tengah bosan bosan ni aku ingin mengambil kesempatan untuk sesi pengenalan budak budak dalam dorm aku ni hah.biar korang semua mengenali budak budak dorm aku dan dapat melihat rupa paras mereka yang kachak kachak belaka melainkan orang yang terakhir.hahaha.jadi tanpa membuang masa,mari aku mulakan dengan orang yang pertama.

ini namanya fadhli.tinggal di melaka.orang panggil dia botak walaupun ade rambut sebab time orientasi dulu dia botak sebab ade sejarahnya dimana sebelum dia masuk,dia pernah mewarnakan rambut dia.jadi sebelum masuk KPTM,dia pergi lah botakkan kepala dia.jadi melekatlah nama botak itu sehingga sekarang.perwatakkan dia adalah seorang yang agak liat nak bangun kalau orang kejut,kadang kadang je senang nak kejut dia bangun.seorang yang otak giler,buat lawak bodoh je memanjang.takde la tinggi sangat.tinggi lebih kurang macam tinggi aku je ni hah.aktif bersukan dan bakal menjadi MPP suatu hari nanti.dia juga merupakan ketua dorm yang aku duduki sekarang.
orang ke dua

hah,ni namanya hairil hazwan.nama panggilannya angah.tinggal di Petaling Jaya.aktif bersukan dan suka buat bising dalam dorm dengan speaker dia yang bapak gedabak besar nye.pasang lagu kuat kuat.ske tengok citer movie time kat dalam dorm.bleyh dikatakan perwatakkan seorang abg ada dalam dirinya.pandai mengenai motor.
orang ketiga

ini namanya amirul.tinggal di meru klang.nama panggilan joe..seorang yang agak bising juga dalam dorm.suka touching touching dengan orang lain.watak dia macm lagak seorang yang agak pemalas.tak taw kenapa cara dia macam tu.ske tengok movie juga.suka makan tom-yam.awek keliling pinggang.sama la macam angah dengan botak tadi.haha.
orang keempat

dia bernama hamdi.tinggal di johor bharu.seorang yang ske melawak juga sama spesis macam botak cuma dia agak kecik skit fizikalnya.jadi nama panggilan dia puwn kecik.haha.kadang kadang tu pentingkan diri gak la mamat nieyh.walaupun tak selalu.haha.awek keliling pinggang gak dia nih.market tinggi.haha
orang kelima

dia bernama abu hafinah.tinggal kat shah alam.nama panggilan dia abu macam nama dia jugak.tapi orang panggil dia boo.haha.orang pertama melatah dalam dorm.masa awal awal dulu dia paling banyak melatah.haha.seorang pengedit gambar yang paling terhebat dalam dorm aku.market tinggi gak dak niyh.tido paling lambat.bangun pun paling lambat.orangnya sempoi saje.
orang keenam

nama dia azhar.tinggal kat sabak bernam.nama panggilan dia AUU.berbadan agak besar dan putih melepak.dia pun spesis macam abu juga,melatah.dia yang second melatah dalam dorm ni.suka cari pasal dengan orang lain walaupun dia hanya bergurau,tapi caranya serius.suka jadi gile gile dalam dorm
orang ketujuh

bernama atirrmidzi.tinggal di taiping.orang panggil dia otai sebab dia memang otai.hahaha.takde kesabaran yang tinggi.pantang kalau orang lambat.hahaha.ske bersilat dan merapu rapu didalam dorm sambil menyanyi.tak reti nak duduk diam,asyik berulang alik je.ske main skate.
orang yang kelapan

bernama adzri.tinggal di sentul.paling tinggi antara semua pelajar.disebabkan itu dia di panggil panjang.ske merapu dan merepek sepanjang masa.ske buat buat tak paham.paling berperangai kebudak-budakkan.hahahaha.suka buat lawak yang buduh.paling lama berada dalam bilik air.haha.tak taw apa yang dia buat.
orang kesembilan

beliau bernama azrul amin.tinggal di penang.nama panggilan dia amin.seorang yang boleh dikategorikan berfikir sebelum berkata-kata.seorang yang agak berdikari.seorang yang agak santai orangnya,tidak kelam kabut,rajin tolong ajar orang lain buat assignment tapi assignment sendiri malas nak buat.hahaha.
orang kesepuluh

ini namanya amirul juga.tapi tinggal kat penang.orangnya melatah juga.selalu memekak dengan bahasa yang agak tidak elok.bahasa je.orangnya ok.takde masalah pun.selalu dengan laptop.suka main game.nama panggilan dia mamu.maklumlah orang penang.haha.
orang kesebelas

namanya nur ikhwan.berpanggilan booked.tinggal berdekatan dengan kampar.jadi tidak jauh kalau nak g umah dia.ngeehhh.pelatah masa kini yang merupakan penganti abu dalam dorm ini.menjadi bahan hiburan.suka berlambat lambat.tidak berfikir panjang.agak kerek dan pemalas kengkadang.
orang yang kedua belas

bernama nadzri.tinggal di port klang.seorang yang agak penakut dan cepat terkejut.bakal menjadi melatah.orang yang agak rilek dan caring kadang kadang.diberi panggilan nama nutt.awek ade dkt uitm seri iskandar.agak lemah semangat.haha
orang yang ketiga belas

bernama daniel.nama panggilan bob.suka membela diri sendiri je,kurang membela orang lain dalam bab-bab berkata-kata.seorang yang ske kacau orang melatah terutama sekali booked.perwatakkannya seperti seorang bonzer yang mesra.haha.
orang yang keempat belas

beliau bernama firdaus.berpanggilan daus dan tinggal di klang.seorang yang agak pentingkan awek dia.ape-ape hal awek dia dulu baru member.selalu makan tidak habis melainkan makan favourite dia iaitu kueh tiew goreng.agak suka menyibuk time orang main game hahahahaha.
orang yang kelima belas

bernama ahmad zharif.payah ar nak ambik gambar dia.so gambar dia yang pakai baju putih tu.orang panggil dia mad G.seorang yang peramah pada mulanya.agak alim juga selalu ke masjid,suka kacau orang.suka menyampuk.hahahaha.
yang keenam belas iaitu orang terakhir dalam dorm aku ialah

so,no comment ar pasal aku.kenape?hah itu yang korang nak tahu kan?korang kene la tahu sendiri.hahaha