Saturday, July 31, 2010
kecewa
disappointed.sesungguhnya banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan kekecewaan didalam kehidupan seorang anak muda tidak lupa juga kepada warga tua.kali ini entri aku menceritakan tentang kekecewaan.
apa itu kekecewaan?korang sendiri mesti da tahu ape maksud kecewa itu sendiri.dan korang juga sudah pasti pernah mengalami kekecewaan juga seperti mana diri ku juga tergolong dalam golongan kekecewaan ini.yang berbeza semua hanyalah dari segi pengalaman,masalah dan cara menangani kekecewaan tersebut.
disini aku menceritakan tentang kisah kekecewaan yang dimana dulu aku mempunyai seorang kawan karib ketika aku mula sambung diploma di tempat yang dirahsiakan.nama dia pun dirahsiakan atas sebab sebab tertentu.
dia merupakan kawan yang paling aku percaya sewaktu di awal mula dahulu.bagi aku,dia lah segala-galanya.aku tak menafikan yang aku senang dengan diri dia je.buat pape pun berdua je.dia pun takde kenderaan masa itu,terpaksa la menumpang orang.dia pernah berkata kalau ade kenderaan motor nanti,kau geraklah dengan aku.senang sikit.aku terkesima jugalah pada waktu itu.
dia seorang kawan yang baik.kelas tak ponteng,selalu bercerita pelbagai masalah diri.dia kata friends forever.aku pegang kata-kata itu sehingga ke hari ini.aku gembira mendapat kawan seperti dia di mana aku boleh bergantung sedikit walaupun tak banyak,tapi aku tahu dia boleh diharapkan ketika berlaku apa-apa.
tapi itu semua hanya kata-kata manis ketika berduka dia berduka.aku sendiri tidak sangka.kawan yang aku rapat boleh berubah dalam sekelip mata.aku tidak tahu dimana silapnya.aku sendiri terkejut dengan perubahan diri dia.
dulu dia tak pernah ponteng satu kelas pun.setiap hari hadir ke kelas.sekarang kelas da pandai nak ponteng.nak kata pengaruh budak budak virus,tak juga.sebab da tak duduk satu dorm dengan budak budak virus tu semua.mungkin silapnya ialah dia berkawan dengan seorang hamba Allah yang dimana identitinya juga dirahsiakan demi kebaikkan.
dia mula berkawan dengan hamba Allah ini dari awal-awal lagi start sambung belajar.perubahannya tidak ketara sangat sehingga dia satu dorm dengan hamba Allah sorang ni.perubahan yang agak mendadak dan tidak terduga.
perkara yang dia tak buat masa sem 1 dulu,sekarang da pandai nak buat contohnya seperti ponteng kelas dan lelain lagi.aku bukan nak mengutuk atau mengaibkan orang.tapi aku terlalu kecewa sangat sangat.aku tak tahu kenapa kau berubah sampai begitu sekali.
aku tidak pernah berkira dengan kau walau satu perkara pun.kaw nak pinjam laptop,aku bagi,nak pinjam duit dulu aku bagi.aku siap belanja kau lagi bila keluar dengan adik aku.aku tak mengharapkan apa-apa pun dari kau.apa yang aku harapkan aku boleh bergantung pada kau bila aku mahukan pertolongan.tapi apa yang kau tunjukkan kat aku,ternyata aku hanya mempunyai kawan yang berperangai seperti rumput.senang dicari kerana berada dimana-mana.
aku sangkakan kau seperti mutiara didasar laut.susah dicari kerana itu aku sanggup buat pape untuk kau.tapi ternyata jangkaan aku meleset sama sekali.apa yang susah sangat untuk kau lakukan sesuatu untuk aku?aku tak minta perkara yang susah susah.aku tak minta pun duit kau.
aku hanya minta kau hantar dan teman aku je untuk pergi mencari wayar charger handphone aku sebab wayar dia rosak jadi aku tak boleh nak charge handphone aku.itu je.bukan susah.kalau tak tahu tempat tak ape,aku paham.tapi kita tahu tempat dia,tak jauh pun dari tempat yang kita belajar.tapi kau asyik mengelak tanpa berkata-kata.aku terlalu kecewa dengan kau sebab perkara macam ni pun kau da tunjukkan rupa begitu,apatah lagi kalau aku perlukan pertolongan untuk perkara yang lagi besar?
selama ini aku ingatkan aku boleh bergantung pada kau untuk membantu aku menyelesaikan perkara perkara kecik.tapi kau da berubah.kau bukan seperti dulu.dimana aku berada disitu kau berada.sekarang dimana aku berada disitu kau tiada.
kalau kau cakap kau penat ke ape ke tak pe la juga.atleast ade jawapan untuk aku terima kenapa kau tak nak pergi teman aku.tapi hari ini kau tunjukkan yang kau memang sengaja tidak mahu menghantar dan teman aku untuk mencari barang sparepart untuk handphone aku.
sebelum makan tengah hari tadi,aku tanya kat kau,bila nak gerak pergi sana sedangkan sepatutnya semalam lagi dah gerak dan selesai sudah satu masalah aku.tapi kau diam juga membisu pergi ke depan baring tidur sementara kau menunggu hamba Allah yang sorang ini untuk bersiap.aku masih lagi buat tak tahu mungkin kau tak dengar agaknya.
selepas makan,kau bersiap dengan hamba Allah tadi untuk keluar tanpa berkata apa-apa pun kepada aku seperti selalu.aku memang kecewa.terlalu kecewa kau pergi tanpa suara.kau pergi macam kau tak kenal aku langsung seolah olah aku tidak wujud dalam dorm itu.
ye aku baring kat katil aku,secara tidak sedar air mata aku sendiri mengalir kerana kau.tak pernah pun dalam hidup aku,aku kalah dengan mengalirkan airmata hanya kerana kawan.aku tak tahu kenapa aku tewas kali ini.adakah aku telah menjadi lemah??oh tidak.mungkin ego ku telah hilang sementara waktu.air mata aku mengalir tak sudah sudah sehingga aku tertidur dengan sendirinya.
sekiranya kau membaca episode coretan aku ini,aku harap kau sedar yang aku terlalu kecewa dengan kau.terlalu kecewa.maaflah aku tak boleh nak jadi sahabat kau seperti mana yang kau harapkan.mungkin hamba Allah itu lebih memahami diri dan jiwa kau daripada aku.sekali lagi aku memohon maaf ke atas semua yang telah terjadi.maafkan aku jika aku sudah kurang untuk berkata-kata dan lepak dengan kau lagi.maafkan aku sekiranya aku sudah tidak melayan kau seperti dulu dan tidak semesra dulu dengan kau.maafkan aku.
maafkan aku kerana kecewa dengan kau.harapan yang mengunung hanya tinggal harapan.hancur musnah semua yang telah aku pertaruhkan dengan begitu sahaja seperti istana pasir roboh dilanda ombak pantai.
another
errrrr.seperti yang korang tahu,aku sekarang ni terlalu busy la dengan tanggungjawab aku yang pelbagai ni.yela.tanggungjawab aku la.takkan tanggungjawab kaw plak?adoi.ahahaha.
aku nak ceritakan tentang responsibility yang telah ditambah didalam list senarai yang tidak bertauliah.kalau korang lihat,aku sekarang memegang jawatan sebagai seorang ketua kelas dan ketua dorm.kali ini ditambah lagi dengan satu lagi jawatan yang tidak bertauliah didalam asrama.korang nak tahu ape dia?
haaaaaaahh kat sini je aku dedahkan secara exclusive ye.mahal ni sampai exclusive.hahahaha.iaitu menjadi ketua group komuniti histeria.wakakakaka.bodo bodo je namanya.hahahahaha.bila da nama pun group komuniti histeria.mesti korang bayangkan satu group kene histeria kan??hahahahhaa
salah tanggapan awak tu.salah.jangan melawan.hahahaha.jawapannya,group(dorm) aku telah dipinta oleh warden asrama aku ini untuk turun membantu jika ade sebarang kejadian berkenaan dengan ENTITI yang menyerang mana-mana anggota badan asrama.iaitu seperti histeria semua tu le.
tak pepasal aku sekali lagi diperkenakan tanggungjawab untuk membantu segala aktiviti paranormal yang berlaku di asrama.maksudnya,semua aktiviti paranormal ini akan melibatkan group aku nanti sebab warden cakap,lepas ni tak payah nak panggil geng geng AHMAD yang duduk kat tambun untuk turun membantu.yela gile ke ape?
asrama tambun jauh kot dengan asrama rapat setia.kalau berlaku jam 4 pagi,takkan nak suruh geng geng ahmad tu datang jauh jauh semata-mata kerana seorang kene histeria/dirasuk?kalau something wrong happen when they come to this rapat setia hostel,warden gonna be incharge.ceyh waaahhh speaking gitu.wakakaka.gilo sat.
so daripada risau anak orang accident ke ape ke,baik suruh group aku yang tak bertauliah ni turun membantu.lokasi pun kat hostel aku.jadi senang nak bergerak walaupun pepagi jika berlaku sebarang kejadian.nak tak nak terpaksa la sebab kejadian pertama berlaku didalam dorm aku yang mangsanya dirahsiakan nama dan identiti tersebut.
jadi korang pepaham la dengan tanggungjawab aku ni.penat la dowh.dengan tanggungjawab aku yang sekarang ni pun da migrain kepala.ni tambah lagi satu?adoi...memang migrain tahap gaban ar nampaknya.adoi...lupa nak bitaw korang,ini bukan riak ye.tapi cuma sekadar renungan je.huuuuuu =p
Friday, July 30, 2010
aisis.jr
aku disini ingin menceritakan tentang sesuatu senjata pemusnah yang agak dahsyat juga la sekiranya terkena.takdelaaa sampai bertukar jadi zombie ke mati ke ape ke takde.paling teruk pun mati la.errrr.hahaha.karut sebentar ye.
ok berbalik kepada situasi yang ternyata terang bersuluh lampu cahaya yang terang menerang lagi errrr bersinar sinar.haaaaaa...
nak dijadikan cerita, aku bangun pagi dengan muka yang gembira nak hantar proposal dan menunjukkan hasil kerja tangan aku sendiri.huuuhhhh semangat punya pasal,tido kul 5 lebih pagi.sebab temankan si nad ni install adobe.yela dia tu penakot skit.ngantuk gila aku time tu.hp pulak rosak charger dia.terpaksa pinjam multi charger daus pun.thx daus.sib baik tak terlajak pepagi tu.bangun je tengok jam kat tangan yang menjadi peneman setiap hari berwarna biru itu menunjukkan sudah pukul 9.30 pagi.pergghh sib baik tak terlajak.
bersiap semua then msg adik aku kat mana sebab nak bagi dia pinjam camera.errr adakah aku kata >b>kasi dia pinjam camera?ok abaikan apa yang aku katakan ye.maaf.hahaha.then dia kata tunggu kat lobby.
sampai sampai je tengok dia kat lobby ngah duduk.haha.sampai hantar dia camera.then beli air naik atas.hahaha.time tu tak sabar la aku nak masuk lab nak belajar adobe dreamweaver.excited giler.hahaha.
masuk je aku terus bagi CPR kat aisis.jr.ingatkan nak autor skit proposal aku tu,aku cucuk la pendrive aku,aku open file.then lecturer aku bagi aku pendrive suruh aku copy image file yang ada dalam pendrive dia.aku cucuk aku copy file.
lecturer aku cakap dia baroo format thumb drive dia sebab tadi dia lewat mulakan kelas sejam sebelum kelas aku sebab kene virus.aku macam,damn!!!!asal tak bagi taw awal awal?then aku tengok kat thumb drive yang aku save proposal tetiba je ade file tambahan yang kene duplicate secara tiba tiba.
aku daaa macam....matttiiiiii akkkuuuuuu aisis.jr kene virus duplicate.aaarrghhh rosak aisis.jr aku.kesian dia kene virus.aku pun tak boleh nak buat ape da.suruh member aku yang ajar aku cara nak buang virus ni yang dulu aku pun kene macam ni gak,dia ckap tak boleh nak buat.memang ade kat situ je.
aku pun daammmmnnnnnn!!!! macam mana niii???argh serabut aku macam ni.then aisis.jr da menunjukkan simptom simptom kelembapan untuk dia bernafas.aaaarghhhhhhhh.sib baik la lecturer tu ok dan baik.kalau tak aku da sumpah sumpah da lecturer tu.adoi....sorry puan...
kesudahannya aku terpaksa mencari ubat format untuk aisis.jr.adoiiii mana aku nak cari ubat uuntuk aisis.jr ni?pening kepala aku.tanya junior dorm aku,diorang cakap ade member yang boleh tolong formatkan kat dorm bawah.
hati aku sedikit kecewa dalam lega laa walaupun taw cell cell aisis.jr ini akan dimansuhkan,demi kebaikkan aisis.jr,aku terpaksa merelakan diri kaw disakiti sementara waktu aku mendapatkan ubat format untuk kaw.maafkan aku sebab tak dapat nak selamatkan kaw dari wabak ini.
hadoi...tension aku aisis.jr sakit.tak boleh nak bermanja dan bermesra macam dulu lagi.nadi dia da lemah.perlukan ubat secepat mungkin....haih....bawak bersabar ye aisis.jr.sayang kaw kewtat kewtat aw.jangan tinggalkan aku ok?huuuuhhhhhh ubaaattttt dimana kaw berada????mari lah kepada ku untuk ku mengunakan khidmat mu.huuuuu....
ceritera?
ok pagi tadi bangun awal juga.dalam pukul 7 lebih da bangun.tak taw la kenape sekarang ni aku selalu tersedar pukul 7 pagi walaupun kelas aku lambat lagi start pukul 10.30 pagi.heeeeeeeee.best.da bangun tido balik sampai pukul 9 pagi.hahahaha.then kejut adek,bersiap dan bersarapan kat bawah sebelum bertolak ke kolej.hoho
lepas tu bermulalah kelas IDB yang sebelum itu aku diberitahu oleh adik ku bahawa ade spotcheck hari secara tiba tiba saja.dia tak kena.nasib baik.ahahaha.tu laaa da berubah jadi wanita melayu yang terakhir.hahahaha.poyo je.hahahaha.
then habis kelas IDB straight forward terus kelas Statistic.takde break.so ternganga macam tu jela.statistic ade quiz.sib baik quiz open book.hahahahaha.memang selalu pn Azila quiz open book.hahaha.best kot.senang je jawab.ahahaha.then belajar skit la group data chapter 4.pening aku tengok formula dia.mengarut ngarut simbol dia.ahahahaha.hadoi...
then break one hour aku g library untuk get ready for PM first quiz.amboiii ngek je.hahahaha.da masuk library duduk tak panas punggung lagi hp aku berbunyi suruh aku jumpa kat lobby.tapi terjumpa kat tangga sebelum turun library.ngek.hahahaha.
then ambik charger untuk camera tapi tak pakai pun.esok dia nak camera so aku bawak la untuk dia esok.bior dia charge sendiri camera tu.ahahaha.malas aku nak bukak cari cari mana dia punya bateri.aku sendiri pun tak taw ape.sebab bukan camera aku,tapi camera dia.ahahahaha.
then masuk kelas PM,terus buat quiz.aku siap paling awal la kot tapi tak hantar.tunggu dulu budak lain hantar baroo aku hantar.hahahaha.lepas hantar pun dok lagi kat dalam kelas tu walaupun pn Mai da beri kebenaran untuk balik.tunggu driver aku tu le.kalau tak awal awal da bla.hahahaha.
then nak balik hujan.pergghhh.terbaik.ahahahaha.sampai dorm tido terus.pergh layan beb.hahaha.itu pun nak bagitaw.tah pape tah.hahahaha.mula la nak ngarut.hahahaha.
then malam ini juga ade majlis menghalau makhluk halus dari asrama rapat setia.tah mengarut ngarut je ustaz tu.entah betul entah tak.merapu rapu je jadi anak murid sultan wali wali Allah semua tu le.tak paham aku.ustaz yang sama gak yang ubat kitorang punya dorm time panjang tu kene rasuk.
time tu lagi tak leyh nak percaya.dia dressing tah pape tak macam ustaz.pakai seluar jeans,tshirt berkolar,berantai tali leher,bercincin.pergh.ini ustaz ke pakai rantai?kalau macam tu korang sendiri pikir la ade ke ustaz yang macam tu??
then hari ini ustaz tu jugak,buat benda yang sama tapi dressing seperti ustaz la.yang aku peliknya,lepas habis je majlis tu,dia suruh tulis nama,address dan no phone.pelik je.tak pernah pernah lagi ade benda ni berlaku.pelik pelik je ustaz ni.then ustaz ni pun tadi merokok kat pondok guard tu.
aku pun da memang tak boleyh nak percaya 100% ar pasal ustaz ni.entah betul entah kan tidak.mereka kata ustaz ni nak buang benda tu.tapi tak taw la macam mana.mungkin dia buang time sesi dia dengan budak perempuan kot.time dengan dak laki semua macam biasa je.takde pape.
perempuan je ramai yang kene rasuk semua time majlis tu.entah lah.aku pun nak kata percaya tidak,tak percaya pun tak boleh.errrr confius sekelumit.pape pun benda da settle.aku malas nak pergi lagi kalau ustaz tu buat lagi benda yang sama.buang masa je.adoiiiii.baik tido daripada aku pergi majlis ustaz tu.huuu
Tuesday, July 27, 2010
fedup
aku fedup.tersangat fedup.aku bukan ape.aku tak brapa suka perangai kaw la sekarang ni.dulu lain,sekarang lain.dulu semua benda kaw nak ambik port.sekarang bila aku tanya kaw nak pergi ke tak,kaw cakap tak comferm.itu kali pertama.bila aku tanya yang selanjutnya kaw buat buat tak dengar.sibuk bergelak ketawa dengan orang lain.sakit hati kaw tahu?cakap dengan tembok pun bergema kaw tahu?
bengang betul aku.da banyak kali da jadi macam ni.aku pun tak taw nak buat ape.setiap kali aku fedup,aku senyap je.aku pun da macam malas da nak cakap dengan kaw.aku tahu siapa aku,dan aku tahu aku tak ske paksa orang or arah orang ikot apa yang aku nak.
tapi atleast cubalah buat kerja awal awal tu.siapkan awal awal.ape salahnya?maksud aku,comfermkan la dengan pihak yang tertentu terlebih dahulu.then bagitahu jadi pergi ke tak.ni nanti menyusahkan orang lain.dah lah aku susah susah suruh adik aku tu dapatkan tempat untuk pergi.tapi buat hal plak dengan perangai kaw.kang bising kata tak de tempat tak sempat semua.memacam.penat aku nak layan.
da ajak then buat perangai.bukan semua orang suka kaw buat macam tu.atleast bagilah some effort untuk comfermkan pergi ke tak.ni nanti kalau nak pergi,tempat da takde,kecoh.pastuh perli perli orang,syok ar kaw pergi.macam aku ni,lepak dorm je.ape ade.bosan la kot.hah itu la yang selalu aku dengar.
sejak dari sem 1 lagi,aku cuba untuk seret kaw dalam apa yang aku ceburi.tapi sem 2 ni kaw da macam lain sangat.sem 1 tak banyak kaw ponteng kelas.aku rasa tak pernah kot kaw ponteng kelas.ni sem 2 da banyak kaw skip kelas.aku pun tak paham.kaw tak kesian ke kat parents kaw?
mereka hantar kaw untuk belajar.bukan untuk kaw suka suka ponteng kelas sebab kaw malas nak bangun.haih.aku nak tegor kang gado,tak tegur kesian plak.huh....
ni lagi sorang yang buat aku fedup.ade laptop tapi bagi orang pinjam.laptop member yang boleyh buat kerja pergi bagi kat adik angkat untuk buat assignment.last last kat laptop aku gak yang dia nak sibuk pakai.benci betul lee.tak taw ke kaw nak bezakan yang mana lagi penting?adik angkat kaw ke ataw kerja kaw lagi penting?
aku memang tak paham betul la.aku ingat kalau dengan budak budak ni,lagi ok la kot dari virus,rupanya 2 kali 5 je.plik plak aku.perangai semua da nak sama je.tak taw mana yang perlu utamakan dulu.dia dengan lagi sorang ni sama je.tak taw yang mana lagi penting.fedup aku macam ni.ish ape nak jadi la dengan diorang nih.masing masing buat perangai.
pastu tak pepasal aku plak terlepas kemarahan aku kat orang sekeliling aku sampai effect orang yang aku sayang tak pepasal.benci betul la.pasal diorang ni aku jadi macam ni.bodoh betul.tension aku macam ni.hish.tak suka betul la macam ni.harap aku mempunyai kesabaran yang tinggi lah untk berdepan dengan segala masalah.
negative
here i am.typing to tell my expression through this blog.i'm telling the truth about what i'm feeling now.i dont know why i'm always thinking negatively now days.always think that something is not right about what happen eventhough i know the truth is not like what i'm thinking.
but my mind wont allowed me to think in way of positive.aaahhhhhhh!!!!maybe i'm too much of thinking about what is happened.damn.what happen to me nowdays?i'm feeling really really sucks about this.i think that i'm really really undependable and cant be hope for.
damn.why am i feeling this way of thinking?am i too stress about everything?am i really dont have enough sleep?or i'm just jealous?well honestly i'm not sure about this.but i think more to jealous.i think so la.but i had a feeling that my attitude is going to change a little bit day by day.
i'm changing to more negetively than before.before this i'm more to positive.always think positive.thats my style but now,everything is changing within the time flew just like that.damn.i wonder what is going inside of me until i'm changing like this.this is not the right attitude for me.
oh man.this is kinda sucks.i hate it when the situation is making me to think negatively.damn.i cant help my self to think in the negative way.its like that my brain is going to be death soon.oh GOD i need your help to make me be just like before.i'm sick and tired to be in this way of thinking.i hope i' not gonna be in this way of thinking in a long long long time.it would be bad if it continue for a long time.
i'm afraid that this way of thinking might be effected to people all arround me.it make me in dangerously situation.and i dont want it to be happen.i hope that i wouldn't last long in this situation.haaiihhh.help me to gain my normal life back.i'm tired for being like this.
Monday, July 26, 2010
otak
ok aku takde ape nak cerita pun sebenarnya.cuma tu laa penat 12 hari berselang seli tak dapat nak cover lagi kesemua energy yang telah dicurahkan.tidur tidak mencukupi.jadi aku perlukan tidur yang secukupnyaaa untuk mengembalikan tenaga 12 hari berselang seli.
ooiiiiiii~selamat tiba sudah dari KL ke Ipoh jam 8.45 malam.heeeeeee.sepanjang perjalanan dari KL ke Ipoh,macam macam aku pikir kot.tapi lebih kepada tidur.hahaha.tapi tidur pun hanya seketika,masa yang selebihnya semuanya melayan perasaan sendiri.
banyak yang aku pikirkan,tapi kemengantukkan itu menghalang aku berfikir dengan jarak jauh.so hanya pikir pikir dalam kotak minda je.tak boleyh nak pikir diluar jangkaan kotak minda.kalau dulu,selalu laaa berfikir diluar jangkaan kotak minda.
tapi sekarang skill untuk aku berfikir sudah berkurangan.mungkin sebab da lebih setahun lebeyh aku tak perah idea otak aku,tu yang jadi macam ni.kalau tak dulu time sekolah,otak berputar putar je ligat berfikir.sekarang,otak tak berputar selaju ketika dulu kala.otakku da lembap untuk berputar.lagi suka untuk tidur daripada berfikir.
hoooiiii ape nak jadi dengan aku ni?makin lama makin lembap otak aku untuk berfikir.hadoi...aku memerlukan rehat yang secukupnya kot untuk kembalikan kelajuan berfikir aku tu.huuuu..jadi tidur lah aku sekarang.ahaha
Saturday, July 24, 2010
balik KL
ok pagi pagi lagi aku ngah sleepy lagi tapi gagahkan diri untuk bangun pukul 7 juga walaupun kelas aku pukul 10.30, dengan usaha yang tinggi menggunung aku pun kejutkan lah adik ku ini bangun pergi ke kelas.liat kot.entah dia silence phone ke ape ke aku tak taw la tapi ade la gak dekat nak 20 kali call.ni tido mati ke ape ke aku tak taw.memang lenguh le tangan aku nak tekan punat call.hahahaha.ngek!
then aku tertido balik selepas aku pastikan dia betul betul bangun.then terjaga pukul 9.30 pagi.amboi....sejam lagi je nak pergi kelas.ahahaha.g mandi semua tu biasa la.siap dalam pukul 9.45 pagi.haaaahhh 15 minit je.maybe kurang lagi dari 15 minit kot?aku rasa la.nanti aku tanya pak dukun untuk bertanya masa yang sebetul betul nya yeee.tak perlu gusar brapa minit aku ambik untuk bersiap.ahahaha.errrrrr ok ok ok dah.kembali kepada topic.
kelas habis awal plak.soo dalam pukul 11.40 pagi kelas da habis.patutnya 12.30,tapi belajar dalam lab mengenai adobe dreamweaver,so memang kejap jela.tapi ade la assignment dia bagi buat website my favourite singer.alaa tak de la dok ngarot ape pun.cuma praktik kan link link tu je.hahahahaha.then g mam dulu sebelum balik dorm.
sesampai dorm,aku kemaskan barang aku,tak sempat nak tido sebentar kerana mood yang masih sleepy.tak taw asal aku terlalu sleepy hari jumaat ni.pelik...hahahaha.buat ape ar malam tu.wakakakaka.jangan pikir lain yeee.aku dok melepak tengok movie je.movie ape?hah itu yang korang takkan taw.so tak payah nak susah susah nak tanya movie ape.hahahaha.
petang ade plak kelas DPM.belajar kat lab gak.habis pun awal.tapi ade assignment gak.suruh edit gambar sendiri dengan apa yang di ajar oleh lecturer tu.sooo balik awal le.kelas sebenar habis kul 5 petang.tapi aku ditamatkan kelasnya pada pukul 4.30 petang.startnya kul 3.hahahaha.skip 30 minutes.yeeeaaaayyy gembira.hahaha.
balik jeee mandi bersiap semua.da siap awal daaa.tapi nad ar.ngek.aku cakap 5.45 petang nak kene gerak.tiket pukul 6 petang.bleyh plak dia layan onemangga dia sampai terlajak 5.50 petang.adoi.then sempat gak la singgah kat shell isi minyak.kelakor je.hahahahaha.ngek ar nad.
then kelam kabut gak la aku cari bas yang mana adik aku cakap kan tu untuk balik ke kl.dia kata bas da nak gerak,tapi aku blum sampai lagi time tu.hampeyh.sajaaaa nak buat aku marathon.taw la aku germock.hahaha.tapi tapi tapi tapi tapi kan kan kan kan aku nak kurus time bulan puasa ni.tak mow makan bebanyak.kang bertambah germock lagi aku.en en en en en??hahahaha.dah stop.asyik tersempang jauh je dari topik asal.hahaha.kuat mencapap je.ape nak buat.tengok menyempang lagi.ish.
sampai dalam bas,ape lagi dengar lagu laaa.then sampai KL sentral dalam pukul 8.55 malam.aku pun agak buntu gak nak cari stesen membeli tiket.dia ade mesin dia tapi adik aku suruh beli kat kaunter yang menggunakan orang sebab kat mesin tu perlu pakai duit syiling.hahahaha.lepas tuu turun le tunggu kat platform 5 untuk ke subang,carefour sana.
tunggu sampai setengah jam,train rosak.boodoww je.train sampai je gelap dalam penuh dengan orang.hahahahaha.kelakor.time tu aku teringat cerita midnight meat train.haaahhh citer horror.sape nak tengok,g la tengok.tak halang.hahahahaha.
then dia suruh tukar platform 6 sebab train kat platform 5 rosak.da tukar train sampai dalam 10 minit macam tu.rasanya lah.then nak masuk sampai bertolak tolak macam bodoh je.takde adab langsung kot?orang tua semua main tolak je janji masuk.dengan aku aku sekali terbang masuk dalam kerana ditolak.bengap je orang kat malaysia ni.tak reti nak masuk perlahan lahan.semua main tolak jee.kalau tersungkur jatuh macam mana?tak ke mampoih kene pijak dengan orang yang takde adab?haih...kesian aku tengok makcik tu sampai melompat nak masuk dalam train kerana orang lain tolak menolak nak masuk train.bodo tak bodo orang yang nak masuk train tu???ish bebel da aku kat sini.part ini le yang buatkan aku kehabisan tenaga.menunggu dah la lama.pastuh bersesak sesak dengan orang tolak menolak lagi.bau tak payah citer ar.pening kepala aku menahan bau yang semerbak badan berbau massam semua.ish.lagi lagi ade budak sekolah budak shah alam.bau macam gampang.then bleyh bising bising pastuh kentut.bodo nak mampus.bau jangan cakap ar.memang nak termuntah aku dalam KTM tu.
da gerak da train tu,then dia stop.then dia gerak then dia stop.bagi laluan kat train lain lalu.bukan sekejap berhenti,hampir 10 minit gak.ngek je.tak tahan aku bau dalam KTM tu dengan orang india,bangla indon semua ade.benci betul aku bau bau badan mereka.tak reti reti ke nak sembur perfume dulu sebelum keluar ke,pakai deadorant sebelum keluar ke.takde la bau sangat.ni bau yang ketara kot.aku rasa kalau ade ibu yang mengandung comferm muntah terkeluar anak yang tak cukup sifat.eeeeeuuuwwwww kalau aku da cakap macam tu,korang pepandai la fikir baunya macam mana.huuuu sedap lagi bau time aku buat aktiviti dalam tandas untuk melabor.hahahahahahaha.ngek.saje jadi jijik sat.ahhahahaha.
then sampai carefour betul betul keluar dari train pukul 10.11 malam.pergh.sejam aku menunggu untuk turun ke subang.memang gila la.yang adik aku plak awal awal da sampai umah da.cish.hahahaha.jeles aku dia sampai awal.hahahaha.takde la penat.aku je yang penat.sampai dalam carefour jumpa mak aku baroo je habis bayar barang keperluan rumah.ngam ngam sampai.hahahahahaha.then sampai umah dalam pukul 10.45 malam ngam ngam sampai depan pintu rumah.
masuk je rumah makan mandi then msg msg sat,pastuh terus terlentok sampai la ke pagi kerana tenaga untuk 12 hari aku hilang begitu saja.huh...memang satu hari yang menguji kesabaran menaiki KTM.hahahaha.bayangkan lah,penat kelas pun tak hilang lagi,kene bertahan dengan bau lagi.dengan orang sesak lagi.mana tak hilang tenaga 12 hari berselang seli.hahaha.ngek je.
Thursday, July 22, 2010
germock
errr lama tak tulis blog ni.ok lama ke?entah.lama kot?hahaha.so nak update serba serbi sedikit.sedikit ke?entah.banyak kot?hahaha.ok.gurau je.aku sebenarnya mengantuk kaw tahu?tapi gatal ar nak tulis blog gak.hahaha.
mengantuk kerana kekenyangan yang teramat.giler ar,aku ulang semula.KEKENYANGAN YANG TERAMAT.keje aku kat ipoh ni selain study,makan je memanjang.niat nak kuruskan badan,kurangkan makan,tapi still melantak gak.hadoi.ape nak jadi ni aisis?ooo aisis?ape nak jadi?melantak je keje.ish ish ish.nak exercise malas.ish germock ni.ahahahaha.
tapi insya~Allah plan aku akan berjalan dengan lancar ketika bulan ramadhan ini.aku nak makan sikit je.tak mo makan bebanyak.kang sia sia je aku puasa tapi takde perubahan physical.hahaha.teruk betul aisis ni en?hahaha.
pape pun aku tetap nak kuruskan badan aku seperti 4 tahun yang lalu,aku kurus beb.kurus gile.ahahaha.semenjak duduk kat ipoh ni je badan aku memboncit.ok ulang sekali lagi,memboncit.paham?tak paham takpe.paham lah lain kali ye.hahahaha.
kat kolej pun ade la gak usaha usaha untuk menguruskan badan dengan menaiki tangga untuk ke kelas.kurang bergantung pada lift yang menjadi pujaan hati orang ramai yang kemalasan untuk menaiki tangga.tapi bila da balik dorm,time nak makan,memang melantak.jadi kurang berkesan lah cara itu.
nak tak nak aku tetap perlu mencuba plan B iaitu berpuasa.hahahaha.so nak tunggu plan ini,aku perlu lah tunggu bulan ramadhan nanti.ehehehe.senang skit.takde la sakit hati tengok orang lain makan je aku tak makan.ahahaha.*jeles ni jeles orang lain makan sendiri tak makan* opppsss.terbocor sudah.ahahaha.
pape pun misi aku untuk sem kali ini ialah menguruskan badan aku yang telah germock dan boncit.i repeat.yang telah germock dan buncit ye,ahahahaha.
Wednesday, July 14, 2010
presentation
ok.aku masih di kolej sekarang.tengah kebosanan menunggu kelas subject DPM yang seterusnya pada kul 2.30 petang nanti di LR11.so sementara aku menunggu masa untuk bergerak dengan roda ke,tali ke ape ke aku tak perduli yang penting aku taw nak buang masa dengan mencapap sampai pukul 2.30 petang.sampai ke?risau kang tak sampai 2.30 bateri da habis.malas nak keluarkan charger laptop.hahaha.ngek.
tapi tak pe la.nak tunggu masa bukan sekejap sekarang da pukul1.10 petang da.heeee.ok nak mencapap pasal presentation Pengajian Malaysia sebentar tadi.
errrr kerja semua aku buat melainkan mencari maklumat aku suruh yang berkenaan mencari untuk aku buat slide show.takde la slide show kosong je.aku la pembuat slide show.kumpulan ade 4 orang.buat kerja cuma 2 orang.3 orang di asrama seorang dok luar.so nak harapkan sorang tu memang tak dapat la.minta no phone semua kata nak bagi pendrive la ape la,tapi tak nampak hasil pape puwn.
nak harapkan lagi sorang,memang tak kesampaian lee.asyik berFB je keje.aku memang tak taw ar nak buat ape.lagi sorang tu kira boleyh la pakai kan dia cari maklumat untuk slide show yang aku ciptakan.
then explaination pun aku jugak yang buat sorang.lagi 3 orang tu buat ape tah.dok berdiri kat tepi promote diri jee.aku jugak yang buat explaination.serupa aku group dengan 2 orang je.lagi 2 tu boleyh buang jauh jauh.tapi pikir nak cukup syarat je sampai 4 ataw 5 orang.kalau tak,memang aku takde nak group dengan diorang lah.better aku alone je buat presentation.95% hasil kerja aku termasuk buat animation,masukkan gambar,editing text,susun text mengikut susunan dan explaination.lagi 5 % tu kiranya maklumat yang dicari lah.
haih...da nasib badan nak kene macam tu,memang tak dapat ape la.work hasil tangan aku sorang je.yang lain semua dapat markah free semua la.halal kan jela.malas nak bermusuh musuhan dengan member yang akan aku bersemuka selama lagi 4 sem.
pastuh aku nak memcapap pasal salah seorang rakan sekelas aku sendiri yang identitinya dirahsiakan.aku memang geram dengan dia.time aku presentation,aku sorang je explain,buat pasal perkauman cina,then diorang yang gelarkan aku AH CHONG ni mula laaa kata macam macam pasal kaum cina ni.sib baik aku ade mix dan taw la serba serbi sedikit.
time pn mai tanya sape nak buat presentation,mamat sorang tu yang first cakap kat puan mai,ketua present dulu.laptop pun da tersedia untuk digunakan untuk presentation sebab laptop aku da setting dan letak kat tepi dalam sleep mode.
aku pun keluar buat lah explaination semua pasal slide show aku ni.then si mamat tu lee asyik kondem aku je.asyik asyik cakap,ah chong kan cina,mesti power punya slide show,lagi lagi pasal cina.memang expert la.takkan itu je kot?
terus aku fire dia cakap AH CHONG tu hanya setakat gelaran nama yang korang bagi je.aku bukan cina.so aku tak tahu pape sangat tentang budaya ataw adat resamnya sangat.so jangan lah tnya aku semua yang berkaitan dengan kaum cina ni kat aku sebab aku sendiri pun takde paham mana pun.sikit sikit tu boleyh la.terus diam.padan muka.
then puan mai tanya untuk yang second.terus aku cakap,hah tadi si zamarul hisyam ade bawak laptop.dia da setting setting da tadi masa dia masuk kelas.terus dia fire aku cakap OTAK KAU!.aku gelak je padan muka kaw.suka sangat fire orang lain.time kaw nak buat presentation,orang perli kaw taw plak kaw nak MARAH!ingatkan takde feeling asyik dok hentam orang je.padan muka kaw.tu pun nasib baik aku tak fire bab perkauman india dia sebab kelas da habis time dia nak mula start presentation.kalau masa panjang lagi memang aku fire habis habisan.
pastuh apa yang aku lakukan sering diorang perli perli aku dengan apa yang aku lakukan,contohnya seperti aku datang lambat skit masuk kelas.takde la lambat aku follow lecturer tu masuk la sebab lecturer tu ade kat depan aku time aku nak masuk kelas.pastuh diorang cakap,ape ni ketua pun lambat.ape nak jadi?sebagai ketua pun lambat.
aku pun sound jela diorang,ala korang selalu datang lambat pagi sampai kene denda takde pulak aku nak kecoh kecoh nak kondem kondem korang.takde pulak aku nak sentuh isu semasa time korang kene denda setiap kelas mula dalam week 1 korang lambat.takde yang cepat puwn.
terus senyap.aku kalau diorang cari point aku,memang aku cari je point diorang.sebab diorang tu lagi banyak point daripada aku.memang aku panas betul time tu.da la naik tangga dari G ke tingkat 5.bengang betul.ish.
ish...errr...
Errr apa nak tulis eyh?lama benor tak update blog ketika ini.aku agak busy skit dengan kerja kerja dikolej aku ni.da masuk alam baroo,jadi semuanya pun baroo.yang lama Cuma bangunan dan kelas dalam bangunan itu je yang lama,yang lain semua ok la,takde ape sangat.
So basicallyape yan g aku nak bagitaw ialah,aku telah dilantik menjadi macai orang.dalam erti kata sopan,ketua kelasdan ketua dorm.sooo.pepaham jela kerja macam tu macam mana.kat kolej,penat dengan naik turun lift/tangga kerana kolej yang terlalu kecik dan cempit.padat dengan pelbagai ragam manusia.seperti semot je kat kolej aku tu.tah pape tah.ambik ramai pelajar,tapi tempat kolej kecik jee.adoiii.
Kat dalam dorm plak.kene berurusan dengan warden laki dan perempuan laa.dorm perlu dibersihkan sentiasa.maksudnya menjadi tugas aku untuk memastikan dorm aku ni bersih dari sebarang kompaun ye.bukan dari sampah.kompaun.kalau tak,warden jadi kaya laaa.jadi ah long rapat setia.ahahaha.duduk goyang kaki duit masuk.huh.mencekik darah jeee.darah pun boleh cekik.aku pun pelik je dengan peribahasa orang dulu dulu.macam mana tah tetiba je darah pun boleyh kene cekik.pelik.hahaha
Sooo sekarang ni aku sedang busy dengan assignment aku untuk subject PM,perlu menyediakan slide show untuk chapter 1.adoi…bosan dan mengantuk.nak harapkan budak budak kumpulan aku,sorry ar bro.aku je yang boleyh diharap.aku suruh diorang cari maklumat yang mana da dapat,bagi kat aku.dalam kelas aku,tak ramai pun yang tahu mengunakan Microsoft office powerpoint.so kiranya aku lah harapan untuk membuat slide show ini berpandukan maklumat yang mereka berikan.
So agak kelam kabut skit laa.dengan tak cukup tidonya.melayan adik aku lagi mencarot carot.kelas dah lah pack gile kot.paling kurang pun 2 kelas dalam sehari.itu paling kurang dalam seminggu.paling banyak 3 kelas la.da tak macam dulu.dulu 3 kelas pun gap masa 2 jam.ni semua gap masa sejam je.memang kejar masa la aku jawabnya setiap hari.boleyh la kurus skit.tapi risau time puasa nanti la.tak leyh nak lari sangat da sebab da tak dapat nak minum air ketika pagi dan petang nanti.
Nak tak nak terpaksa la menahan dahaga disamping mengejar masa yang mencemburui aku ni.hadoii.pening dan penat sentiasa menjadi sahabat karib aku.tak pernah lekang dari aku.huuhh.
Bulan 8 plak, budak bengap yang aku benci tu masuk balik.siap tukar kelas aku dan masuk dorm aku.memang bangang ar.tak lena aku nak tido nanti.dengan statement yang dia keluarkan kat fb,memang aku muntah je tengok.tak layak langsung nak bercakap tentang erti sahabat dan hukum hakam Islam.bajet hebat nak market je.suka minta publisiti murahan.then suka add kawan aku untuk mencungkil rahsia rahsia aku.benci betul aku kalau macam tu.mampoih aku nak layan kalau dia asyik baling bom je kat aku.perangai macam ni layak ke nak bercakap tentang erti sahabat?korang pikir la.keje nak tikam orang je keje.dengan orang yang tak ada kuasa,dia pijak kepala.dengan orang yang ade kuasa,dia lah yang alim,dialah sahabat dia lah segala-galanya.benci betul aku dengan orang bertalam dua muka ni.
ape nak jadi pun tak taw la.suka sangat cari pasal dengan aku,aku tak balas,Allah da tunjukkan kat dia dengan accident kaki patah.then ni tak serik lagi,nak buat hal lagi dengan aku.aku memang tak paham ape masalah dia.lagi yang aku tak paham,dia ade fail kene repeat pun muka tebal nak masuk kelas 01.manusia jenis ape tah mamat ni.orang lain yang takde gagal pun takde nak tukar kelas 01,dia yang ade repeat nak tukar masuk kelas 01.layak ke?then cuba korang amati nafsu kuda dia.semua dia nak.dia da putus dengan mazlina,then dia nak kat yaya yang tak pakai spect yang alim gitu.then dia cakap miss farah tu isteri dia.gila vavie poyo mamat ni.semua lecturer yang miss semuanya isteri dia.rimas betul aku dengan mamat ni.bodoh tahap gaban.ingat dia melatah dia market tinggi la?ish benci aku,cari publisiti dengan melatah yang tak brapa nak jadi.benci benci benci.ish.
aku memang tak leyh nak terima bila dia bercakap tentang erti sahabat sejati.pergh memang aku nak patahkan kaki dia yang lagi sebelah tu biar jadi OKU.serius beb.memang aku nak patahkan kaki sebelah lagi.tapi pikir tak ade manfaat buat diri aku je aku tak buat.cuba korang bayangkan,dengan aku,aku suruh teman aku g HEP sebentar untuk bertanyakan ape tah,aku lupa.dia cakap,malas ar nak pergi.kaw pergi lah.aku nak balik.time tu sem 1 mana ade pape lagi.lain la botak,dia pencetus aura sem 1.dia memulakan revolusi sem 1 dulu.so bila botak ajak dia g HEP bertanyakan benda yang sama yang aku nak Tanya perrghhhh.laju jeee dia kata ok.aku memang panas hati betul dengan mamat ni.nampak sangat lah mamat ni memang nak kawan dengan orang yang berpangkat tinggi je untuk menaikkan market dan rangking dia kat kolej.
Bagi aku,dia silap la kan,keputusan result pun tah pape,ade fail,quiz muka tebal dag ado dengan aku,boleyh minta jawapan dari aku,memang aku tak paham ar perangai ape mamat ni.da gado ade hati nak minta jawapan dari aku.pelik jee perangai.then assignment,dia ambik aku punya yang aku da bagi kat lecturer dia salin bulat bulat.memang bodoh ar aku cakap.kalau dia takde tiru semua tu aku rasa dia memang da fail semua subject kot?ish bencinya aku nak bercerita pasal mamat bongok ni.da la nanti aku perlu bersemuka dengan dia kat kolej dengan kat dorm.adooiiiii selamatkanlah aku daripada bertemu dengan dia lagi.ishhh.
Subscribe to:
Posts (Atom)