Friday, May 28, 2010

memori rindu

kenangan memori rinduku(click to have a bigger view)


ok.aku tetiba je nak tulis blog pasal kenangan lalu ye.ketika aku masih lagi di bangku sekolah menengah.hahaha.kelakar la kot ingat balik.

elok je ngah belek belek picture aku,suddently aku terjumpa satu gambar yang membuatkan aku mengimbau kembali kenangan lalu.rindu membuak buak datang secara tiba tiba dengan hanya melihat sekeping gambar.

whoaaahh~memang best ketika zaman sekolah menengah dulu.rindu nak jadi batman dengan dia.hahaha.best,merepek marhaban.actually,i'm falling for her.but ape boleh buat.masa tu muda mudi sangat.tak taw ape-ape.hahaha.

bagi hint pun tak paham.dia bagi hint pun tak paham sampai da masuk bab kerabat diraja dan bahasa kiasan "pemegang kunci hati".hahaha.memang aku tak sangka,dia masih menghantui aku sehingga sekarang.susahnya bila rindu bertandang kembali.

memang betul kata orang,kenangan lalu kalau diimbau kembali,memang kita akan terasa manis mengenangkan perkara silam.lagi lagi kalau keadaan sekarang agak pudar.iaitu sudah tidak serapat dulu.

argh.kenangan silam membuatkan aku terasa mahu bersenyum sentiasa.walaupun orang lain kata aku gile kerana tidak tahu menahu kenape aku tersenyum sendirian,aku tak kisah.janji aku merasa manisnya kenangan silam ketika aku dan dia memberi hint.itu adalah part yang paling manis buat aku dalam kenangan aku ketika itu.

hurm.sekarang semua nya da berubah.masing masing ade life sendiri.masing masing ade prinsip pegangan sendiri.aku tak mengharapkan keadaan sejarah silam antara aku dengan dia akan terjadi lagi.aku hanya sekadar mahukan perhubungan sahabat menjadi akrab seperti dulu.erm,tak taw la kalau dia masih mengingati kenangan ini.hahaha.

memori rindu yang akan tersimpan rapi kemas dalam ingatan aku.thx for becoming a part of my memories =)

i'm gonna say i miss her after this :D

Thursday, May 20, 2010

coretan luka



aku terlalu kemalasan sekarang ye.tak tahu la kenape aku terlalu malas untuk berblog sekarang.kat asrama rajin plak aku nak tulis blog.da kat kl,malasnyeee aku nak updating blog aku sendiri.aku lebih gemar membaca blog orang lain daripada meng-update-kan blog aku sendiri yang memang aku sendiri pun banyak cerita nak cerita,tapi terkandas begitu sahaja.

semakin hari semakin pelik diri aku.aku da semakin malas.tak tahu ape masalahnya.kat dorm,aku lain,kat KL aku lain.hurm...personaliti change ke?ade pepatah kata orang berubah mengikut masa.takkan selamanya begitu sahaja umpama bumi berputar tanpa henti.ada sahaja yang akan berubah di sekeliling kita tanpa kita sedari.

tanpa aku sedari aku pun salah seorang dari mereka yang berubah personality.penat.aku penat nak mengubah personaliti diri aku dengan apa yang mereka katakan.jadi positif salah,jadi negatif pun salah.then ape yang aku nak ubah supaya mereka semua tak kacau hidup aku yang agak severe.

tolong ar.aku da penat.penat dan penat.aku da malas nak pikir pape da.lantak ar ape nak jadi pun.caring salah,tak caring pun salah.aku da agak.memang akan jadi macam tu.karma la katakan.tapi aku tidak tahu mentafsir karma ini.hurm...

hidup aku dimanipulasikan dengan begitu sahaja.bertapa teruknya hidup aku ni sekarang?aku dah tak seceria dulu dulu.aku dah tak macam dulu yang agak suka bergaul dan kacau orang.aku sedang mengubah diri aku menjadi lonely without anyone right beside me.mungkin aku lebih selesa hidup dalam dunia aku sendiri tanpa orang lain.

bukan aku tak cuba mengubah personaliti aku kepada seperti dulu,tapi dah berkali kali bertrilion trilion aku cuba,still macam tu gak.still ade orang yang tak puas hati dan iri hati dengan setiap apa yang aku lakukan.kawan yang mana aku anggap boleyh sekepala,sekarang da tak sekepala sebab lepak dngan mereka yang tahu menghancurkan hidup orang.

aku pelik.kenape dia tu sendiri boleyh diracun secara perlahan lahan sedangkan dia kata 6 tahun duduk asrama.come on la,kalau 6 tahun duduk kat asrama,mustahil la senang senang je kene racun dek penghapus hidup orang.otak dia pun da kene basuh sampai letak kat kaki.sampai aku lebelkan dia mempunyai darjat sebagai seorang manusia itu terlalu sedikit.lebih lagi darjat seekor binatang dimuka bumi ini.

sekarang,semua nak berubah.nak jadi heartless,nak jadi takde mood sepanjang masa.ape nak jadi dengan dunia ni?adakah sekitar aku sahaja atau pun tempat lain pun sama??aku memang tak paham.mereka mereka ini dikecewakan kerana cinta yang tidak kesampaian.tapi,janganlah kekecewaan itu dibawa sampai ke tahap gampang sampai bila bila.

sampai aku sendiri terkene tempias bila berada disamping mereka.sedangkan aku sayangkan mereka,tapi keadaan mereka membuatkan aku laggi lagii lagii lagii dan lagii takde mood untuk mengambil berat tentang mereka sampaikan ade satu tahap aku rasa aku fail untuk menjadi seorang kawan yang dapat membantu mereka mereka ini kembali seperti dulu.

aku minta maaf lah sebab aku sendiri sekarang pun da macam malas nak layan sangat sebab aku sendiri rasa aku tak layak untuk menjadi kawan sesiapa pun.aku gagal menjadi kawan yang baik.aku tak dapat nak bantu korang untuk membuatkan hati korang basah kembali selepas menjadi kering.seriously,hidup aku down gegila sekarang.tersangat down dengan apa yang berlaku.aku bukanlah malaikat.aku hanya manusia biasa yang boleyh tersungkur pada bila bila masa sahaja apabila terlanggar sesuatu yang tidak bisa dianjakkan.

aku tidak menunding jari kepada sesiapa ataw berkata kepada sesiapa.jadi aku harap siapa yang membaca ini,janganlah ambik hati kerana ini semua hanya coretan sekeping hati yang telah berkecai kecai dan dicantumkan kembali sampai tidak terkira.aku mencoretkan rencana hati aku ini sbb aku terlalu sayangkan korang.mungkin disebabkan keadaan korang,aku sendiri akan benci C.I.N.T.A. kerana cinta orang yang aku sayang jadi macam macam.da ramai kawan aku jadi macam macam selepas KECEWA dengan CINTA.

aku minta maaf sekiranya coretan ini menguris hati sesiapa sebab aku tak bermaksud untuk mencoret sesuatu yang akan menguris hati sesiapa pun.

Saturday, May 15, 2010

sementara menunggu pulang ke sunway



ini bukan aku.ini gambar orang lain.gambar main paintball ade kat mpp.tak sempat nak ambik lagi.


kul 5 petang tadi,ku arrive di sunway.tempat kediaman aku.hooyyyeeaaahhhh.akhirnya.tiba juge hari hari yang aku nanti nantikan.best dapat balik rumah setelah beberapa bulan tidak boleh balik kerana malas nak balik sebab sekejap sangat.bila da sampai cuti final sem,apa lagi,melonjat keriangan seperti kanak-kanak mendapat gula gula la jawabnya.hahaha.

actually,balik hari rabu,petang selasa selepas aku habis paper yang terakhir aku ade call mak aku,mak aku cakap,dia da ade kat pewrock daaa.sebab melawan nenek yang masuk hospital sebab kencing manis dan sakit jantung.

tapi tak dapat la nak ambik sebab kereta pon rosak secara tetiba kat rawang ketika mak aku nak pergi ke pewrock melawat nenek aku.so mak aku cakap,hari khamis ni baroo abg aku yang 1st datang ambik aku.aku pun ok je la.tak kisah.sebab kat dorm masih ramai lagi yang ade masa hari rabu tu.malam rabu tu baroo la tinggal beberapa orang je.

time petang rabu tu,wardan datang melawat.dia terus bagi tawaran main paintball untuk esok.kalau tak,perempuan pergi esok(khamis) lelaki pergi lusa(jumaat) tapi perempuan ade mentor mentee,jadi ramai yang tak pergi.soooo warden suruh la budak lelaki pergi (khamis) sebab lelaki takde mentor mentee.

pergh best la kot main paintball.siap lebam kat lutut ooooh.kene tembak dengan senior.pergh.dia tembak peluru tak pecah pun.tu yang lebam.kalau pecah tak de kesan lebam.memang best ar main.4 kumpulan setiap kumpulan ade 5 orang melainkan kumpulan aku ar terlebih sorang iaitu aku.ahahaha.

game pertama dan kedua aku tak main sebab aku cakap kat warden yang aku tak main lagi,warden ingat aku memain plak.ceyht.hampeyh jee.

game yang ketiga tu baroo aku main,join team budak nakal.memang best ar sebab aku tembak kene 3 orang termasuk sorang team mate sendiri sebab semuanya lebih kurang sama je bajunya.tu yang aku main tembak je.tak kira ar.memang kelakar gile babeng ar.hahaha

lepas tamat tu,keluar dari medan perang,perluru still ade lagi.aku pun tembak ar kat target yang disedia kan untuk habiskan perluru.memang best ar,tepat je aku tembak.biasa ar da pernah tembak senjata betul M-16 kat PLKN so setakat paintball ni takde masalah sangat ar nak tembak tepat.hahaha.

balik daripada main paintball,mandi kemas barang.kul 3.10 petang,abg aku sampai kat dorm.pe lagi,bla ar dari dorm.tak sabar aku.tinggal abu sorang je.hahaha.kecian abu.hahaha.

balik je.bukan balik kl tapi balik umah nenek aku jap,ambik barang,then g hospital melawat nenek aku.agak kesian gak la tengok dia.tapi aku tak boleyh nak buat ape.memang aku datang melawat macam takde pape.sedih gak la aku tengok.kaki dia da macam tak de darah nak jalan.maybe kene potong kaki.tak taw ar.kesian gile kot.huhuhu

then malam tu(khamis)tido kat umah nenek aku pagi jumaat,ambik mak aku then g solat smua,singgah kat rumah kakak mak aku(makcik) tuk ambik bekalan makanan bubur untuk nenek aku.

pergi melawat kejap then balik.sampai umah je dalam kul 5.pergh...memang penat ar.sampai sekarang tak tido lagi.huuuuuuuu~ gile.sib baik barang semua da kemas susun semua.huh...bley la tido lena sekarang.hahaha =p

Wednesday, May 12, 2010

release.

huh...lege akhirnya.exam dah habisss.yeezzzaaaaa.sooo tunggu masa untuk balik kembali pulang ke KL.oh.i miss you sunway pyramid and friends.wait for my welcoming back to rock our day just like before. yeeezzzzaaaa =p

Thursday, May 6, 2010

hati ini...



sampai bila harus begini?aku asyik makan hati je dengan apa yang berlaku sampai kesabaran aku untuk menghadapi semua ini terlalu tipis untuk membengtengkan apa yang berlaku.dah selalu sangat benda ni jadi kat aku.tapi aku still tak boleyh nak mengelakkan diri aku daripada terjebak dengan perkara ini.

aku tidak tahu mengapa terlalu mudah untuk aku rapat dengan seseorang.bila da rapat,lain plak yang jadi.inilah padahnya bila da rapat sangat dengan seseorang dalam hidup aku.

sorang sorang yang aku rapat dulu pergi menghilangkan diri.sepi dalam hidup aku begitu sahaja.aku tak tahu la kalau bagi mereka-mereka ini aku hanyalah tunggul ataupun alat untuk digunakan untuk membuat sesuatu.selepas guna,buang,nak pakai,cari.

aku pun...haih...tak larat ar nak bersituasi macam nih lagi dalam hidup aku.aku rasa lebih baik aku berseorangan sahaja.makin lama aku rapat,bila orang itu menyepi dalam hidup aku,aku jadi macam tak keruan.aku dah memang tak larat nak menjalani keadaan hidup yang macam ni.

hati aku terlalu sensitif bila dalam keadaan macam niyh.aku pun tak tahu la kenapa diorang sanggup buat aku macam nih.padahal,aku selalu mencuba menjadi yang terbaik untuk orang di sekeliling aku.aku tak minta mereka ini apa-apa pun melainkan terus bersama dengan aku sampai bila-bila.

tapi,mereka tidak pernah mengerti hati aku.aku juga lah yang kene paham hati mereka,mengubati luka di hati mereka.pernah kah salah seorang dari mereka memahami hati seorang lelaki yang kesepian dan keseorangan?pernah kah?aku macam kecik hati pun ade juga dengan mereka-mereka semua ini.

takde seorang pun yang memahami diri aku sekarang.haih..sedihnyalah jika hidup seperti aku niyh.hidup yang memberi cahaya kepada orang ketika orang dalam kegelapan.bila cahayanya malap,orang tinggalkan cari cahaya yang lain.hidup aku diibaratkan seperti sebuah persinggahan untuk memberi manfaat kepada orang lain yang singgah untuk makan dan membuang sampah merata-rata.

aku terlalu seksa untuk hidup seperti ini.kenapalah aku ditakdirkan untuk melalui dugaan seperti ini?hampir 90% hidup aku adalah cerita yang sama.apa yang boleh aku buat cuma pendamkan sahaja apa yang berlaku sehingga aku menitiskan air mata di belakang mereka-mereka semua.

aku rasa apa yang dikatakan oleh mereka semua ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja.ketika mereka berduka.selepas kedukaan itu hilang,hilanglah dirinya satu persatu.adakah semua ini kerana kebodohan diri aku sendiri sehingga aku menjadi begini?senang rapat dengan orang lain dan biarkan orang mengambil pisau melukakan sekeping hati ini?

aku terfikir,pernah kah mereka melalui keadaan seperti yang aku lalui?hurm...entah lah...biarlah masa yang menentukan apa yang akan berlaku seterusnya.

Tuesday, May 4, 2010

otak pending


wooooohhhhhh.otak aku da start nak pending da bile masuk subject C++.maklumlaahhh lama da takde kelas pn.salawani.selama 2 minggu takde kelas.so agak pending juga la bila nak study subject C++.selalunya bila tiba je subject ini,aku takde hal punyal.tapi kali ini aku da pending.

aku nak kene study start dari chapter 1 balik sampai la chapter 4 yang last sekali.pergh,pecah kepala beb.petang tadi aku study chapter 1 and 2 pun agak pending apa bila melibatkan *if else* dan grouping.aduh..pending.baroo chapter 1 dan 2,belum lagi masuk chapter 3 dan 4.

dah lah chapter 3 dengan 4 tu agak pening skit walaupun pada mulanya bagi aku semuanya aku boley buat,tapi tak ade kelas selama 2 minggu pun aku da pending dari awal.pergh...penangan 2 minggu cukup mendalam bagi aku untuk lupa segala-galanya.macam mana ni??

somebody help me please.restore back my memori for all the subjects.aduyai...nampaknya nak kene stay up all night long la malam ini.no choice walaupun exam pukul 2 petang esok,masa sekarang amat berharga.

arghhhh.need to triple my effort to study for C++.

chaiyok chaiyok!!

=p

feeling.




actually,tonight,i saw a falling star at the skies when i'm wondering all alone at the night by watching the skies thinking of you.i wish on a falling star that you will be mine forever.wishing that you are right beside me right now so that i can staring at your beautiful eyes that i adore so much and say that i really missing you all day night long...

i just dont know why,tonight,i'm kinda missing to watch your baby face that melt my heart when we first meet.i know maybe you think that i'm crazy for feeling like this but,this is what i feel tonight.

i wonder whenever i missed you so much,are you feeling the same as i am?i wish you are.i can't stop from being in a missing mood right now.i really want you to be right beside me right now.

i just cant run from thinking about you all day night.sometimes i'm crying when i'm thinking about you.the tears suddenly went down my cheek and to the floor without i realise why this could happen.i wonder is it that i really cared and missed you that much?whenever i sleep,i keep on dreaming about you,when i'm awake,my mind make me feel that i'm more and more missing you day by day.

hm...sometimes i didnt even know why am i feeling like this.i keep on asking my self a question,why.i think,maybe,i'm already falling in love with you.

i think so and i dont even care what other people thinking about me when i wrote about this entry,coz i know what i feels right now and i'm expressing my feeling whenever i love to.

ah...i wonder why i'm missing you so much...i'm afraid that this feeling wont stand so much longer than i aspected.hurm...i'm missing you...

i'm hoping that you feeling the same way as i do...

Saturday, May 1, 2010

observe diri =0


kadang kadang aku tak paham langsung aku ni hidup untuk ape.aku sering juga la tertanya tanya kenape aku dilahirkan diatas muka bumi ini??aku tahu setiap apa yang berlaku ade hikmahnya.tapi sanubari aku tetap mengatakan yang aku dilahirkan didunia ini kerana ape?


aku selalu juga la perhatikan tingkah laku aku sendiri sejak kebelakangan ini dan merenung kembali masa-masa lampau dulu untuk aku observe diri aku sendiri.dari awal titik tolak aku dilahirkan sehingga sekarang.

apa yang dapat aku perhatikan dan ketara sangat terhadap diri aku ialah,aku sering menolong orang dengan physcology fikiran orang.maksud aku,aku menjadi tempat luahan masalah dan aku cuba comfortkan mereka dengan merangsang minda mereka untuk tidak terlalu memikirkan perkara-perkara yang menganggu hidup mereka yang mereka sendiri minta untuk dijauhkan.

aku tidak tahu mengapa aku selalu berhadapan dengan keadaan ini.adakah aku dilahirkan untuk menolong orang melalui keadaan sebegini rupa?atau aku memang mempunyai naluri yang sangat mudah memberi perhatian kepada mereka-mereka yang sering mempunyai masalah hidup merek.aku sendiri pun tak tahu.

tapi berdasarkan apa yang berlaku dari dulu sehingga sekarang,inilah situasinya.aku cube memahami keadaan situasi yang berlaku untuk memberi nasihat yang membuatkan seseorang itu menerima atau menolaknya.aku tidak memaksa untuk mereka menerima apa yang aku berikan.

pernah juga aku cuba untuk menhindarkan diri aku daripada terjebak dalam masalah sebegini rupa,tapi aku gagal.aku tak paham kenape,aku selalu menjadi kaunselor untuk menyelesaikan masalah masalah kehidupan.

mungkin aku dilahirkan untuk menjadi kaunselor yang tidak bertauliah.kebanyakkan orang yang aku berikan nasihat,semuanya menerima dan berubah.tak taw lah sama ada ini adalah sifat semula jadi aku ataupun...entahlah...

memang sifat aku begini kot?cuma aku je yang tak pernah nak mengakui ini adalah sifat semula jadi aku.entahlah.yang penting aku tolong orang,buat kawan dan bukan buat musuh.=)