tak taw kenapa rasa sedih dan rindu plak kepada mereka-mereka yang menceriakan hari-hariku disini.walaupun tak lama tapi masih berbekas di dalam kotak memori ini.
lagi aku terharu baru bila si e.e tulis mengenai aku dalam blog beliau.terima kasih sangat sangat kerana letak aku dalam list sahabat rapat kau sedangkan kita jarang sangat contact semester ini kerana berlainan kelas.hope next sem same la kelas ye.insya~Allah.dont worry weyh.satu geng for assignment.hahaha.btw,aku layan je cara kau.takde hal punya.rilek sudah.perempuam boleh bersayang sayang dengan perempuan,mengapa lelaki tidak boleh?hahaha.jadi jangan berasa pelik tentang apa-apa kerana pelik itu hak milik setiap insan.
aku rindu weyh.rindu nak bersarapan sama-sama dengan kak nur aku tu.haha.tetiba je rindu plak kat dia.jangan kembang ye sebab aku tulis rindu kat kau ni.yela,selalu lepak sama-sama.sekarang da tak da.kau da balik KL.aku masih lagi disini untuk menghabiskan pertempuran aku dengan PM serta kursus.jadi rindu la sebab kau balik awal sangat.tak tunggu aku pun.takperlah,ini perjuangan aku,jadi aku akan tamatkan walau macam mana sekali pun.terima kasih kerana menjaga aku selama suku sem ini.
kepada adikku,xaza,aku pun rindu kat kau gila-gila.tak taw la kenapa lah sem ni masing masing berubah dan sudah jarang tegur lagi.mungkin kerana satu peristiwa tu kot?entah lah.mungkin sebab kau berpegang jika sudah tiada maka tidak boleh rapat kembali.mungkin.ini hanya andaian aku.maaflah kalau salah sebab aku rindu sangat kat kau ni.haha.ataupun mungkin kau sibuk dengan life kau?entah.aku tak berani nak judge ape-ape lagi tentang kau.fobia skit.pape pun terima kasih atas perkenalan yang terjalin ini.aku mendoakan kau agar kau selamat dan berjaya didunia dan akhirat.errr bukan pada kau je,tapi kepada semua yang pernah bergelar kawan dalam hidup ini walaupun hakikatnya ramai yang hanya tinggal gelaran sahaja.
haih...entahlah.nak diikutkan hati,banyak lagi yang aku nak tulis,tapi...mood takde pula untuk tulis bebanyak sebab sekarang ni aku lebih kepada perasaan rindu.rindu untuk ketawa,rindu untuk senyum,rindu untuk gembira tanpa perlu berselindung apa-apa.
dalam tahun ni saja,sudah banyak yang terjadi dalam hidup aku.mereka datang dan pergi.cari bila perlu,pergi bila sudah tidak diperlukan.aku tertanya-tanya adakah nasib aku akan begini sahaja sehingga nafas terakhir aku?sepanjang aku hidup,semua kisah hidup aku semuanya sama sampai aku terlupa,bagai mana rasanya untuk betul betul ketawa,senyum dan gembira.
walaupun aku sudah lupa rasa itu,tapi kawan-kawan yang aku rasa boleh bergantung,cuba untuk mengingatkan aku tentang semua rasa itu.terima kasih kerana mewarnai duniaku yang hanya terdiri hitam dan putih sebelum kedatangan dirimu.walaupun mereka ada yang datang dan pergi,aku reda kerana mereka telah pun mencalit satu warna dalam duniaku walaupun hanya titik titik warna sahaja.aku rindu dengan warna-warna ceria sebab da banyak sangat warna-warna muram yang telah dicalitkan dalam dunia aku.nampak tak lawa sebab tak balance.
aku harap,dengan tahun baroo ini,semuanya kan berubah.insya~Allah.
No comments:
Post a Comment