Friday, November 12, 2010
menyatakan.
errrrr entry kali ini saya ingin menyatakan bahawa saya tersangat memang tak puas hati dengan peraturan di asrama ini ye.selama ini saya tiada apa-apa masalah sehingga tadi,ditegur oleh pengawal keselamatan yang sangat takutkan si PEREMPUAN TUA kerana peraturan yang sangat tidak muhasabah langsung dan banyak sangat masalah yang memang berpunca dari dia.
first,tiada aktiviti selepas pukul 11.dilarang sama sekali membuat sebarang group discussion selepas pukul 11.ok bagi saya itu tiada masalah sekali pun sebab saya memang takde nak buat group kat asrama ni.better alone.kalau group takot memang tak study pape,berborak je.keadaan ini terjadi selepas warden perempuan masuk walhal warden lelaki menggalakkan aktiviti di student center.so agak tertekan sedikit pelajar di asrama ini.
second,perihal mengenai binatang.ok warden perempuan yang dulu sangat tidak benarkan binatang didalam asrama.jadi tiada masalah mengenai najis binatang.masuk warden perempuan yang baru ini,dia bawak kucing.ok memang bagus.tapi dia tidak menjaga kucing peliharaan dia sehingga kucing dia berkeliaran dan mencari kucing lain disekitar asrama lalu membawanya ke asrama dan membuang najis ditangga.keadaan ini sepatutnya tidak berlaku jika warden perempuan ini menjaga binatang peliharaannya dengan baik.selepas itu,pelajar pula yang perlu membasuh najis binatang tersebut.tak ke perkara ini membebankan pelajar?benda yang tiada kaitan,dan tak sepatutnya menjadi tanggungjawab seorang pelajar secara tiba-tiba perlu membersihkan tangga yang ada najis binatang tadi sedangkan membawa binatang diasrama ini dilarang keras sama sekali.jadi agak tidak adil bagi pelajar disini.
third,tiada pergaulan bebas diantara wanita dan lelaki.ye,itu saya sangat bersetuju,tapi,setakat berborak di koridor depan student center,tempat lalu lalang para pelajar perempuan serta diperhatikan oleh pengawal keselamatan,sepatutnya tidak menjadi masalah malah tiada peraturan yang sebegini yang melarang para pelajar untuk hanya berborak diantara lelaki dan perempuan di koridor depan student center.patutkah peraturan ini dikuatkuasakan hanya kerana alasan pergaulan bebas di antara wanita dan lelaki sedangkan mereka hanya berborak atau berbincang mengenai perihal kolej mahupun tentang assignment yang diberikan oleh lecturer sambil diperhatikan oleh orang ramai yang makan dihadapan asrama ini?adakah peraturan sebegini sangat logik di pemikiran?sudah tentu tidak.saya sangat membantah peraturan yang tidak muhasabah ini.sangat sangat tidak logik.
four,perihal warden perempuan yang naik ke dorm perempuan dengan membawa pengawal keselamatan lelaki.keadaan ini sepatutnya dilarang sama sekali untuk pengawal keselamatan lelaki untuk masuk ke dalam dorm perempuan ketika warden perempuan ada.tapi,mengapa warden perempuan perlu membawa pengawal keselamatan lelaki untuk membuat spotcheck di dorm mereka?apakah peraturan untuk memisahkan tempat perempuan dengan lelaki itu hanya dikuatkuasakan terhadap pelajar sahaja dan tidak terhadap pengawal keselamatan?saya tidak faham,apakah wajar,warden perempuan,perlu membawa pengawal keselamatan lelaki bersamanya untuk naik ke dorm perempuan?saya tidak nampak mengapa perlu dan mesti,warden perempuan membawa pengawal keselamatan bersamanya ketika check dorm perempuan.
five,saya sangat tidak puas hati dengan warden perempuan ini kerana dia lebih memihak kepada semester 1.saya tidak faham mengapa dia berat sebelah dengan semester 2.semua yang buruk semuanya semester 2.saya tidak faham mengapa,pelajar semester 1 mendapat layanan sebegitu rupa sehingga ada yang pelajar semester 1 yang membuat masalah,tapi dilindungi malah disalahkan semester 2.saya tidak boleh menerima keadaan sebegini rupa atas alasan yang diberikan oleh warden perempuan iaitu "pelajar semester 1 memerlukan perhatian yang lebih" .bukankah sepatutnya pelajar yang menghuni asrama itu patut diberi perhatian yang sama rata?apa istimewanya pelajar semester 1 sehingga pelajar semester 2 diabaikan dan disalahkan bila ada masalah?apa,pelajar semester 1 semuanya berumur 18 tahun,jadi mereka layak untuk mendapat perhatian yang lebih daripada kami sem 2 yang agak tua sedikit berbanding dengan mereka?ini sungguh tidak boleh diterima langsung.
secara tuntasnya,saya sangat tidak berkenan dan tidak puas hati dengan warden perempuan kali ini atas sebab sebab di atas yang telah saya nyatakan.katakan TIDAK kepada WARDEN PEREMPUAN kali ini!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment