hurmmmmm.mood pasrah plak ari nih.gara gara kerana sebuah topic,aku menjadi kejam.huh.entah la apesal.after all its just a topic.kenape aku perlu menentang habis habisan.tak ke mana pun kalau aku ngaku.kalau aku ngaku lebih awal,takde la end up like this.
aku menbeza bezakan status.memang tak patut.yes i admit that i was wrong and sorry for being too serious about that.memang aku tak patut buat macam tu.apesalahnya kalau aku ngaku je.habis citer.takde la nak buat essei panjang berjela.
aku pun tak taw la.diri aku rasa macam pantang dicabar.terutama kalau bab bab debat.adoi hai...mungkin sebab aku ni di alam remaja lagi.jadi darah muda aku mudah nak mengelegak kalau di cabar.entah laaahh.aku tak rasa pun macam tu sebelum ni.
maybe hormon dalam badan aku da mula berubah berfaktorkan usia dan keadaan persekitaran tambahan lagi dok rumah je memanjang selama sebulan setengah.major faktornya ialah tension.rasanya lah.entah.aku pun tak pasti.
aku asyik tak pasti je dengan diri aku kebelakangan nih.sering mengalami self comfident.lebih lebih lagi mereka sering memberi pressure membuatkan aku bertindak kejam dengan mengeluarkan kata-kata setajam pisau.
kesal betul aku dengan diri aku ni.haih.da buat baroo nak menyesal tak sudah.orang mude memang macam tu leee.ske buat tanpa berpikir panjang.benci betul aku macam ni.dulu takde pun.rilek cool je.mengalah je selalu.sekarang takde.mesti menang.
aku pun tak paham.ape maksud menang dalam erti kata sebenar.mungkin ke sebab aku ni da terlalu didik dengan cikgu supaya menang dalam perbahasan dulu?entah.tak pasti.lihat lah,tak pasti lagi.ape kene dengan diri aku ni.
menang.aku sendiri konfius.padahal aku da belajar kat PLKN dulu.menang ke kalah,tak penting yang penting,hubungan silaturahim dapat dieratkan.tapi entah lah.aku sendiri mengejar kemenangan semata-mata sehingga aku rasa yang aku da buat dosa dngan orang sekeliling aku.
beratnya lah rasa bersalah aku.tak tertanggung aku nak menanggung rasa bersalah aku terhadap mereka.
mulai hari ini,tiada lagi erti menang dalam hidup aku lagi.apa gunanya menang kalau menang itu mengugat hubungan yang dibina.bagi aku hubungan lebih penting dari segalanya.aku nak minta maaf seikhlas hati la sekiranya orang berkenaan membaca blog aku ni.
aku minta maaf sesangat.adakalanya aku ni,melampau batas.ye aku sedar yang kadang kala aku terlalu mengikot nafsu tension aku.dan aku sedar yang pada usia begini aku cepat berasa radang kalau hati aku tak puas.aku minta maaf lah kerana hati yang tidak puas ini aku bersikap kejam.siapalah aku untuk mengungkap kata-kata setajam pisau di muka kawan aku semata-mata kerana perkataan MENANG.memang aku tak patut buat macam tu.tapi entah lah.aku tak pasti kenape.hurm...maafkan aku ye kawan.aku akan cuba lebih menghargai dan menghormati kau selepas ini.maafkan aku jika aku sudah tidak banyak bersuara lagi seperti dulu.berdiam itu lebih baik dari berkata-kata kerana jika tersalah kata,kata itu akan menelan tuan nya seperti orang yang tidak tahu menghayun pedang.jadi maafkan aku sekiranya dah tak rasa seronok lagi dengan aku.
No comments:
Post a Comment