Friday, October 1, 2010
mula
ok perkara seperti paranormal ini sepatutnya sudah berhenti kerana sudah dibersihkan dan dipagari asrama ini daripada gangguan gangguan seperti ini tapi kejadian ini berulang kembali setelah cuti 2 minggu dalam menyambut bulan syawal yang mulia ini.
aku agak pelik kenapa perkara seperti ini boleh berulang kembali walaupun asrama ini sudah dipagari daripada dicerobohi oleh makhluk halus tapi masih ada lagi kejadian yang tidak diingin berlaku kembali selepas cuti 2 minggu.pelik betul aku.
sekarang nak masuk minggu ke tiga selepas cuti 2 minggu.dan banyak juga lah kejadian rasuk merasuk ni berlaku.hampir setiap hari setiap malam akan ada yang dirasuk dan yang kena rasuk tu orang yang sama je memanjang.kadang kadang je ade mangsa baru yang kena rasuk.
tak pelik ke,asyik orang yang sama je kena rasuk hampir setiap malam.adakah ini hanya mengada-ngada atau pun sememangnya benar mereka di rasuk?aku pun buntu.panjang yang satu dorm dengan aku pun aku tengok attitude dia sekarang da macam orang giler tak betul.blur blur je memanjang.aku pun tak taw ar ape nak jadi.risau aku satu group dengan dia.buat dia bukak silat dia yang sesat itu time buat kerja group mampus aku dikerjakan.tak sanggup aku nak bersilat dengan dia.
hadoi.disebab kan aktiviti paranormal ni lah banyak assignment yang hendak disiapkan tergendala macam tu je gara-gara ahli kumpulan di rasuk.nak minta pelepasan lebih sedikit masa yang ditetapkan boleh.tapi risau next assignment tak sempat nak hantar sebab semua lect bagi kerja last minute jadi kena rush ikot date line walaupun kejadian paranormal ini berlaku.hadoi.pasrah jela aku.
nak suruh si panjang ni buat kerja pun risau gak sebab dia tu kan tok bomoh dukun semua dia lah.dia dilantik jadi AJK perubatan.ok memang itu jawatan dia lah kan.tapi aku tak rasa warden buat keputusan yang tepat dengan melantik orang yang kena rasuk ini jadi perubatan.
result dia dapat dilihat dengan ahli perubatan itu sendiri banyak kali dirasuk dan bukan dia yang mengubat orang lain.orang lain yang mengubat mereka.aku pun tak paham ape motif warden lantik mereka berdua(panjang dan shima) jadi ajk perubatan sedangkan mereka sendiri perlu diubati terlebih dahulu.tak pelik ke?setiap kali kejadian berlaku,panjang mesti kena rasuk bila dia nak tolong orang yang kena rasuk.memang menyusahkan je.elok sorang kena,ni tetiba masuk lagi sorang.da bertambah.tak ke susahkan orang namanya?kalau sendiri tu tak pernah dirasuk dan tidak senang untuk dirasuk,tak mengapa.tapi tengok keadaan sendiri dulu la sebelum turun nak tolong mereka dalam aktiviti paranormal ni.kalau sendiri pun senang kena rasuk,tak payah la nak libatkan diri nak tunjuk hero.
aku kadang kadang pun tension gak dengan si panjang ni.da tahu sendiri tu senanag dirasuk,bila aktiviti berlaku,tak perlu la nak libatkan diri berdasarkan atas keadaan diri sendiri.ni tidak.nak tunjuk hero turun.last last sendiri kena rasuk,sendiri tak pergi kelas,kerja semua tergendala kerana dia yang nak tunjuk hero.
memang la niat dia baik dan sangat murni mahu tolong orang.tapi kalau diri sendiri pun macam tu,baik selamatkan diri pulihkan diri dulu dan pastikan diri itu tidak senang dirasuk lgi,baru la turun tolong mereka yang dirasuk.ni nak tunjuk hero je memanjang memang aku pun fedup ar hero yang tak boleh nak pakai.bengang betul aku kerja tertangguh ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment