ade satu insident ni,kelmarin la.berlaku la pasal semua motor tumbang kerana dilanggar kereta vios warna hitam.memang barai semua ar motor semua yang tumbang tu.kejadian berlaku kira-kira jam 2.40 pagi.semua kelam kabut ar tengok ape yang jadi sebab bunyi kuat kot.then tengok je kereta tu da bla.Ba'a juga la yang kejar kereta tu.Ba'a kata dia kenal no plate kereta tu.selalu lalu depan asrama ni.
ketika insident itu berlaku,kat dalam asrama ini juga mempunyai insident yang tersendiri ketika berlakunya insident diluar asrama itu.apa lagi kalau bukan aktiviti paranormal.time tu panjang ade la kat bawah tolong ubat orang la kononnya.
lepas semua da jatuh semuanya,pada keesokkan harinya,panjang buka cerita panjang lebar yang bahawa pada malam itu,benda halus(kononnya mak ngah ade bela la) yang mak ngah jaga itu mengamok sebab tak bagi makan jadi benda halus itu buat hal dengan menolak tumbang motor motor yang ada didepan asrama tu.
aku pun terkejut dengar benda ni dari zariss sebab time tu aku tido.diorang cakap pasal semua ni la.aku just dengar dari zariss je.rasa nak lempang pun ada.tak pepasal pagi semalam Mak Ngah kena panggil dengan pengarah bertanya pasal benda ni semata-mata kerana panjang yang cakap macam tu.aku memang macam tak boleh nak terima la.takkan la kalau benda itu tak bagi makan pun,of course la benda tu kacau tuan dia je.takde nak kacau orang lain.
then ape jadi dengan apa yang Ba'a cakap kan?kereta vios hitam yang langgar?warden pun bengap gak.percaya bulat bulat ape yang panjang cakap.si panjang ni da la suka mengarut je memanjang.aku pun tak paham la.benda boleh difikir dengan akal fikiran dan waras kerana ade saksi yang mengatakan ade sebuah kereta melanggar motor.bukan motor itu jatuh sendiri.itu pun tak paham ke?
tak pepasal Mak Ngah dapat nama buruk kerana panjang.tak pepasal juga maruah Mak Ngah yang selama ini mengajar lebih 10 tahun di KPTM ini dalam silat,dikotori macam tu je.kalau betul la Mak Ngah ade bela benda alah tu,kenapa mesti berlaku sekarang?kenapa tidak berlaku dalam jangka masa 10 tahun yang lalu?tak pelik ke?nampak sangat bohong gile cerita panjang.pengarah pun percaya je bulat bulat.nak kata muda,da tua.nak kata tak pandai fikir,jadi pengarah.aku pun pening ar dengan mereka semua ni.semua nak ambil mudah tanpa siasat.tak pepasal menjatuhkan maruah orang macam tu je semata-mata kerana cerita mengarut.
No comments:
Post a Comment