Saturday, June 12, 2010

kosong


erm.hari ni birthday aku.tapi mood aku takde.aku pun tak tahu kenape.semua aku tak tahu kenape.kenape mood aku takde,kenape aku da macam dah tak nak perdulikan lagi semua ini.member ajak keluar pun aku da malas nak keluar.haih...ape nak buat.harijadi aku pun keadaan sekitar maca memahami keadaan aku yang sebenarnya.

sunyi sepi.mendung.dan kemudiannya hujan.ye.alam sekitar kadang kala mengikuti mood seseorang.da banyak kali aku alami berkaitan dengan mood aku yang mengubah cuaca.selalunya kalau aku down sangat sangat,mesti hujan lebat.tak pernah aku down,tapi hari cerah je.haih.

aku pon tak tahu apa yang aku kenangkan sehingga aku menjadi macam ni.ye aku tahu,kenangan itu memainkan peranan yang penting dalam mendidik kita untuk menjadi matang dalam hidup ini.tapi...aku tak tahu apa yang aku kenangkan sehingga aku langsung tak ada mood sejak kebelakangan ni.aku asyik dengan diri aku yang sunyi.

yeah.apa yang aku tonjolkan dalam FACEBOOK itu semuanya palsu.ketawa.senyuman.semuanya palsu.keadaan sebenarnya ialah aku takde mood langsung untuk ape-ape pun.tapi,demi orang sekeliling aku,aku cuba untuk sembunyikan apa yang aku alami.aku cuba menjadi seceria yang boleyh untuk menutupi sebuah lubang kesepian.

aku tak tahu apa yang aku fikirkan.aku cuma tahu,aku tiada mood untuk segala-galanya biarpun pada hari lahir aku sendiri,aku takde mood untuk meraikannya walaupun itu adalah saat saat yang aku nantikan dalam tahun ini,tapi kini semuanya aku tidak perdulik dengan hari lahir aku sendiri.

aku terasa yang diri aku ni takde pape di atas muka bumi ini.lebih tepat lagi "kosong".aku terasa diri aku kosong untuk sekian lamanya.diri aku tak pernah ade ape-ape melainkan kosong.maafkan aku teman.aku hanya seorang manusia yang hidup tanpa cahaya.

aku tahu kawan itu memainkan peranan yang penting dalam hidup aku,tapi aku tak tahu kenape aku lebih selesa menyendiri dan terperap dalam dunia aku sendiri.aku lebih suka bersendirian daripada bersama teman teman di sekeliling aku.maafkan aku sekiranya kebenaran ini merobek setiap hati orang yang mengasihi dan percayakan aku.

ini adalah diri aku yang sebenar.suka bersendirian.umpama sekuntum bunga yang berada di padang pasir yang luas.oh.teruknya hidup seperti aku.alangkah bagusnya hidup aku seperti matahari.sentiasa ditemani awan yang setia menemani sehingga senja.

No comments:

Post a Comment