsi suka dan duka.aku cari kau sebab aku rasa,kau lah orang yang penting dalam hidup aku dimana aku sendiri boleh bergantung harap ketika aku memerlukan bantuan sepertimana aku memberi pada ketika suatu waktu dahulu.

tapi,kau kata aku condem kau.aku hanya ingin berkongsi apa yang aku rasa.apa yang aku alami ketika aku memang betul betul rapuh.diuji dengan ujian hati,kemudian perginya arwah nenek aku dan seterusnya budak budak batch aku yang condem aku habis habisan.

susah kah untuk kau paham aku yang hanya ingin kau sebagai teman mendengar apa yang aku ingin luahkan.salah kah aku mencari kau dan mempercayai kau sebagai seorang sahabat yang kau katakan dulu.salahkah?aku mencari kau untuk berbicara dan tenangkan hati aku yang sememang memangnya telah rapuh habis.tapi kau kata aku kondem kau.

sekarang kau sendiri yang berfikiran negatif.tengoklah.semua orang disekeliling aku sendiri da berubah kondem aku disaat aku memang tidak mampu untuk melindungi hati yang telah sedia rapuh.ujian hati itu sahaja sudah hampir rapuh.tambah lagi dengan arwah serta budak batch aku yang langsung takde perasaan erti kesedihan dan sebagainya,apa yang kau expect aku buat kalau aku tidak mencari seorang yang aku sangat percaya untuk berkongsi cerita dan masalah ini kerana kau sendiri pernah melalui. dan aku berharap untuk kau paham hati dan jiwa aku kerana kau pernah melaluinya.

tapi kau marah aku.kau tahu betapa punah harapan aku yang sentiasa percaya kau sebagai sahabat aku?ini kah maksud sahabat yang kau berikan erti kepada aku selama ini?ye aku tahu kau berhati batu dan tidak kisah dengan apa yang orang lain katakan.tapi...tolonglah bertimbang rasa ketika orang memerlukan pertolongan kau.orang perlukan pertolongan kau sebab orang percaya kaulah orang yang paling sesuai dan dapat membantu orang yang memerlukan bantuan.

aku bukan nak condem kau.langsung tak terlintas niat di hati dan minda aku untuk condem kau mahupun orang lain.jauh sekali untuk aku melakukan begitu terhadap kau kerana aku terlalu sayang persahabatan antara kau dan aku.aku tahu kalau kau baca coretan aku ini sudah pasti kau kata aku sudah lemah.tidak lagi seperti dulu yang berhati keras.

yeah.memang betul.kau telah melembutkan hati aku.lembut sehingga terlalu mudah untuk rapuh dengan tekanan hidup yang melampau ketika ini.tapi aku tahu,hidup ini perlu diteruskan jua walau apa yang berlaku.aku pasti akan dapat kekuatan aku kembali suatu hari nanti,tapi bukan sekarang.aku hanya perlukan kau sebagai seorang sahabat yang boleh aku berkongsi rasa suka dan duka aku sebab kat sini,aku hanya ada kau seorang sahaja.

pakcik kau pun dah berubah seperti yang aku beritahu kau awal-awal lagi.jadi pada siapa untuk aku berkongsi semua perasaan duka aku kalau bukan dengan kau?aku minta maaf sebab menyusahkan kau dengan masalah aku sedangkan kau terlalu sibuk menyiapkan tugasan yang diberi serta melayan kawan-kawan baru kau yang lebih kau rapat dari aku ketika ini.aku harap kau paham mengapa aku mencari kau hari ini,esok,lusa dan seterusnya.

Sunday, August 15, 2010

Islam



engkau berpengetahuan agama lebih tinggi dari aku berbanding dengan aku yang datang dari keluarga yang bercampur agama islam dan buddha.seperti yang kau lihat,pengetahuan aku terhadap agama islam tersangatlah cetek berbanding dengan orang yang sememangnya melayu tulen.mereka lebih tinggi ilmu dalam agama berbanding dengan orang yang datang dari keluarga campur.

tapi aku sebagai sedara islam,malu dengan apa yang kau pamirkan.kau menindas umat islam yang lain,iaitu aku sendiri.bukankah sepatutnya engkau sebagai sedara dalam islam patut membimbing aku kejalan yang benar dan diredai Allah?tapi mengapa kau sering menggunakan alasan berlagak itu untuk menjatuhkan sedara dalam islam kau sendiri?aku tak tahu lah ilmu agama yang kau ada itu semuanya kerana pangkat dan harta ataupun kau belajar kerana Allah.

aku sendiri pun tak tahu lah sama ada engkau paham erti sebenar Islam ataupun kau hanya sekadar tahu belajar tapi tidak mengetahui erti Islam sebenar yang menjurus kepada kebaikkan dan menyatu padukan seluruh umat Islam.itu dari fahaman yang aku paham.aku tak berani nak kata betul atau salah sebab faktor ilmu agama aku yang cetek.

bila aku suakan perkara seperti itu,kau mengatakan kau takut tersesat bila aku masuk dalam bab agama.aku terasa pelik sebentar kerana apa yang aku masukkan dalam bab agama ini ialah sikap seorang beragama Islam.iaitu memimpin golongan yang lemah,membantu sedara dalam islam dalam kesusahan,memberi bimbingan agama,dan menegur kesilapan orang itu dengan cara yang baik.

tapi apa yang aku lihat,ternyata engkau sendiri tidak paham maksud Islam yang sebenar berdasarkan tingkah laku engkau sendiri.mengenai fahaman,mungkin engkau lebih hebat.kau boleh menyangkal apa yang aku katakan.tapi engkau tahukah perbuatan engkau itu mencerminkan segala-galanya,

seorang umat islam yang faham erti sebenar maksud Islam itu,takkan berbuat begitu terhadap sedara dalam islamnya sendiri.dia takkan tergamak untuk menjatuhkan golongan yang lemah.dia takkan tergamak untuk menindas sedara dalam islamnya sendiri.

benar kata orang tua,manusia beragama islam yang sebenar-benarnya telah pupus.mereka dikaburi dengan permainan dunia dan hasutan syaitan.mereka sudah mula untuk menindas agamanya sendiri.aku kesal dengan orang yang macam mereka ini menganut agama Islam.aku kecewa dengan sikap orang Islam sekarang.

aku tahu,aku juga orang Islam yang ilmu pengetahuan sangatlah cetek berbanding dengan mereka mereka yang sememangnya berasal dari keluarga Islam yang tulen.tapi kalau inilah yang dipamirkan,tak gunalah kau memegang dua kalimah Allah iaitu dua kalimah syahadah.itu dari pandangan aku sendiri.

kalau pandangan aku salah,aku minta maaf sebab ini isu sensitif.aku tak berani nak buat ulasan yang panjang.aku hanya menyuarakan pendapat aku sebagai seorang muslim.maaf sebab aku berkata begitu kerana desakkan orang sekeliling yang sering mencari salah silap saudara dalam Islam itu sendiri,bukan memimpin ke jalan yang diredai Allah.tapi hanya kerana hati yang telah ditutup pintunya kerana Allah.

muhasabah diri

aku teramat kusut kebelakangan ini.aku tidak dapat menfokuskan apa yang diajar didalam kelas.aku sering kali termenung ketika bersendirian memikirkan apa yang berlaku.

memikirkan soal hati,emosi,assignment yang kian melambak,serta dosa-dosa yang telah aku lakukan dulu.aku kesal dengan apa yang berlaku.aku kesal dengan setiap perhubungan yang gagal mengeratkan aku dengan mereka.aku kesal dengan segala-galanya.

alangkah bagusnya jika masa itu dapat diputarkan kembali,akan aku memperbaiki apa yang sepatutnya untuk mengubah rasa kekesalan dihati yang kian melanda.mungkin inilah harga yang harus aku perlu bayar kerana meninggalkan apa yang Allah suruh.

terlalu perit untuk dikenangkan segala apa yang sudah terjadi.aku amat berharap diri aku tabah dan sabar dalam menghadapi segala dugaan yang melanda hidup aku.

kebelakangan ini aku betul-betul tumpas untuk berdiri diatas kakiku sendiri.aku menjadi terlalu rapuh untuk bersendirian.tapi apa daya aku untuk melawan apa yang telah ditakdirkan.reda dengan apa yang berlaku.

peristiwa demi peristiwa berlaku dalam menguji hati,minda,iman,serta kesabaran dalam mengingati diriNya.aku reda dengan segala apa yang terjadi kerana aku tahu,semua ini berlaku demi memantapkan keyakinanku terhadapNya yang telah lama aku lupakan.

kesabaran yang mana aku miliki dulu telah menjadi rapuh dalam sekelip mata.sering mengeluarkan airmata ketika berseorangan kerana kekesalan yang melanda jiwa.

aku harap apa yang berlaku ini merupakan pengubat kepada dosa dosa lampauku.benar kata orang tua,kalau Allah hendak menarik sesuatu nikmat,dalam sekelip mata kenikmatan itu akan hilang.tersungkurlah hambaNya yang ditarik nikmat itu.bayangkanlah,itu hanya nikmat yang dikurniakan.bagai mana kalau Allah menarik nyawaku ketika aku lupa padaNya?ya Allah sungguh tidak tergambar bagaimana diriku jika berlaku begitu.

ya Allah,ringankanlah lidahku untuk mengalun zikir dalam mengingati diriMu.sentiasa berdoa kepadaMu dan senantiasa reda dengan apa yang telah Engkau rencanakan untuk ku.ampuni segala dosa-dosa yang telah aku lakukan sewaktu aku dilahirkan sehingga ke saat ini.ampunilah segala dosa ibubapaku,guru-guruku,rakan-rakanku serta saudara seislamku.tempatkanlah mereka yang telah pergi menghadapMu dikalangan orang yang beriman,takwa dan soleh.jadikanlah generasi kami generasi yang mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan.berikanlah rezekiMu yang halal kepada kami dan janganlah Engkau menarik kembali nikmat itu setelah Engkau kurniakan kepada kami.sesungguhnya kami amatlah hina disisiMu ya Allah.jadikanlah kami orang-orang yang soleh dan sentiasa mengingatiMu dalam kehidupan harian kami ya Allah ya Rahman ya Rahim.berikanlah kami segala kesempatan yang ada untuk menebus segala kelalaian dan kealpaan dalam menunaikan tanggungjawab kami sebagai makhluk dimuka bumi ini yang telah Engkau ciptakan untuk menyembahMu ya Allah.ampunilah kami kerana tidak tahu mengucapkan syukur alhamdulillah dalam mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan.terimalah taubat hambaMu ini ya Allah.amin.

taubat

satu hari berendam air mata tidaklah seteruk Rasulullah s.w.a mengeluarkan air mata dalam menghayati kalimah Allah dalam Al-Quran.namun aku tetap tidak dapat menjadi setabah Rasulullah dalam menyebarkan agama Islam yang dicintai dengan pelbagai dugaan serta pemergian anak dan sahabat Rasulullah s.a.w.

betapa beratnya ujian yang dipikul oleh Rasulullah s.a.w dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang khalifah dimuka bumi ini.dicaci cerca,dihina,di lontar batu dan sebagainya.ya Allah.berikanlah aku kesabaran dan ketabahan seperti mana Engkau berikan kepada nabi kami iaitu nabi Muhammad s.a.w

betapa besarnya pengorbanan yang engkau berikan untuk umatmu ini ya Rasulullah.tapi malangnya makin ramai yang hilang pedoman hidup kerana dihasuti nafsu dan syaitan yang ternyata terang menjadi musuh agama Islam itu sendiri.

ya Allah,muhasabahkanlah diriku ini daripada terus lalai dan alpa dalam mengingati dirimu ya Allah.aku malu dengan apa yang Engkau kurniakan kerana aku tidak mengunakan apa yang Engkau kurniakan ke jalanMu ya Allah.sesungguhnya aku sangat berdosa ya Allah ya Rahman ya Rahim.sepatutnya aku mendambakan kasih dariMu ya Allah bukan dari kalangan manusia yang akan hilang pada bila-bila masa apabila Engkau menarik kembali perasaan itu.

ya Allah janganlah kau lalaikan aku daripada aku untuk mengingati mati yang akan datang menjemputku pada bila-bila masa ya Allah.perkuatkanlah imanku dan berikanlah kesempatan untuk aku menunaikan segala rencana dan kehendakMu yang telah lama aku tinggalkan ya Allah.

terimalah taubatku ini ya Allah.sesungguhnya aku mengakui kekurangan diri dan menginsafi segala apa yang telah aku lakukan waktu lampau ku dulu ya Allah.aku memohon kepadamu ya Allah agar Engkau menerima taubat ku ini.jadikanlah aku sebagai orang yang sering mengingati diriMu dan mautMu ya Allah.sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba yang lemah dan hina diSisiMu ya Allah ya Rahman ya Rahim.

moga moga taubat ku ini diterima olehMu ya Allah.dekatkanlah aku dengan Mu ya Allah.sesungguhnya aku inginkan kasih cahaya nur hidayah dariMu ya Allah.kembalikanlah aku kepada jalan yang benar sebagai fitrah manusia yang menghambakan diriku kepadaMu ya Allah.aku memohon kepadaMu ya Allah untuk memperkenankan doaku ini ya Allah yang maha pendengar,maha mengasihi lagi maha pengampun.seseungguhnya kepada Engkau sajalah tempat untuk aku menyembah dan berkongsi suka duka hati ini ya Allah kerana Engkau lebih mengetahui sesuatu yang tersirat dan tersurat ke atas sesuatu kejadian yang telah Engkau aturkan.amin.

Saturday, August 14, 2010

pedoman.

selamat sampai dirumah nenek pada pukul 1 petang.terasa suasana hiba menyelubungi perkarangan rumah nenek.sebak bertandang tanpa dipinta.sayu turut dirasai oleh hujan yang turut menemani pemergian seorang insan yang aku sayangi.

ini baru nenek aku yang tidak berapa rapat pun terasa sebak yang sangat mendalam.apatah lagi kalau ibu bapa yang pergi meninggalkan aku menghadap Illahi suatu hari nanti.sudah pasti duniaku akan terasa gelap tanpa cahaya keberkatan ibubapa.

hurm...suasana sekarang tersangatlah sayu ketika jenazah arwah nenek ku tiba di perkarangan rumah.aku melihat wajahnya untuk pertama kali setelah rohnya dicabut oleh Sakaratul Maut.

aku sendiri pun susah nak tafsir melalui air mukanya yang seperti berada di tengah tengah antara tenang dan sakit.terasa sebak melanda diri ketika menatap seraut wajah yang kesepian meminta untuk ditemani oleh saudara mara yang berada disitu.

tapi apakan daya,ketika meninggal,tiada apa yang dapat dibawa kecuali 3 perkara iaitu amalan,doa serta anak yang soleh.walaupun aku berlainan agama dengan nenek aku,aku tetap mendoakannya melalui agama islam.aku bukan lah pandai sangat mengenai agama,tapi kira boleh lah.

tak boleh nak digambarkan perasaan itu ketika menatap seraut wajah yang kita sayangi kaku tanpa sebarang pergerakkan.adakah aku sedih kerana pemergiannya,gembira kerana penderitaannya didunia tamat,mahupun takut kerana seruan dari Allah s.w.t. untuk mengadapNya.

dagunya telah kempis dan raut wajahnya semakin layu kebawah.Ya Allah betapa besarnya kuasaMu untuk dinilai dengan akal yang Engkau kurniakan.

ya Allah ampunilah dosa dosaku,dosa dosa ibubapaku,dosa dosa guru-guruku,dosa dosa sahabat handaiku serta dosa dosa saudara seislamku diseluruh dunia.sesungguhnya Engkau maha pengampun,maha pemurah lagi maha pendengar.hanya Engkaulah yang layak untuk disembah.

apakah jika aku pergi dulu,ada yang tangisi pemergianku dari kalangan sahabat ku?masih adakah kesempatan untuk aku meminta maaf kepada mereka semua atas dosa dosa yang telah aku lakukan terhadap mereka secara sedar mahupun tidak sedar?sempatkah aku untuk berjumpa dengan mereka semua pada keesokkan harinya?bagaimana jika aku ditakdirkan mengadap Illahi ketika aku sedang tidur nanti?sempatkah aku?

ya Allah jika Engkau ingin mengambil hakMu yang satu ini,izinkanlah aku untuk meminta maaf dan menghalalkan segala makan minum dari keluargaku,sahabatku serta guru-guruku.izinkanlah aku untuk menyatakan betapa gembiranya aku dilahirkan didunia ini seperti orang lain yang cukup sifat fizikalnya dan bertaubat atas segala dosa yang telah aku lakukan sepanjang aku dilahirkan sehingga ke saat ini.izinkanlah aku untuk menatap wajah-wajah mereka untuk kali terakhir ya Allah.berikanlah kesempatan untuk aku berjumpa dengan ahli keluargaku sebelum Engkau mengambil kembali hak Engkau bila sudah tiba waktunya.

ya Allah.semoga aku dijauhi daripada perkara yang melalaikan serta mengalpakan diriku daripada mengingati diriMu ya Allah.

petanda


Segala puji hanyalah bagi Allah. Kami memuji-Nya, mengharapkan pertolongan-Nya, meminta ampun kepada-Nya, serta memohon petunjuk-Nya. Kami juga berlindung kepada-Nya dari kejahatan hawa nafsu dan dari kejahatan amal perbuatan kami. Orang yang diberi petunjuk oleh Allah tidak seorang pun yang dapat menyesatkannya. Sebaliknya, orang yang disesatkan tidak seorang pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu adalah hamba dan pesuruh-Nya. Semoga Allah melimpahkan salawat dan salam kepada Nabi Muhammad, keluarganya, para sahabat dan sekelian pengikutnya hingga ke akhir zaman.

Al-Hafiz Al-Hakami dalam sebuah syairnya, mengatakan :

Ingatlah kematian dan peristiwa-peristiwa terjadi selepas itu;
tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri daripadanya.
Kematian merupakan penentuan segalanya;
segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.
Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga;
dan boleh pula menjadi lubang neraka.
Jika ia baik, maka setelahnya itu
adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan.
Jika ia jahat, maka setelahnya itu;
adalah kesengsaraan jauh lebih dahsyat.
Demi Allah, sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu;
tentulah kau tidak akan tertawa malah banyak menangis.
Wahai sekelian hamba Allah! Semua manusia sedang berjalan menuju kematian. Dia akan ingat sebuah ketentuan yang pasti dialami oleh setiap insan. Iaitu sebuah kemestian yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada sekalian anak cucu Adam. Pada saat kematian menjelma, ia akan menghinakan para pelaku kezaliman dan melumpuhkan para pelaku maksiat. Orang derhaka akan insaf dan orang yang berdosa akan bertaubat.
Saat kematian tiba adalah saat yang sangat menyakitkan yang akan dilalui oleh semua orang, samada raja mahupun rakyat jelata, samada pemimpin mahupun orang yang dipimpin, samada orang kaya mahupun orang miskin. Persediaan diri yang sebenarnya adalah ketika menghadapi kematian. Berazamlah untuk memanfaatkan waktu sebaik-baiknya dengan melakukan amal soleh dan tidak membuangnya dengan sia-sia.


astafirullahalazim.patutlah aku merasa begitu sayu semalam.rupanya Allah ingin menguji kekuatan imanku sekali lagi dengan menarik nyawa seorang ahli keluargaku iaitu nenekku di sebelah ibuku yang berketurunan Cina.sesungguhnya aku memerlukan kekuatan yang sangat tinggi untuk menempuhi dugaan ini.

tak sangka aku bahawa semalam,kesayuaan itu merupakan tanda pemergiannya nenek yang aku sayangi walaupun aku tidak berpada rapat dengan arwah kerana faktor pertuturan yang berlainan bahasa,tapi aku masih menyanyangi arwah.maafkan cucu ini kerana tidak dapat banyak bercakap dengan nenek.cucu minta maaf kerana tidak sempat berjumpa sebelum nenek menghembuskan nafas yang terakhir walaupun terlalu dekat.

ya Allah,Engkau sekali lagi menguji aku dengan menarik kembali apa yang telah menjadi hak Engkau untuk menguji keimanan aku sekali lagi setelah Engkau menguji aku dengan permainan soal hati dan jiwa.Ya Allah aku memohon kepada Mu supaya berikanlah aku kekuatan,semangat,serta keimanan yang tinggi,berikanlah aku ketenangan seperti tenangnya bunyi air disungai dan janganlah Engkau kucar-kacirkan apa yang telah Engkau berikan kepadaku ya Allah yang maha pendengar,maha mengasihi lagi maha suci.berkatilah arwah nenek ku yang telah pergi menghadapMu ya Allah.janganlah Engkau menyiksa dirinya walaupun dia tidak tergolong dalam agamaMu ya Allah.aku memohon kepadaMu sekali lagi kerana hanya kepada Engkaulah tempat untuk aku mengadu segala perjalanan liku liku kehidupan aku ini ya Allah.perkenankanlah doa hambaMu yang hina ini ya Allah.amin.

sesungguhnya pada ketika ini aku teramat sedih dan kusut kerana kehilangan arwah ditambah lagi dengan masalah hati dan jiwa yang masih belum lagi sembuh.sesungguhnya aku harus reda dengan ketentuanMu ya Allah.aku sangat mengharapkan keampunan dariNya atas dosa-dosa silamku,keluargaku,guru-guruku,rakan-rakanku serta saudara seislamku.aku sangat mengharapkan keredaanMu ya Allah.sesungguhnya apa yang ada di alam semesta ini adalah hak Engkau ya Allah.jadikanlah apa yang berlaku ini sebagai pengajaran untuk aku lebih mengingatiMu Ya Allah.sesungguhnya aku adalah hambaMu yang sering lalai dan alpa dalam mengingatiMu ya Allah.

Friday, August 13, 2010

sayu



terasa angin meniup sayu-sayu begitu ketika dimalam hari membuatkan aku tertanya-tanya mengapa malam ini emosi sang angin begitu sayu sekali?bukankah hujan telah menemani dirimu dipetang tadi?

sang angin yang sayu dikala aku kelayuan emosi.bertambah lagi lah sayu hari-hari aku.mengapa aku seperti terasa keadaan sekeliling aku turut berasa sayu seperti aku?

keadaan dalam dorm pun da macam sunyi sebab da tinggal 4 orang je yang lain semua da balik.oh adakah hari hari ku akan seperti hari ini yang mana sayu itu menguasai diri aku?

haih...sayu oh sayu.bilakah engkau mahu pergi dariku?sudah lama engkau menemani hari-hari sepi ku.kegembiraan pun hanya bertandang sebentar sahaja kemudian turut layu kembali.

mengapa aku jadi begini?adakah aku ditakdirkan untuk menjadi sayu sepanjang hidup aku?ya aku tahu,tidak elok untuk bertanya kepada Pencipta Alam Semesta ini.aku hanya tertanya tanya untuk renungan diriku sendiri.

hurm...bila lah rasa sayu ini akan luput dari hatiku untuk selama-lamanya.seksa sungguh diri aku dalam keadaan sayu begini.

ya Allah kau perkuatkanlah diri ku dalam mengharungi dugaan dugaan liku kehidupan ini ya Allah yang maha pendengar,maha melihat lagi maha mengetahui.aku memohon kepadaMu agar engkau lindungilah aku daripada segala kecelakaan dari saat ini sehingga ke nafas terakhirku.berkatilah perjalanan hidupku,ibu bapaku,rakan-rakanku,guru-guruku serta sedara seislamku ya Allah ya Rahman ya Rahim.perkenankanlah doaku ini ya Allah yang maha pemurah,maha pengampun lagi maha mengasihani sesungguhnya kepada engkaulah  tempat untuk aku mengadu segala-galanya kerana Engkau lebih memahami keadaan hati ini.amin.

anjakkan paradigma



oh oh oh baroo terasa kehangatan perhubungan antara aku dan adik adik.hahaha.selama ini aku da tak seberapa rapat dah dengan mereka-mereka semua.yelah maklumlah asyik busy je memanjang bila da duduk kat ipoh ni banyak plak laa kerja yang nak kena settle.hahahaha.

dalam bulan ramadhan ini insya~Allah aku akan meluangkan masa bersama-sama dengan mereka-mereka yang telah lama aku tinggalkan.amboi,da buat macam barang plak.hahahaha.kelakor.memang manislah bila berborak dan beramah mesra dengan mereka semula.

alhamdulillah,mereka masih memahami seperti selalu kerana kesibukkan mengejar ilmu Allah ini.kalau tak,memang tekanan hati dan jiwa lah jawabnya.tapi memang best bila dapat berborak dngan mereka.lepas rindu di hati yang telah lama bersarang.sarang apa?sarang rindu lah.hahaha.

terasa seperti nak mengedik ngedik plak dengan mereka semua sebab da lama tak lepak dan tanya khabar.semua hampir berkata perkara yang sama iaitu,ini betul ke abg is?hahahaha.aku da tergelak gelak da.apasal plak dengan mereka ni?tetiba je tanya soalan macam tu.berbeza sangatkah aku yang dulu dengan aku yang sekarang??entah lah.aku pun tak pasti.inilah diri aku yang sebenar setelah kekecewaan itu tiba,atau memang inilah diri aku yang hipokrit.aku pun tak tau.mungkin juga tersepit di tengah tengah personaliti itu?

mereka berkata aku sekarang ni lebih menjaga percakapan dan pertuturan serta adab.dulu takde lah tak jaga,cuma kurang.sekarang nih macam lebih la dari semua aspek itu.lupa plak yang aku sekarang ni kan nak mendekatkan diri aku kepadaNYA.so langkah pertama haruslah aku lakukan dengan menjaga dari semua aspek itu.insya~Allah.

mungkin apa yang kau lihat ini adalah perubahan demi perubahan yang akan kekal untuk selama-lamanya.atau mungkin juga hanya sementara?entah.aku ni cuma manusia biasa.aku tak tahu bila aku akan berubah lagi diri aku ni.aku dah tak nak jadi seliar dulu.cukuplah aku buang jauh jauh nafsu yang menghancurkan imej aku.

sapa-sapa yang rapat dengan aku,tahulah perangai aku macam mana dulu.tapi sekarang perubahan demi perubahan aku telah lakukan,jadi tidak ada seperti dulu.insya~Allah kalau ada tu tempias lah kan.mana boleh nak ubah 100% dalam sekelip mata.

tapi mereka kata,mereka lebih suka imej yang aku bawakan sekarang.tak tahulah.mereka kata,mereka lebih seronok untuk berborak dengan aku sekarang daripada dulu.entahlah mungkin Allah nak bagi aku hidayah supaya aku mendekatkan diri serta mengajak orang lain mendekati diriNya.mudah-mudahan,begitulah kehendakNya.

pape pun,aku gembira kerana aku telah melakukan satu anjakkan paradigma yang agak besar dalam hidup aku yang mana sebelum ini anjakkan paradigma ini hanya tersimpan kemas dalam diri aku sahaja.tak tahu bilakah perubahan ini hendak keluar dari dalam jiwa aku yang liar dulu.

alhamdulillah berubah juga.sesungguhnya aku bersyukur kepadaMu ya Allah kerana bukakan pintu hatiku untuk lebih mendekati dan mempelajari agamaMu ya Allah.