Wednesday, November 3, 2010

i'm deeply sorry

maaflah.bukan aku sengaja.dan terima kasih sebab membuatkan aku merasa sakit seketika dan sedar dari lamunan khayalan yang aku cipta sendiri.terima kasih.

kisah hidup aku bukan untuk dipaparkan suka suka dan bukan untuk publisiti murahan.aku mencoretkan kisah hidup aku kerana aku sudah tidak tertahan dan sudah tidak berdaya kerana,ketahan aku sudah sampai limit.kisah aku mungkin akan menyakiti hati orang sekeliling aku kerana setiap orang mempunyai pendapat masing masing dan pendapat itu kadang kala menyakitkan hati hati disekeliling aku.

maaf jika apa yang aku coretkan ini benar benar membuatkan sesetengah pihak tersentak kerana apa yang aku katakan.

aku bukanlah tak suka dan aku tiada hak untuk menilai dan menegur dari sikap kau kerana aku bukanlah jenis yang suka memaksa dan tegur secara berlebihan.

aku just tak suka sikap berat sebelah.harap paham.bila kau ada masalah,kau cari aku.bila masalah da selesai,kau dengan dia.macam berat sebelah.terus terang aku katakan,aku tak suka dengan keadaan yang macam ni.

aku bukanlah patung untuk hanya dicari ketika sedih dan dilanda musibah,selepas selesai campak ditepi.aku manusia.manusia yang mempunyai perasaan dan hati.aku harap kau faham kenapa aku tulis macam ni sebab kebanyakkan kisah aku semuanya macam ini.

aku kalau boleh tak nak perkara ni berulang ulang kembali sehingga aku sendiri trauma untuk mendekati orang lain.kadang kadang aku sendiri rasa mungkin lebih baik aku bersendirian daripada aku sendiri merasakan diri aku hanya "dipakai" untuk sementara waktu.

aku sendiri rasa diri aku seperti lilin.seperti entry entry sebelum ini.aku hanya lilin yang hanya dipakai apabila gelap.setelah dapat cahaya,api lilin dipadam dan disimpan tempat asal.aku tak suka keadaan macam ni sebab da terlalu sering berlaku dalam kisah kehidupan aku.

aku tahu,jika keadaan ini berterusan,memang takkan kekal hubungan seorang kawan yang dibina kerana sebelum kau,ramai lagi yang mewujudkan suasana ini dan akhirnya pergi begitu sahaja.

memang aku pendamkan semua ini sebab aku tahu,jika aku bagitahu macam mana sekalipun,tetap berakhir dengan suasana yang sama seperti mereka-mereka sebelum ini.

tapi aku tak sangka kesemua yang rapat,semuanya berakhir dengan macam tu je.aku tak tahu adakah nasib dan takdir aku memang begitu.maaflah jika didepan kau,aku sangat positive dibelakang kau aku menjadi negative.

aku tak nak tunjuk contoh yang tidak baik untuk kau supaya aku dapat menjadi contoh yang terbaik untuk kau ketika kau perlukan seseorang dan ketika itu,tiada orang yang ada disamping kau.bukan maksud aku untuk tinggalkan atau pergi jauh.tapi,mungkin ditakdirkan hubungan antara aku dengan kau juga akan berakhir dengan begitu sahaja suatu hari nanti seperti sebelum ini.

sebelum perkara ini terjadi sekali lagi,aku nak latih kau supaya kau kuat dan dapat bangun semula ketika kau tersungkur.maaflah,aku sebenarnya kesuntukkan masa dengan pelbagai masalah.tapi aku cuba untuk luangkan masa sepenuhnya dengan kau supaya aku dapat latih kau untuk keyakinan diri kau.

tapi itulah...kadang kala benda itu terjadi bukan kerana kehendak kita,dan kadang kala itu jugalah tak semua yang kita mahukan akan jadi seperti yang kita inginkan.aku nak kau tabahkan diri kau dalam mengharungi pelbagai dugaan,kerana aku tahu kau kuat.cuma kau tidak yakin dengan diri kau je.sekiranya apa yang aku coretkan ini membuatkan kau terluka,aku minta maaf sebab aku tiada niat untuk membuat kau rasa begitu.

maaf.

No comments:

Post a Comment