Friday, October 22, 2010

them

aku ingin meminta maaf kepada yang terlibat kerana aku betul betul tak inginkan perkara seperti ni berlaku.aku tak ingin untuk mengingati perkara-perkara yang berlalu berulang kembali.aku dah fobia dengan perkara itu.jadi aku mengambil inisiatif untuk tidak melakukan lagi perkara macam itu lagi sehingga orang yang terlihat tersalah paham.mungkin juga aku terlalu fobia sangat sampai langsung tak contact sebab takot pisang berbuah dua kali.

dia sendiri kenal aku macam mana.memang aku suka mengambil berat tentang kawan kawan aku yang aku sayang.tapi itu lah sikap aku yang tak boleh aku nak buang sebab terlalu ambil berat sehingga buatkan dia rimas sangat.maaf lah sebab aku da memang macam ni sejak dari dulu lagi.

aku minta maaflah sekiranya fobia yang aku hadapi ini membuatkan kau terasa seperti kau kekurangan perhatian dari aku.merasakan aku da tak ada disisi kau.tapi hakikatnya,keinginan dalam diri aku untuk mengetahui segala apa yang kau lakukan dan berada disamping kau sangat kuat.cuma aku kawal rasa keinginan itu daripada menganggu diri kau.bukan sengaja.tapi itu lah aku.fobia dengan apa yang da pernah terjadi.

kepada yang orang kedua yang terlibat

aku tak nak kau fikir semua ini salah kau.cubalah bagi aku selesaikan masalah yang berlaku.aku ni kawan kau.kenapa mesti kau selalu fikir apa yang berlaku itu salah kau?aku ada untuk membantu bukan mengkusutkan apa yang sudah berlaku.aku tahu keadaan kau diasrama macam mana dengan geng geng orang yang tak reti nak tutup mulut yang suka memburukkan diri kau dan sebarkan fitnah tentang kau.

aku tahu kau sangat sangat kecewa dengan keadaan ini.tapi aku nak kau tahu yang mereka yang sayangi diri kau sentiasa berada disamping kau.kau tak perlu nak rasa yang kau seorang sahaja yang melalui semua ini kerana kami semua berada disisi kau.aku tak nak kau fikir negetive lagi.buanglah pemikiran negative itu sejauh mungkin.

memang betul kita sebagai manusia memang tak pernah lari dari berfikir negative.tapi kalau boleh,kurangkanlah berfikiran sebegitu rupa.pemikiran negative ini akan membuatkan diri kau down sangat-sangat dan aku tak nak itu berlaku sebab aku tahu kau kuat untuk menghadapi semua ini.

No comments:

Post a Comment