okayh tadi aku ade la chatting dengan member lama aku yang aku agak tidak rapat la juga en sebab kenal dia pun dari member sekolah aku.rapat sekejap je la.then tak rapat da sebab dia pun nak sambung study.aku yang galakkan dia sambung balik study sebab dia berhenti study kerana ex dia.bukan sebab cinta dia berhenti ye.tapi sebab ex dia buat cerita buruk pasal dia.ok stop.bukan ini yang aku nak coretkan dalam entry ni.tapi pasal soalan yang dia tanya pada aku.
dia tanyakan aku satu soalan.antara kawan dan pasangan,yang mana satu lagi penting?satu soalan yang selalu orang tanya aku.sampai sekarang aku masih lagi memberi jawapan yang sama seperti orang lain.
kawan itu ibarat batu.namun dalam banyak banyak batu,hanya kawan yang ibarat seperti batu permata itu sangat susah untuk dicari dan akan kekal bila kau melihatnya.kekasih itu ibarat bintang.kadang kadang ada,kadang kadang tiada.namun dalam banyak bintang itu,kejora adalah yang paling cantik.walaupun sekejap,tapi ianya indah untuk dikenang.
kata-kata ini hanyalah kiasan semata-mata supaya mereka yang menerima jawapan ini,akan berfikir yang mana satu lebih penting antara kekasih hati dengan kawan.penilaian itu terletak pada diri individu kerana dalam cerita hidup ini tidak pernah sunyi daripada membuat pilihan.timbanglah baik dan buruknya sebelum buat keputusan.
aku nak pinjam kata-kata dari kak nur aku sebab ada benarnya apa yang dikatakan.dia berkata
mengapa perlu lebih mengutamakan pakwe/makwe selalu?bukan dia itu suami/isteri kita pun.lainlah kalau da kahwin,baroo la kita perlu mengutamakan dia sebab ketika itu,kita sudah mempunyai tanggungjawab untuk pasangan kita.ni baroo je jadi pakwe/makwe da mengalahkan suami isteri yang dah berkahwin.itu pun belum tentu lagi dia itu jodoh kita.
aku sangat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh kakak aku sorang ni.belum tentu dia tu jodoh kita,jadi mengapa perlu kita utamakan dia lebih daripada orang yang selalu berada disamping kita iaitu rakan kita?bukankah kalau kita putus dngan pakwe/makwe kita,kawan juga yang kita cari?jadi renung-renungkan dan berfikirlah sebaik mungkin serta pilihlah antara batu permata ataupun kejora.
No comments:
Post a Comment