perasaanku untukmu,ingatanku untukmu,keresahanku jua untukmu,namun sayangnya...dirimu tidak tahu.aku meniti hari dengan harapan,meniti ungkapan darimu,akhirnya,terlafaz jua sebaris ayat dari celah bibirmu dan bibirku,namun,sayangnya...segalanya sudah terlewat aku sudah dimiliki,begitu juga dirimu,jadi dengarlah bisikan dariku,cintamu milikku...namun dirimu bukan milikku.
-jiwa seorang perindu-
dari dia untuk dia
izinkan aku untuk berbicara,bertutur dari sebuah emosi,melaksanakan,perintah sekeping hati,meronta untuk kebebasan hak mutlak,izinkan aku untuk berbicara,berkata-kata melalui tulisan,mengalunkan kata-kata bait puisi,meriangkan hati yang berduka,ketahuilah puisi ini untuk dirimu,kupersembahkan sebuah kisah untuk dikongsi,cinta para puisi yang dimamah usia,dihiasi arus zaman yang berlagu syahdu.
-jiwa sang pencinta-
dari dia untuk si dia
tersebutlah sebuah kisah percintaan daripada ungkapan 2 buah puisi yang tercipta 3 tahun dahulu kala.ok untuk pengetahuan para pembaca,mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin ada yang belum tahu puisi ini dicipta 3 tahun yang dulu.iaitu pada tahun 2007.haaaaaaaaaa.seperti yang pembaca ketahui dan membaca puisi diatas,puisi pertama telah pon menceritakan kisah kisah duka dari pihak perempuan dan memang mudah untuk para pembaca memahami puisi itu.kalau tak paham,mari saya jelaskan dengan lebih pendek lagi.dalam erti kata lain dua orang yang berlainan jantina yang menyukai satu sama lain tapi,dipisahkan kerana tidak memahami situasi sesame sendiri yang membuatkan mereka beralih angin tanpa berbicara satu sama lain.erti kata lain,dua dua tak reti nak baca hint yang diberikan.hahaha.
untuk second puisi pula ialah jawapan dari pihak lelaki yang mengatakan bahawa dia tidak pandai untuk melontarkan kata-kata indah tapi dia boleh mengalunkan kata-kata indah melalui tulisannya.biar pun sudah terlewat untuk memberitahu apa yang sebenarnya,namun perasaan dia terhadap perempuan itu takkan berubah biarpun perkara ini telah ditelan dek arus zaman yang berlagu syahdu,tapi dia takkan lupa apa yang telah terjadi kerana bagi dia,perasaan ini hanya untuk dimiliki oleh perempuan itu.
hahaha.tah ape aku melalut menceritakan kisah lalu plak.hahaha.memalam buang tebiat ye iskandar.ape nak jadi la budak sorang ni.hahahaha.entahlah.aku pon tak tahu tetiba aku teringin melihat gambar gambar aku dengan dia dulu sewaktu kawat peringkat daerah dulu.hahahaha.
awak,saya rindu awak ♥
photo yang diupload disini adalah tontonan ekskusif untuk kali kedua,gambar yang sama juga aku upload.kalau para pembaca mengikuti blog ini dari awal dulu,mesti korang pernah perasan aku pernah tulis entry untuk gambar ini.hehe.kalau nak cari tu,selamat mencari lah ye.tapi aku tahu,korang semua malas.hahahaha =p
No comments:
Post a Comment