Monday, October 18, 2010

terima kasih awak

terima kasih awak.kerana awak sanggup membazir duit untuk membelikan saya dan kawan awak strawberry jeruk dan gula gula strawberry.thanks sebab bagi.saya pon ade something untuk awak.saya tak tahu nak belikan ape untuk awak selain benda yang paling common yang terdapat disana.benda yang saya nak cari khas untuk awak tiada plak kat situ.agak sedikit kecewa kerana tak dapat cari apa yang saya nak bagi kat awak.

hurm...maaf lah ye tiada hadiah lain yang dapat saya berikan untuk awak kerana saya tidak jumpa hadiah istimewa untuk awak.mungkin hadiah yang saya nak berikan bukanlah hadiah yang terbaik untuk awak.tapi saya harap awak simpan lah hadiah itu sebagai tanda kita pernah kenal antara satu sama lain.walaupun tidak seberapa pemberian saya ni,saya harap awak terima dengan hati yang terbuka.

hurm...rasanya tak banyak yang dapat saya kongsikan segala apa yang saya rasa sekarang ni sebab rasa itu tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata puitis.maaflah saya tak dapat mencoretkan sebuah entry yang mengambarkan rasa saya sekarang tentang awak.

bila saya kenal awak,saya rasa saya tidak lah seteruk apa yang saya sangkakan berbanding dengan hidup awak.tapi saya selalu fikir yang hidup saya yang paling teruk sedangkan ada orang lain yang lebih teruk berbanding dengan hidup saya.awak membuatkan saya berfikir dan muhasabah diri saya sedalam dalamnya setiap kali saya nak melelapkan mata saya.

saya rasa ada hikmahnya mengapa kita dipertemukan secara tiba tiba oleh yang Maha Esa.mungkin DIA mahu saya mengingati bahawa bukan saya seorang sahaja yang berasa begini.awak juga merasa apa yang saya rasakan supaya saya tidak merasakan yang saya berseorangan disini merasai apa yang kita rasai dalam hidup ini.

walaupun kita ini berbelakangkan pelbagai latar belakang yang tidak sama,tapi kita serasi sebagai sahabat.saya tertanya tanya kenapa kita serasi bersahabat?mungkin sebab kita mempunyai persamaan dari segi emosi dan jiwa yang sangat sensitive.mungkin.tapi entahlah,siapalah saya untuk mentafsir maksud disebalik pertemuan ini.

maaflah sekiranya saya tidak dapat membuatkan awak ketawa setiap hari atas kesibukkan yang tertentu,tapi saya akan cuba lakukan yang terbaik semuanya untuk awak walaupun saya terpaksa pergi lebih jauh dari yang sepatutnya hanya kerana awak.

awak awak.jangan salah paham kenapa saya buat macam ini.bukan saya jatuh hati dengan awak,tapi saya buat macam tu sebab you deserved better than this.sebab itu saya lakukan yang terbaik untuk awak supaya awak tidak lagi sedih dan kecewa dengan apa yang telah berlaku.maaf sekiranya saya tersalah tafsir tentang awak.

mungkin saya perlukan masa lebih lama lagi dalam mengenali diri awak yang sebenarnya.mungkin betul apa yang awak cakapkan yang masih banyak yang saya tidak tahu tentang diri awak.tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk menyelami jiwa dan hati awak supaya saya dapat mengetahui maksud kehidupan ini dlam diri awak.

bagi saya setiap orang ade maksud yang tersendiri dalam mendefinasikan hidup dalam diri mereka sendiri dan setiap satunya sangat berlainan dari yang lain.tapi kadang kadang saya rasakan yang saya tidak layak sebenarnya untuk berkawan dengan awak.tak tahu kenapa saya rasa macam tu sehinggalah ke saat ini saya masih merasakan yang awak lebih layak berkawan dengan mereka yang lain.maaflah sekiranya awak rasa saya membandingkan diri saya dengan orang sekitar awak.

tapi itu yang membuatkan saya rasa,saya perlu untuk mengubah diri saya kepada yang lebih baik supaya saya rasa saya layak untuk berkawan dengan awak untuk selamanya.terima kasih kerana mengingatkan diri saya yang tidak sempurna ini untuk terus membaiki diri saya ke arah yang lebih baik dari semalam.saya senang berkawan dengan awak.terima kasih.

No comments:

Post a Comment