Thursday, May 6, 2010

hati ini...



sampai bila harus begini?aku asyik makan hati je dengan apa yang berlaku sampai kesabaran aku untuk menghadapi semua ini terlalu tipis untuk membengtengkan apa yang berlaku.dah selalu sangat benda ni jadi kat aku.tapi aku still tak boleyh nak mengelakkan diri aku daripada terjebak dengan perkara ini.

aku tidak tahu mengapa terlalu mudah untuk aku rapat dengan seseorang.bila da rapat,lain plak yang jadi.inilah padahnya bila da rapat sangat dengan seseorang dalam hidup aku.

sorang sorang yang aku rapat dulu pergi menghilangkan diri.sepi dalam hidup aku begitu sahaja.aku tak tahu la kalau bagi mereka-mereka ini aku hanyalah tunggul ataupun alat untuk digunakan untuk membuat sesuatu.selepas guna,buang,nak pakai,cari.

aku pun...haih...tak larat ar nak bersituasi macam nih lagi dalam hidup aku.aku rasa lebih baik aku berseorangan sahaja.makin lama aku rapat,bila orang itu menyepi dalam hidup aku,aku jadi macam tak keruan.aku dah memang tak larat nak menjalani keadaan hidup yang macam ni.

hati aku terlalu sensitif bila dalam keadaan macam niyh.aku pun tak tahu la kenapa diorang sanggup buat aku macam nih.padahal,aku selalu mencuba menjadi yang terbaik untuk orang di sekeliling aku.aku tak minta mereka ini apa-apa pun melainkan terus bersama dengan aku sampai bila-bila.

tapi,mereka tidak pernah mengerti hati aku.aku juga lah yang kene paham hati mereka,mengubati luka di hati mereka.pernah kah salah seorang dari mereka memahami hati seorang lelaki yang kesepian dan keseorangan?pernah kah?aku macam kecik hati pun ade juga dengan mereka-mereka semua ini.

takde seorang pun yang memahami diri aku sekarang.haih..sedihnyalah jika hidup seperti aku niyh.hidup yang memberi cahaya kepada orang ketika orang dalam kegelapan.bila cahayanya malap,orang tinggalkan cari cahaya yang lain.hidup aku diibaratkan seperti sebuah persinggahan untuk memberi manfaat kepada orang lain yang singgah untuk makan dan membuang sampah merata-rata.

aku terlalu seksa untuk hidup seperti ini.kenapalah aku ditakdirkan untuk melalui dugaan seperti ini?hampir 90% hidup aku adalah cerita yang sama.apa yang boleh aku buat cuma pendamkan sahaja apa yang berlaku sehingga aku menitiskan air mata di belakang mereka-mereka semua.

aku rasa apa yang dikatakan oleh mereka semua ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja.ketika mereka berduka.selepas kedukaan itu hilang,hilanglah dirinya satu persatu.adakah semua ini kerana kebodohan diri aku sendiri sehingga aku menjadi begini?senang rapat dengan orang lain dan biarkan orang mengambil pisau melukakan sekeping hati ini?

aku terfikir,pernah kah mereka melalui keadaan seperti yang aku lalui?hurm...entah lah...biarlah masa yang menentukan apa yang akan berlaku seterusnya.

No comments:

Post a Comment