erk hurm.di pagi hari raya,aku termenung sendirian.aku kerap terfikir apa yang telah berlaku saban hari di bulan syawal yang lalu.aku akui hari raya pertama pada tahun ini aku rasa kurang kemeriahan.yelah.tahun ni aku tak balik kampung.beraya kat bandar je.ramai yang balik kampung.so nak keluar memana macam bosan ar sebab sorang sorang je pada hari yang mulia ini.
jadi aku decide untuk tidak keluar hari ini kerana aku ingin meluangkan masa untuk diri aku sendiri kerana hari ini terlalu lapang untuk aku bersendirian.lagi lagi da tak puasa kan?so boley la makan bebila masa aku nak.takde lah aku tertahan tahan lapar untuk menunggu berbuka seperti hari hari yang sebelum ni.
hari ini apa je yang aku buat ye?aku tak buat ape pun kot?dok lepak kat rumah online,main game download movie.makan lemang,ketupat 3 segi dan nasi impit.serunding,rendang dan kuah lodeh ja ada.gambar?family aku bkanlah suka sangat bergambar.jadi agak susah nak bergambar.kalau aku yang obsess nak tangkap gambar,mula lah abg abg aku perli cakap poyo semua itu pun nak tangkap.biasalah.tak pernah nak tangkap gambar memacam tu yang kena perli.tunggu la aku beli camera nanti.haha.
pagi raya aku sudah tidak semeriah dulu kala.kali ini beraya tanpa ayah disisi kerana ayah balik kampung sorang...abg yang 1st kerja abg yang 2nd keluar.jadi di rumah cuma ada aku dan mak aku sahaja.terasa sunyi sepi rumah ini.tak seperti dulu.ada saja sanak saudara datang beraya semua.tahun ni...aku tak rasa yang aku akan kecapi nikmat itu lagi sebab cuti hanya tinggal lagi seminggu.diorang kalau nak datang pun mesti pertengahan bulan syawal.tak pun suku akhir bulan syawal.
haih...rindu betul nak macam pagi raya yang dulu time aku kecik kecik.memang meriah.mak sibuk masak rendang,kari dan lodeh.tak tido seharian.aku yang ketika itu masih kecil duduk perhatikan je apa yang mak aku buat.abg aku semua tido la ape lagi.ayah aku pun tido juga sebab nak drive.begitu besar pengorbanan seorang ibu terhadap keluarga ketika menjelangnya bulan syawal.
time aku kecik kecik dulu juga lah aku selalu main mercun kat kampung.macam macam mercun ada.sebut jaa.semua aku belasah.pantang pakcik pakcik aku bawak balik mercun,habis semua aku main dengan sepupu dan anak buah aku yang time tu aku kecik lagi la.bebudak smua tu ada yang sebaya aku ada yang lagi tua skit dan ada yang tua.same same main mercun.best gila beb.hahaha.
tapi...sekarang da tak macam tu da.semuanya itu hanya kenangan saja.semua da besar,memang semua segan ar nak main macam dulu.kejar sana lari situ sini.macam macam.terlalu banyak kenangan semasa di hari raya.aku bersyukur gila aku masih lagi dapat bertemu dengan bulan syawal walaupun keadaannya tidak seperti dulu.tapi aku masih boleh bernafas di hari kemenangan umat islam setelah berjaya menahan gelodak nafsu yang liar.
tapi aku sedih juga lah atas pemergian bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan peristiwa peribadi yang menimpa diri.memang bulan ramadhan itu terlalu berkat.bulan yang menguji kesabaran dalam mendidik nafsu,,anggota badan,hati dan rohani.bulan ramadhan ini jugalah yang paling banyak peristiwa berlaku.cuma aku je yang tak tulis kat blog.apa yang aku tulis semuanya emosi ketika berlakunya peristiwa yang terbabit.
hurm...entahlah.aku harap apa yang berlaku mematangkan diri aku dalam berfikir dan perilaku pada masa hadapan.pagi pagi raya lagi aku da muhasabah diri aku sampai lah ke petang aku lepak kat bilik.aku harap muhasabah aku dapat menginsafkan diri aku daripada melakukan perbuatan yang sama lagi.
erm...
No comments:
Post a Comment