
kadang kadang aku tak paham langsung aku ni hidup untuk ape.aku sering juga la tertanya tanya kenape aku dilahirkan diatas muka bumi ini??aku tahu setiap apa yang berlaku ade hikmahnya.tapi sanubari aku tetap mengatakan yang aku dilahirkan didunia ini kerana ape?
aku selalu juga la perhatikan tingkah laku aku sendiri sejak kebelakangan ini dan merenung kembali masa-masa lampau dulu untuk aku observe diri aku sendiri.dari awal titik tolak aku dilahirkan sehingga sekarang.
apa yang dapat aku perhatikan dan ketara sangat terhadap diri aku ialah,aku sering menolong orang dengan physcology fikiran orang.maksud aku,aku menjadi tempat luahan masalah dan aku cuba comfortkan mereka dengan merangsang minda mereka untuk tidak terlalu memikirkan perkara-perkara yang menganggu hidup mereka yang mereka sendiri minta untuk dijauhkan.
aku tidak tahu mengapa aku selalu berhadapan dengan keadaan ini.adakah aku dilahirkan untuk menolong orang melalui keadaan sebegini rupa?atau aku memang mempunyai naluri yang sangat mudah memberi perhatian kepada mereka-mereka yang sering mempunyai masalah hidup merek.aku sendiri pun tak tahu.
tapi berdasarkan apa yang berlaku dari dulu sehingga sekarang,inilah situasinya.aku cube memahami keadaan situasi yang berlaku untuk memberi nasihat yang membuatkan seseorang itu menerima atau menolaknya.aku tidak memaksa untuk mereka menerima apa yang aku berikan.
pernah juga aku cuba untuk menhindarkan diri aku daripada terjebak dalam masalah sebegini rupa,tapi aku gagal.aku tak paham kenape,aku selalu menjadi kaunselor untuk menyelesaikan masalah masalah kehidupan.
mungkin aku dilahirkan untuk menjadi kaunselor yang tidak bertauliah.kebanyakkan orang yang aku berikan nasihat,semuanya menerima dan berubah.tak taw lah sama ada ini adalah sifat semula jadi aku ataupun...entahlah...
memang sifat aku begini kot?cuma aku je yang tak pernah nak mengakui ini adalah sifat semula jadi aku.entahlah.yang penting aku tolong orang,buat kawan dan bukan buat musuh.=)
No comments:
Post a Comment