terima kasih sebab membuatkan aku rasa yang aku ni dah tidak diperlukan.terima kasih atas layanan kau yang nak tak nak sahaja.terima kasih atas segalanya.
aku tahu aku jarang bercakap dengan kau atas kerana kesibukkan diri aku untuk belajar.begitu juga dengan kau.aku juga tahu keluarga kau meletakkan harapan yang tinggi untuk kau berjaya dalam pelajaran.ditambah lagi dengan aku yang ingin berjaya,aku kurangkan komunikasi dengan kau atas sebab tak nak kacau kau belajar.aku nak kau berjaya seperti mana ibubapa kau mengharapkan kau.
tapi aku tak sangka,kau selalu tidak hiraukan aku ketika aku bertanya khabar.kadang kadang sahaja kau balas.mungkin atas dasar simpati terhadap aku membuatkau kau balas apa yang aku tanya.mungkin.
tapi aku tidak perlukan simpati.aku lakukan macam tu sebab aku nak kau tahu yang aku mengambil berat tentang diri kau.tapi kau tak pernah nak sedar apa yang aku lakukan untuk kau sehingga kau selalu tak perdulikan aku.malah kau layan kawan kawan kau yang kau boleh lihat dan dekat dimata kau dan lupakan orang yang jauh ini.
aku reda jelah dengan apa yang berlaku.lepas ni aku takkan tegur kau lagi.aku takkan berada disamping kau dan aku takkan ada masa untuk kau lagi.maaflah,hati aku sudah kritikal.aku sendiri perlukan rawatan untuk hati aku.aku bukanlah manusia yang tiada perasaan bila dilakukan sebegini rupa.kesabaran dan ketahanan jiwa aku ada batasnya.
aku silap kerana meletakkan harapan terhadap kau.ternyata aku hanya menaruh harapan kepada batu dan bukan orang.aku dah fedup dengan suasana seperti ini.aku rasa aku ni hanya orang asing dalam hidup kau.aku bukan sape-sape untuk kau kenang dan ingat.aku hanya seorang lelaki yang singgah di salah satu perhentian yang kau berhenti.mungkin sudah tiba masanya untuk aku melangkah pergi meninggalkan kisah lama.
maaf jika selepas ini kau merasakan aku sudah berubah dimata kau.
No comments:
Post a Comment