Wednesday, November 10, 2010

FYI





first of all,aku sudah nyatakan dari awal lagi,aku tak paksa sesiapa pun untuk bercerita tentang ape-ape kat aku.tapi aku akan dengar kalau kau nak bercerita.tiada masalah bagi aku untuk mendengar cerita apa-apa pun aku akan tetap dengar.

second,aku tak suka keadaan yang terlalu serius sebab keadaan yang serius akan buatkan aku takde mood dan nak marah orang je memanjang.jadi untuk mengelakkan keadaan seperti itu berlaku,aku akan cuba ubah suasana itu walau macam mana sekali pun dengan gelak tawa.aku tahu ketawa itu kadang kala buatkan orang sakit hati,tapi daripada aku sendiri hilang mood,blah macam tu je tanpa cakap apa-apa dan lepas tuh terus tak nak dengar pape,lagi teruk.baik aku elakkan keadaan macam ni.sorry to say.i dont want to make it more worst.

third,aku bukanlah orang yang mendengar sahaja.aku jenis yang mendengar dan dalam masa yang sama aku akan bergurau.aku tahu,kadang kadang dan selalunya orang tak suka bergurau bila bercerita tentang masalah.dan aku juga tahu bila dan patutnya aku perlu berserius.ada masa kalau aku rasa masalah itu tiadalah ape-ape sangat,aku akan bergurau.sekiranya masalah itu terlalu serius,jangan harap lah aku akan gelak atau bersuara.sekiranya aku serius,aku takkan ade mood untuk bercakap.hanya mendengar dan balas apabila perlu sahaja.aku tak nak jadi macam ni sebab aku takut orang akan salah anggap tentang aku ni garang sangat.

fourth,aku jenis orang yang ceria.jangan buat aku moody.sekali aku moody dengan orang tu,aku akan senyap.aku takkan cakap pape pun dengan orang tu.cuma balas bila perlu.jadi jangan cuba untuk drag aku menjadi tiada mood.terus terang aku katakan,kalau aku tak ada mood,sorry to say.aku senyap ataupun aku beredar dari situ.

five,aku tak suka paksa orang untuk menerima apa yang aku katakan.jadi jangan expect aku akan ulang untuk kali ke tiga.jadi paham paham sendirilah.aku malas nak bertekak.kang kata aku asyik membangkang je.takpernah nak bertolak ansur.aku hanya akan memaksa apabila perlu sahaja.

six,tolong paham,apa yang aku buat semuanya bersebab.kalau sebab itu untuk kebaikkan,aku tak perdulik kalau kau tak suka.sebab itu untuk kebaikkan.aku takkan paksa orang untuk buat kejahatan.jadi jangan nilai apa yang aku buat tanpa tahu apa tujuan aku buat macam tu.sorry to say.aku tak brapa suka orang yang tak tahu apa-apa tetiba nilai buruk terhadap apa yang aku lakukan.aku pantang dengan keadaan macam itu.

seven,tolong terima kekurangan orang lain.belajar menerima kekurangan orang lain kalau kau nak orang lain terima kekurangan diri kau,tolong la belajar menerima diri orang lain.sorry ar kalau kau nak orang lain je terima kekurangan kau,tapi kau sendiri tak nak terima kekurangan orang lain,no point.

sekian

No comments:

Post a Comment