Thursday, December 9, 2010

sedikit review

huh...sangat terasa dan sangat terasa ruginyaalaaahhhh.dan aku baroo tahu bahawa wayang pada hari rabu bernilai RM9.00.damn!aku ingatkan dalam RM7.00 atau RM8.00.but RM9.00??what the heck weyh??rabu kot?mentang mentang laaaaa sekarang ngah cuti sekolah.suka hati mak bapak diorang je nak harga untuk hari rabu.tambahan lagi barang da naik,tapi diorang takde hak pon nak naikkan tiket harga wayang ni pada hari rabu.memang mencekik darah betul la diorang ni.semua nak naik harga.DUIT PTPTN tak naik pon =.="


baik abaikan di atas.takde kaitan pon dengan topic ini.ahahaha.ok entry kali ini aku nak bagi sedikit review dari cerita NGANGKUNG.mesti korang tertanya tanya apa conclusi yang boleh aku buat berdasarkan cerita melayu yang satu dan paling terbaru di lancarkan dimalaysia kan?kan?kan?tak nak dengar pon kena dengar gak sebab anda di blog saya.jadi no excuse

baik mari kita mulakan persidangan hari ini.erk hurm *betulkan microphone* alhamdulillah kerana masih diberikan kesempatan untuk saya memberi sepatah dua kata untuk filem NGANGKUNG ini.baik saya nak bagitaw yang cerita ngangkung ni berdasarkan pemerhatian saya sebagai salah seorang peminat filem tempatan/luar negara,saya berpendapat bahawa cerita melayu sekarang ini kan boleh saya katakan semuanya sama lah kalau bab cerita komedi/drama.jalan cerita semua sama je.lawak yang da banyak kali dipamerkan dikaca tv di kitar semula dalam cerita ini.

maksud saya,idea nak melawak tu da takde sampaikan perlu mengitar semula lawak lawak yang lama diterapkan dalam filem ini.terus terang saya katakan,dalam panggung wayang tadi,saya memang tak terhibur pon menonton.dan saya rasa macam rugi je sebab da macam tahu da lawak apa yang ingin ditonjolkan sebab semua lawak hampir sama je.bukan saya nak kutuk ke ape ke tapi setakat bagi comment skit je la pasal industri komedi ditanah air kita.


dari segi drama pula,ending mesti sedih.mesti ke pangkuan keluarga.memang tak lari la adengan sedih menjadi  kegemaran sebagai penutup bagi drama.itu sebagai nilai murni la yang pelakon utama sudah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.memang tidak dinafikan.tapi cubalah bagi cara ending tu berlainan skit sebab da boleh baca da last last tu macam mana.cuba tengok macam filem sepi.ending dia memang orang tak terfikir kenapa banyak cerita dalam satu filem.rupanya dia nak gabungkan kesemua filem itu menjadi satu untuk penutup.bukan ke itu menarik dan lain dari yang lain?bukan nak kutuk industri kita,tapi cuba untuk membangkitkan idea idea yang orang langsung tak boleh dijangka oleh penonton.

lagi satu,kalau anda perasan lah kan,orang melayu,dia suka sesuatu yang berulang kali.contohnya macam cerita allahyarham P.Ramlee.kita da tahu dah semua jalan cerita dan lawak yang akan ditonjolkan.tapi kita still akan gelak walaupun kita da tahu macam mana lawak itu ditonjolkan.sama juga macam dalam panggung wayang tadi.kebanyakkan lawak tu saya rasa ramai penonton tahu,tapi mereka still gelak.tak taw kenapa.bukan ke kalau da selalu ulang,manusia itu akan merasa bosan?





tak perlu nak ambik contoh jauh laaa.ambil contoh ayah saya je cukup lah.beliau sangat suka menonton cerita hindustan/bollywood,national geography,wrestling dan cerita Allahyarham P.Ramlee.ok saya tak nak cerita semua,saya cerita satu je,iaitu hindustan.ok ayah saya sangat meminati cerita hindustan,setiap hari setiap masa dia tonton hindustan kat channel ZEE di ASTRO.ok walaupon cerita hindustan itu telah pon ditonton,kalau diberi ulangan 20 kali,20 kali itu juga la dia tengok cerita yang sama.saya pon agak pelik dengan ayah saya.pastuh saya tak tahu apa yang beliau faham dengan cerita hindustan yang takde subtitle di bawah pon dia boleh gelak ketawa semua macam seolah olah dia faham setiap bait bait yang dikatakan oleh pelakon bollywood itu.SUNGGUH saya merasa PELIK dengan BELIAU.saya sendiri tak paham.hahaha.

kalau anda perasan lah kan,ini bukan sikit tapi da berbukit da review ini.ahaha.jangan marah sebab anda telah diperdaya.ahahaha =p

No comments:

Post a Comment