ok entry kali ini aku nak sentuh skit pasal persepsi.terasa nak tulis pasal persepsi ni dari junior aku yang dulunya berperangai budak budak sangat.seriously.dia muda aku setahun je.ok berbalik pada topic hari ini.
aku nak sentuh skit lah.memang benar dan memang bagus sangat sangat kalau kita boleh jadi diri kita yang sebenar benarnya.memang tidak dinafikan sangat lah kerana itu adalah yang terbaik.memang benar selagi tidak langgar hukum agama,selagi tidak terpesong akidah,memang tiada masalah dan memang benar hanya Allah sahaja yang tahu dalam hati ini bagaimana.tidak menafikan langsung fakta seperti itu.
tapi apa yang aku nak tekankan ialah persepsi orang lain terhadap diri kita.kalau kita asyik tunjuk yang kita ni memang tak matang depan semua orang,sudah pasti orang akan label kita tak matang,betul?itu dari segi persepsi orang lain.memang betul juga lah orang kata jangan nilai dari rupa luaran kerana dalamnya sangat berbeza.aku setuju sangat tentang ini.dan memang saya bersetuju juga dengan apa yang dia katakan,biarkan apa orang lain nak katakan asalkan kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya.
tapi...haaaaa.aku da guna tapi.hahaha.tapi hidup pada zaman sekarang tak boleh macam itu.kita hidup bermasyarakat.kalau hidup seorang mungkin kita boleh guna cara apa yang dikatakan itu.
hidup bermasyarakat.ok orang sekarang suka menilai dengan apa yang dipamerkan dandisajikan didepan mata.biasalah,orang zaman sekarang,selalunya suka memulakan sesuatu dengan negative.tak payah tipu lah kalau korang yang baca ni tak pernah nak assume benda tu dengan rasa negative dulu.aku pun manusia gak.jadi tak perlu nak tipu diri sendiri.
dalam masyarakat,kita sepatutnya pandai menunjukkan diri kita sebagai seorang yang positive,matang,dan berfikiran rasional dalam usia yang semakin meningkat dewasa.jangan sekali kali tunjukkan diri kita macam budak budak bila bergaul dengan masyarakat.itu akan membuatkan persepsi negative dari segi pandangan masyarakat.kalau dengan rakan,tak mengapa sebab rakan,kenal diri kita macam mana.
lagi lagi kita ni beragama islam.sekarang ni agama islam ditindas di merata-rata tempat sama ada dari segi fizikal mahupun mentaliti.jadi adalah penting untuk kita tunjukkan diri kita adalah sangat kuat walaupun orang itu seorang muslimah.bersikap lemah lembut sangat berbeza dengan sikap kebudak-budakkan.jika kita bersikap kebudak-budakkan di hadapan orang lain,i mean,SETIAP MASA,memang orang akan label kita ni tak matang lagi walaupun seperti yang dinyatakan tadi,mulut orang,biarlah diorang nak kata apa asalkan kita tahu siapa diri kita,tetap dinilai sebagai negative.lebih lebih lagi orang yang berlainan agama.
ok aku tak nak masuk bab agama dengan lebih mendalam sebab ini isu sensitive.jadi aku cuma tekankan terhadap dua perkataan.iaitu PERSEPSI dan SIKAP.itu je key word dalam entry kali ini.hidup bermasyarakat,kena lah follow masyarakat punya cara.kalau hidup bersendirian,ikutlah cara sendiri.tepuk dada,tanya selera.bukan nak kata apa,tapi ini perkara umum tentang PERSEPSI berdasarkan SIKAP yang disajikan depan mata.
kadang kadang apa yang kita pamerkan itu,tidak begitu cantik dipandang oleh orang lain.kita tak sedar semua itu.biasalah.manusia biasa,mana ada yang sempurna.tapi itulah yang kebiasaannya yang terjadi sebab berpegang dengan kata "mulut orang,biarlah nak kata apa.asalakan kita tahu apa kita buat dan tak salah disisi agama serta kita tahu diri kita sudah cukup".maaf jika ada yang tersinggung dengan rencana yang dicoretkan kali ini.
bagi saya,sebagai penulis,perlu lah timbang tolak darab campur baik dan buruknya sebelum pamerkan sesuatu dimata masyarakat.bila ditegur,ambil sebagai sesuatu yang positive.insya~Allah sama-sama kita memperbaiki diri kita untuk kesejahteraan bersama.
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padehal kamulah orang orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang orang yang beriman. (Surah Ali-Imran ; 139)
No comments:
Post a Comment