Saturday, September 25, 2010

meeting





erk hurm hurm hurm.errrr lama plak tak update blog ini.starting last week takde masa untuk meng up to date kan blog ini kerana ketiadaan masa untuk meng up to date kan.ok disini nak update je kronologi yang berlagu sepanjang minggu lepas secara ringkasan ajaa.hahaha

baroo sampai dari medan gopeng sudah ade meeting yang menanti yang memanggil aku untuk turun ke pejabat.bayangkan tengah penat tak rest pape lagi da ade meeting kul 11 malam.memang gile ar kan.sampai dalam hostel dalam kul 8.30 malam.hari ahad.lepak lepak makan semua tup tup da pukul 11 turun g meeting.meeting pasal budak asrama la.bagi surat layang la ape la semuanya sampai ke rektor dan pejabat HQ.jadi aku yang takde kena mengena ni pun kena seret tak pepasal.hadoi.

esoknya pukul 10.30 ade meeting dengan pengarah tentang meeting semalam tu la.surat layang ape kejadah semua tu la.dia nak selesaikan masalah apa yang tidak puas hati  dengan pihak kolej semua.dia terangkan satu persatu yang tak brapa nak terang sangat.aku da malas nak tanya soalan pape.sebab bagi aku da takde kena mengena da dengan aku sebab next sem aku da dok luar.so takde la nak pikir sangat pasal dorm kemudahan dorm semua.so senyap je la dalam meeting tu.kerja plak semua bagi minggu ni semua nak minggu ni.memang jam ar nak selesaikan semua en.hadoi

then hari selasa dapat sms yang aku akan pergi meeting lagi sekali berjumpa dengan rektor pula pada hari khamis pukul 8.15 pagi.aku da jam.jumpa rektor plak daaaa.ape kes ni.full plak schedule aku minggu ni.hari selasa gak la aku dapat sms lagi bahawa rabu ni da ade majlis anugerah dekan.time tu plak memang ade kat HEP nak tuntut sijil prostar aku.last last adik aku da angkat time break tadi.ceyh.tak habaq kat aku pun.penat je aku bakar lemak aku untuk ke HEP dari pent house.hahaha.macam mana aku nak selesaikan semua assignment yang perlu dihantar pada hari jumaat ni?mampus.langgar je ar.curi masa untuk siapkan segala assignment yang perlu.bagi aku tiada alasan untuk tidak siapkan semuanya dalam masa yang ditetapkan kerana masa itu amat banyak kalau tidak diisikan dengan tidur jee memanjang.jadi berjaga lah bila perlu.insya~Allah semuanya akan siap dalam masa yang ditetapkan

hari rabu plak majlis anugerah dekan yang telah dijemput dengan hanya menggunakan SMS sahaja.hahaha.hampeyh jee.jemput pakai SMS je.malam tu agak kusut juga minda aku kerana memikirkan bila aku nak siapkan assignment aku?majlis dekan ni macam kacau masa aku untuk aku rush siapkan assignment aku.hadoi.tak datang kang kena compaun tak pepasal.tak datang majlis je kena compaun.korang pikir ar macam mana kolej aku.hahahaha.tak datang majlis anugerah dekan kena compaun.hahaha.hebat sungguh kolej aku ini.ahaha.then muka ketat je la aku kat majlis dekan tu sebab memikirkan masa yang agak mencemburui aku semata-mata untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan.

jadi ari khamis ade meeting dengan rektor sampai pukul 11.dia bagi ceramah la sebagai pemimpin dan sebagainya.teruk dia perli MPP dengan tuan pengarah.comfirm panas je kena.aku dalam tu pun da tersenguk senguk nak tido sebab tak tido buat assignment.cis.lepas habis je meeting dengan rektor,aku jadi segar.pelik je.ahahahaha.kelakar.ape nak jadi ar dengan aku ni.hahaha.then hari khamis sampai la jumaat aku bertungkus lumus buat semuanya.

jumaat;semua selesai.semua yang perlu dihantar telah dihantar melainkan final projek PM.tak sempat nak binding sebab print kat library buat hal plak.aku da author semua da cantik da.print kat situ dia jadi balik font yang berbeza.hadoi.kena priint lagi.sekali print dalam RM5.00 mana tak nya 25 keping.ahahaha.so kena tolak markah 1 je sebab antar next week.tapi 1 pun markah gaak.hadoi.ape boleh buat.yang lain semua da selesai kira alhamdulillah juga lah.heeeeee

sekian itu sahaja.hahahahaha.kelakar time nak terima sijil prostar tu.amad buat protokal.ngek.hahahaha.

Monday, September 20, 2010

irritating

its just irritating.cant help with it huh.darn it.my head is spining.

Sunday, September 19, 2010

its just another matter with facts

dont you get it?it doesnt matter who i am.it does matter what i'm willing to sacrifice for you.you just dont get it do you?all you know is follow your own big dumb brain and being selfish about this matter.after for a long time,you still didnt appreciate what people done for you.i dont know when are you gonna realise about that coz people all around you is starting to change someday.i know you will said " I DONT CARE ABOUT IT ALL" but they all care about you.you just dont realise about that yet.what goes around comes around.the situation wont be the same for a long time.its gotta be changing someday.i hope you realise it early before its too late.

Thursday, September 16, 2010

Dear MR.Happiness



Dearest MR Happiness


You know the reason why i wrote this entry is because i want to let you know that i'm searching you everywhere that you could be because i do need you in my life.i feel like my whole life in this year is empty without you.i'm very envy with others seeing them being happy of all the time.i wish i could be just like them to feel the happiness always in my life.i wish i could have a better life.

my life starting to be worst when you disappear from the begining of this year.i wonder why are you disappearing in this whole year.i keep on searching and keep on looking for you every each day.you came to the others but not me.may i know why?because i'm really tired to pretend that everything is okay but the fact it is not.

Dear MR.Happiness.

everything become worst and worst day by day since you left me.i keep on feeling down day by day.i know you know everything about it.but,where are you?do i make any critical mistake until you left me?i'm sorry if i had done anything wrong to you.i'm just a human being where i couldn't run from making any mistake.i'm sorry.

please oh please MR.Happiness,i'm tired for all of this.please come to me to make me feel better about all of this.i miss the momment where we can cherish all of the moment when you're inside me.i miss everything about you.without you,there is no light inside my world.i'm blind without you.

people may saw me that i'm happy all the time but,deeply inside me,you know its empty.only you can fill in this empty slot.i'm tired of faking all my action.i'm tired of faking my smiles every each day.i wonder when can you be inside of me so that i can smile for real.

since you left my life.my life wouldn't feel better without you.every each day i'm thinking about you.i miss you a lot.you make me feel uneasy to sleep all the night.you make me cry whenever i'm alone.you make me think only you but not others.i wonder why is it happen in my life.

i know you gonna read this.this entry is specially dedicated for you because i'm tired of hiding the fact that i'm not okay and pretending to be okay.i wish you could know how much you mean to me.i'm lost without you.please let me meet you once again to light up my dark days.i hope,you gonna let me find you in the rest of this year and you will be a part of my life again.i miss you.

sincere
person who lost of happiness.

Saturday, September 11, 2010

pagi raya

erk hurm.di pagi hari raya,aku termenung sendirian.aku kerap terfikir apa yang telah berlaku saban hari di bulan syawal yang lalu.aku akui hari raya pertama pada tahun ini aku rasa kurang kemeriahan.yelah.tahun ni aku tak balik kampung.beraya kat bandar je.ramai yang balik kampung.so nak keluar memana macam bosan ar sebab sorang sorang je pada hari yang mulia ini.

jadi aku decide untuk tidak keluar hari ini kerana aku ingin meluangkan masa untuk diri aku sendiri kerana hari ini terlalu lapang untuk aku bersendirian.lagi lagi da tak puasa kan?so boley la makan bebila masa aku nak.takde lah aku tertahan tahan lapar untuk menunggu berbuka seperti hari hari yang sebelum ni.

hari ini apa je yang aku buat ye?aku tak buat ape pun kot?dok lepak kat rumah online,main game download movie.makan lemang,ketupat 3 segi dan nasi impit.serunding,rendang dan kuah lodeh ja ada.gambar?family aku bkanlah suka sangat bergambar.jadi agak susah nak bergambar.kalau aku yang obsess nak tangkap gambar,mula lah abg abg aku perli cakap poyo semua itu pun nak tangkap.biasalah.tak pernah nak tangkap gambar memacam tu yang kena perli.tunggu la aku beli camera nanti.haha.

pagi raya aku sudah tidak semeriah dulu kala.kali ini beraya tanpa ayah disisi kerana ayah balik kampung sorang...abg yang 1st kerja abg yang 2nd keluar.jadi di rumah cuma ada aku dan mak aku sahaja.terasa sunyi sepi rumah ini.tak seperti dulu.ada saja sanak saudara datang beraya semua.tahun ni...aku tak rasa yang aku akan kecapi nikmat itu lagi sebab cuti hanya tinggal lagi seminggu.diorang kalau nak datang pun mesti pertengahan bulan syawal.tak pun suku akhir bulan syawal.

haih...rindu betul nak macam pagi raya yang dulu time aku kecik kecik.memang meriah.mak sibuk masak rendang,kari dan lodeh.tak tido seharian.aku yang ketika itu masih kecil duduk perhatikan je apa yang mak aku buat.abg aku semua tido la ape lagi.ayah aku pun tido juga sebab nak drive.begitu besar pengorbanan seorang ibu terhadap keluarga ketika menjelangnya bulan syawal.

time aku kecik kecik dulu juga lah aku selalu main mercun kat kampung.macam macam mercun ada.sebut jaa.semua aku belasah.pantang pakcik pakcik aku bawak balik mercun,habis semua aku main dengan sepupu dan anak buah aku yang time tu aku kecik lagi la.bebudak smua tu ada yang sebaya aku ada yang lagi tua skit dan ada yang tua.same same main mercun.best gila beb.hahaha.

tapi...sekarang da tak macam tu da.semuanya itu hanya kenangan saja.semua da besar,memang semua segan ar nak main macam dulu.kejar sana lari situ sini.macam macam.terlalu banyak kenangan semasa di hari raya.aku bersyukur gila aku masih lagi dapat bertemu dengan bulan syawal walaupun keadaannya tidak seperti dulu.tapi aku masih boleh bernafas di hari kemenangan umat islam setelah berjaya menahan gelodak nafsu yang liar.

tapi aku sedih juga lah atas pemergian bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan peristiwa peribadi yang menimpa diri.memang bulan ramadhan itu terlalu berkat.bulan yang menguji kesabaran dalam mendidik nafsu,,anggota badan,hati dan rohani.bulan ramadhan ini jugalah yang paling banyak peristiwa berlaku.cuma aku je yang tak tulis kat blog.apa yang aku tulis semuanya emosi ketika berlakunya peristiwa yang terbabit.

hurm...entahlah.aku harap apa yang berlaku mematangkan diri aku dalam berfikir dan perilaku pada masa hadapan.pagi pagi raya lagi aku da muhasabah diri aku sampai lah ke petang aku lepak kat bilik.aku harap muhasabah aku dapat menginsafkan diri aku daripada melakukan perbuatan yang sama lagi.

erm...

Friday, September 10, 2010

raya riang cornflakes.haha

hooooohhhhhhohhhhhh oh oh oh hey.testing testing testing.wekekeke.saje je tulis tajuk entry macam tu.takde kaitan pun dengan cornflakes.hahahaha.maaf lah ye kalau da lama tak update blog ni semenjak hampir seminggu yang lalu.heeeeee.tup tap tup tap esok da nak raya.hehehe.best bost bist.hahaha.entry ni kira marathon la.kisah untuk beberapa hari yang lalu akan aku pendekkan untuk tatapan pembaca blog sekalian.

ok bermula pada hari terakhir exam iaitu IDB dan Statistic.memang terbaik.tah ape aku merepek tah dalam kertas tu.ahahaha.rilek jaa tunggu lepas cuti untuk tengok resultnya.hahaha.

ok sepanjang hari start dari hari isnin dengan selasa,aku keluar merayap ke sunway pyramid.2 kali keluar,dua kali date.hahahaha.cun tak?memang pyramid tu muka aku jelah..takde muka lain.lain kali nak datang aku nak pakai plastik tutup muka.biar orang tak kenal.hebat tak?ok tak hebat.aku tahu.

isnin keluar dengan adikku sofea.dia suruh teman dia keluar jenjalan sebab dia tension kat rumah yela dia nak PMR so agak tension la.dia sebenarnya nak ajak pakwe dia keluar.tapi tapi kan kan kan kan.pakwe dia tak bleyh keluar.sebab dia tolong mak dia.hah itulah anak yang baik.hehehe.bertuah lah adik sofea dapat dia.dia tolong mak dia buat kuih.giler babas ar.hahaha.

belanja dia tengok movie vampire sucks.aku kalau tak nak tengk citer piranha tapi 18 ke atas.risau budak sorang ni tak lepas je nak masuk,kang rugi lah.kena tukar tiket.hadoi.hahaha.aku ambik single sit.then bila masuk,da ade orang duduk kat sit aku.aku tengok kat tengah tu takde orang pun.tapi couple sit.pergh.tak boleh bla ar diorang ni.ahahaha.duduk je la situ.huggie huggie.ahahaha.ok gurau ja.duduk concentrate kat movie jaa.adik sofea memang khusyuk.hahaha.aku plak attention hilang.sebab jalan cerita ambik dari twilight.so jalan cerita da tahu,agak boring ar.sebab dia cuma tambah aksi komedi je.itu yang membusankan aku untuk tengok.

petang tu berbuka dengan rakan sekerja aku.permenant kat tempat aku kerja lah.diorang ajak aku berbuka tapi time tu adik sofea da balik da atas hal yang tertentu.so diorang ajak g makan kat kenny rogers.ni second time aku makan kat kenny rogers dalam hidup aku.first time aku darjah 4.hahaha.hebat tak.2 kali je dalam hidp aku.ahahaha.ambik 1/4 meal set.3 side dish include.ambik makaroni cheese,mash potato dengan aromatic rice.gambar?takde.malas nak ambik.ahaha.air ice lemon tea.fav aku.ahaha.semua sekali total RM24.00 dan bagi aku tidak berbaloi sebab aku tidak kenyang.mereka semua kenyang.ape ni?tak adil.hahaha.aku tau aku nak diet,tapi time berbuka aku sering terlalu kenyang sebab kuantiti yang aku beli itu amat banyak walaupun hanya RM2.00 di pasar ramadhan.so tak boleh nak buat ape.kalau nak buang,membazir.baik aku habiskan.so conclusinya,perutku makin membesar.hahahahahaha

keesokkan harinya,tengah hari keluar pergi pyramid pula.kali ini date dalam group.semua laki ok.ahaha.jangan pikir lain ye.hahaha.diorang pergi tengok piranha.aku tak datang lagi.malas nak datang awal.then jumpa lepak lepak kat J.Co donut kat luar.tak makan ok.masih lagi berpuasa.ahahaha.pukul 4.30 petang aku jumpa dengan member aku iaitu rakan sekerja aku juga dulu tapi dia masuk lambat.umur dia 18 tahun.hahaha.seorang jejaka maskulin ye tapi nampak macam lembut skit.wakakakaka.jahat betul aku.ahaha.lupa.namanya shakir.

dia ajak aku teman dia beli barang.last last aku yang beli barang.tahun ni aku lansung tak pernah nak beli barang pape untuk diri aku selain kali ini.aku cuma beli sweater tanpa hud je.itulah satu satunya benda yang aku beli untuk tahun ini yang untuk berfesyen la.sweater ini pun biasa biasa ja.heeee.then berbuka lagi sekali dengan rakan rakan sekerja aku,kali ini di restorant thai thai.berhampiran dengan papa john dan disebelah kedai crocs.idea dari kak ita sendiri.dia kata murah.ambik 3 dish,sorang dalam RM15.00 hah.

tapi ceritanya begini.aku bajet kalau 3 dish seorang dalam RM15.00,aku ambik 4 dish.rice for 4 people to eat,water,ice lemon tea.jumlah kau tahu berapa?agak agak?hah mesti semuanya salah tapi satu je betul yang teka.iaitu aku sendiri.wakakaka.harganya adalah RM108.10 untuk 4 orang.giler tak giler restorant thai thai.memang lepas ni haram aku nak jejak kedai kau kalau aku keluar seorang.hahahaa.keluar dengan family takpe.

aku nak complain la skit pasal service dia.agak tak berbalaoi makan untuk harga RM108.10.serious.makanan dia sikit je.macam adik puteri aifaa cakap la kat restoran cheng ho.satu kepala RM50.00.gileee.family dia ade 5 orang.hah.RM250.00 untuk dinner.tapi makanan macam kat restoran biasa ja.memang tak berbaloi seyh.serious.haha.ok berbalik pada cerita.aku ingatkan banyak.tapi skit ja.baik RM108.10 tu makan piza lagi kenyang la kowt.sengei.hahaha.lepas itu aku belasah ice cream.nama ice cream tu vanila sundey.pergh ok la RM1.35 satu.hahaha.kedai baroo.wekekeke.lepas tu tak puas hati lagi,aku beli mcflurry cornetto.memang kali ini aku berpuas hati sebab dapat mcflurry cornetto.hahaha.sedap gila.rugi beb.fav.hahaha.ade la insident ketika membeli.ahahaha.malas nak citer.mengumpat orang ja.hahaha.

rabu dan khamis pula aku duduk umah ja.shakir ajak aku keluar hari rabu g mid.aku malas ar.asyik keluar duit jaa kopak aku.ahahaha.lepak kat rumah.bosan bosan aku download lee movie.so memanjang jela aku tengok movie.ahaha.then bosan.takde subtitle.hahaha.

abg aku perkenalkan aku dengan game online dia.Battle Of The Immortals,game online yang aku main sekarang.agak best gak ar walaupun graphic dia agak tidak memuaskan hati.tapi belasah jelah main.ngah bosan la katakan.COD yang aku ambik haritu pun da khatam kat asrama.dalam masa 1 malam ja da habis.hebat tak?ahahaha.ok tak nak bangga diri kang besar lobang idong.ahahaha.

ok itu jela yang sempat untuk aku berkongsi bersama dengan para kalian.ehehehe.oh lupa untuk mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kali yang ke 53.hah.tak lambat lagi en?ahahaha.

tidak lupa juga sempena menyambut kedatangan syawal ini aku lihat,ramai gak lah yang sibuk wish orang selamat hari raya aidilfitri kat dalam blog,FB,MS,TAGGED,FsTER dan sebagainya.aku malas nak buat gambar sebagaimana macam yang aku ditagged oleh mereka-mereka sekalian.terima kasih kawan sebab ingat kat aku.macam korang tahu,aku ni malas orangnya.ahaha.jadi tiada gambar untuk hari raya aidilfitri.ehehe.raya pun kat sunway ja.tak balik kampung.abg yang 1st dan 2nd kerja.hanya ayahku sahaja yang balik kampung.aku malas nak follow kalau ayah aku saja.

heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
terima lah pantun yang tak seberapa pantun ini ya

Kura kura berjalan lambat
Anak kera melompat-lompat
kad raya nak hantar tak tahu alamat
Guna SMS sudah tentu selamat

aku disini ingin memohon maaf dan ampun sekiranya ada tersalah kata dan kelaukan sebelum ini.aku hanya dapat memberikan secalit doa yang aku rasa bolehlah.orang lain dok sibuk bagi gambar,kad raya ucapan dan lain lain,jadi aku bagi secalit doa lah.khas untuk semua para muslimin muslimat yang masih ada dimuka bumi serta yang telah pergi menemui Illahi.

Ya Allah,di Aidilfitri yang mulia ini,KAU kasihi & muliakanlah saudara saudaraku ini.bahagiakanlah keluarganya,sihatkanlah tubuh badannya,berkatilah rezekinya,kuatkan imannya,berikanlah kenikmatan pada ibadahnya & jauhkanlah dirinya dari fitnah dunia.kepada mereka yang telah pergi menemui ENGKAU ,semoga ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh.Amin ya rabbal alamin.al-fatihah.

selamat hari raya aidilfitri semua =)

Friday, September 3, 2010

exam & datin



hei hei heiiiii lovey lovey ♥ hahaha.gilak sat.bangun pagi saja pukul 9 lebeyh.ingat nak bangun kul 11.tapi golek sana golek sini pun tak mau tido balik.aku bangun lepak lepak sat online.kul 11 aku start  baca IDTM.diorang kata pendek ja notanya.sekali tengok hambik kau.agak banyak gak aaa sampai animation.5 bab tu.giler sebu.hahaha.tak pa ku sahut cabaran.ahaha.

baca sampai kul 11.30 pagi je.da habis mentelaah sampai bab animation.tapi macam tak puas hati.sekejap giler.exam pukul 2.30 tapi baca 30 minit ja.pelik bin ajaib ja.ahahaha.then mentelaah lah sampai kul 12.15 tengah hari.pastuh mandi bersiap kejap.zaris semua kelam kabut siap tengok aku siap.zaris semua da siap semua da nak pakai baju kemeja je adek escobar tegur.kau awal awal nak siap ni nak g mana?baru pukul 12.45.zariss da kena tipu.ahahaha.dia iingatkan da pukul 1 lebeyh.ahaha.aku sempat lagi la main COD tengah hari tu sampai pukul 1.30 tengah hari.pergh gamble la jawabnya.ahahaha.giler ar.

masuk ja exam hall.berdetak jantung aku untuk buat sekian kalinya.kerana bab esei cam hampeyh jaaaa.hadoi.dia minta pasal colour model ape tah.tak baca langsung.time tu aku ingat DPM je.hentam tulis RGB,CYMK,HSB dan Black & White.pergh gila beng.hahaha.tak boleh bla belasah macam tu je.nak tulis L*a*b model,dalam IDTM takde plak.so leetak le Black & White.hahaha.hentam sudah.early submition aku keluar.haha.

yang tak oleh blah time buat exam tu,mad noh datang buat sport check rambut semua.nad kena,sabah kena,amirul kena,zariss kena ramai gak la kena sebab rambut.hahaha.kelakar ja nad kena.first lalu kat nad,dia stop dia tengok atas bawah then dia bla.da lepas satu pusingan.dia terus pergi meja nad,bagi surat cinta warna kuning.ahahaha.kelakar dow.ingatkan nad terlepas,rupanya kena juga.ahaha.

esok tiada exam.yeayyyyy =p

balik online sampai aku nak tertido da petang itu.then aku nak g mandi,nad kata dia ajak adik berbuka sekali nanti.aku macam shock seketika lah.eyh??berbuka dengan adik?haha.tak pernah terlintas plak aku nak berbuka dengan adik.ahaha.nad da ajak,aku da mengantuk tahap gaban.haha.mandi ar bersiap sebab macam aku kata,bukan selalu boleh berbuka puasa dengan mereka yang ku hargai.so pergilah demi merapatkan kembali hubungan silaturahim yang agak renggang sebab masing masing sangat sibuk dengan assignment dan project.sooooooooo agak terbatas gak lah untuk ber capap seperti dulu.lama la sangat sangat sudah tidak lepak macam dulu jadi gila.ahahaha.

kul 6.40 gerak dari hostel.sampai dalam kul 6.55 petang.hohoi.awal gila sampei.ahahaha.nad ar ni takut tempat takde.kalau ikotkan aku,aku nak gerak dalam kul 7.tapiiiiiii zaassttt sampai awal.ahahaha.lepak borak borak dengan nad untuk seketika sementara menunggu si adik datin ini sampei.hahaha.tidak lama selepas itu,muncul lah beliau beserta PA beliau iaitu kak wawa.hahahaha.kelakor.lepak dari pukul 7 lebeyh sampailah pukul 10.30 malam.gila lama.tu la lama sangat tak lepak.bila lepak hah hambik kau.tak sedar masa da lama sangat dok melepak situ.ahahaha.overall my treat juga kali ini sebab aku pernah cakap kat si datin suatu ketika dulu di shalam,dia ade belanja aku secara tiba tiba sebab nak balas dendam aku treat dia dulu.then kali ini baroo lah aku berkesempatan untuk membalas kembali.aku pernah kata yang aku akan belanja balik tak kira macam mana sekali pun.then tibalah hari ini.alhamdulillah.aku kotakan janjiku juga akhirnya.nikmatnya dapat kotakan janji heeee lovey lovey ♥

p/s:tunggu birthday kau ya.hahaha lovey lovey sungguh ! ♥

Thursday, September 2, 2010

pelik ja?




oh hooooooo~~~ exam di kala pagi yang agak memualkan kepala ini.aku rasa inilah rasa yang dikatakan dirasai seluruh pelajar yang akan menghadapi exam dikala musim peperiksaan melanda.tapi tak taw la kalau ada yang sebaliknya.heeeee masing masing mempunyai cara tersendiri en.hahaha.

tapi tapi tapi dan tapi.aku sendiri tak rasa seperti itu.sungguh!aku rasa macam rilek sangat je.macam santai.tak taw kenapa lah kan.maybe sebab kertas senang kot.awal awal paper DPM.aku pagi tu pukul 8 baroo start baca buku nota DPM.hahaha.early submition je,aku da keluar.hebat tak.tak sampai sejam baca buku DPM aku da boley jawab.berkat dari lecturer aku ar ni.ajar semua nota ringkas dan straight to the point saja.ahaha.best best.

then ingatkan nak balik tido.tapi tak jadi pula sebab nak ulangkaji PM plak.yana semua ajak lepak kat library untuk ulangkaji PM.aku pun on jela walaupun aku terasa mengantuk sesangat di pagi yang sejuk ini.hahaha.tapi macam apa yang aku baca semua macam da ade kat otak.tak taw ar.setiap kali kalau aku betul betul nak hafal,aku akan macam ada satu gambaran yang boleh  nampak semua maklumat yang aku nak hafal.macam peta la pula.tak taw ar.itu yang aku rasa ar.bila ada je rasa macam tu,memang senanglah untuk aku hafal.kalau tak,susah skit la nak hafal.stail aku menghafal pun agak pelik.iaitu dengan membuka musik,loud speaker tapi guna head phone.hahaha.memang berderau ar kepala otak.tapi apa nak buat.cara itu saja yang boleh aku hafal.hahaha.

dalam library tu,banyak ar terpesong daripada bab belajar.terutama Jamilah.dia ketawa,mak aih.kuat gila kot.aku rasa satu library usha jee time Jamilah gelak.aku da buat bodo jaa bila diorang semua usha.hahaha.dalam library banyak focus kepada kertas soalan.gila best.lovey lovey sungguh ♥ .stail macam ni pun melekat gak kat kepala otak en.kira study group la.memang best kalau macam ni.teringin nak buat macam ni kat semua subject.

bila buat dalam group ni,kadang kadang mereka akan bertanya pelbagai soalan.so secara automatik akan menguji penghafalan diri untuk menjawab pelbagai soalan yang dilontarkan.hahaha.then terus lah g ke exam hall pada pukul 2.20 petang.ohhh berdebar debar la kot.PM subject killer.hahaha.

masuk je dengan hati yang penuh kencang hati aku berdetak dentum terasa macam drum.ahaha.duduk dengan penuh sopan then tulis nama semua.tengok soalan ya ALLAH.best sungguh dan agak senang.hahahaha.aku cuma lupa langkah ke arah kemerdekaan jaa.yang lain semua boleh jawab alhamdulillah.ingatkan susah la sangat.tapi senang ja.alhamdulillah berkat ulangkaji bersama sama dengan rakan tersayang.hehehe.early submition juga aku keluar awai.

tapi yang aku peliknya,pn mai suruh buat peta minda untuk setiap bab untuk jadi rujukkan.tapi aku buat,tak rujuk pun peta minda tu.tetap buku teks juga yang menjadi pujaan hati.tak taw kenapa.diorang semua refer kat nota ringkas iaitu nota peta minda.bila aku tengok nota diorang,itu bukan nota ringkas.itu semua da macam buku teks.cuma berwarna warni saja tulisannya.jadi sama ja dengan buku teks.sebab itu la kot aku prefer buku teks daripada peta minda yang aku buat sendiri.heeee rasa macam buang masa ja aku buat peta minda tu.tak guna pun.buat perkasam sajalah.

balik saja dengan penuh senyuman.hahahaha.sampai dorm online jela sampai ke malam.then minta Nad COD.main ar apa lagi.esoknya ada exam IDTM.tapi malam tu main COD sampai ke pagi.memang bagus.inilah kali ke 4 aku buat ketika exam.first time UPSR,second time PMR,third time SPM dan yang terakhir adalah tadi.ahahaha.cun gilaaa.sem 1 dulu aku dok online ja time final exam.dan alhamdulillah keputusan agak cemerlang.kali ini juga aku amat mengharapkan keputusan jadi cemerlang juga.huuuu.terasa rilek jaa time exam ni.selalu takde pun rasa macam ini.pelik jaaa.perasaan sudah keras kah?hahahaha pelik pelik ja aku ni.